Gaya Hidup

Timberland Malaysia Raikan Kempen Nature Needs Heroes Dengan Remade Workshop

Share

Kempen global yang dibawa oleh jenama Timberland kini turut diraikan di Malaysia. Menerusi kempen ini, Timberland ingin memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya budaya kitar semula serta menanam semula pokok di kawasan-kawasan yang telah musnah akibat pembangunan.

Menerusi kempen globalnya, Timerland telah melancarkan misi untuk menanam sebanyak 50 juta pokok di seluruh dunia. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak yang mempunyai suara besar seperti artis, selebriti, influencer dan juga pihak media.

BACA: Kempen Timberland Nature Needs Heroes Rancang Tanam 50 Juta Pokok

Timberland Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan sebuah bengkel istimewa bersama beberapa media sosial influencer dan juga pihak media. MASKULIN turut berbesar hati menjadi sebahagian daripada perserta bengkel tersebut.

Bengkel yang bersifat TERRA-FUN-RIUM itu merupakan kerjasama bersama Timberland Malaysia dan ME.REKA, (sebahagian daripada Biji-Biji Malaysia). Ia juga secara tak langsung melancarkan kempen Nature Needs Heroes di Malaysia.

Setiap peserta bengkel bersama-sama mencipta terra-fun-rium menggunakan botol air minuman terpakai, batu-bata, tanah dan juga pokok kaktus.

Menurut Pengurus Pemasaran Jenama Timberland Malaysia, Karen Ong berkata kempen ini diharapkan mampu memberikan impak yang besar bukan sahaja di peringkat dalam negara malah seluruh dunia.

Di antara selebriti laman media sosial yang turut hadir pula ialah Dennis Yin, Jeremy Teo, Sherlyn Seo dan Chrystina Ng.

IKLAN