Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut. Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.

Tinggalkan Kesibukan Kerja, Pergi Bercuti Jika Tidak Mahu Depresi Menyerang!

Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Kita sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut? Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik.

IKLAN

Nah ini dia beberapa cara untuk anda tangani masalah depresi dengan baik.

Tinggalkan Kesibukan Kerja, Pergi Bercuti Jika Tidak Mahu Depresi Menyerang!

#1: Dapatkan tidur secukupnya

Tidur dan rehat yang secukupnya dapat memperbaiki sel-sel rosak serta tekanan di dalam tubuh badan. Jika tidur terganggu, tubuh akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang akan mengeruhkan lagi kesihatan badan.

IKLAN

Tinggalkan Kesibukan Kerja, Pergi Bercuti Jika Tidak Mahu Depresi Menyerang!

#2:  Kerap bersenam

Senaman akan menghasilkan bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai dopamine, norepinephrine dan serotonin yang mengawal mood seseorang. Tambahan pula, kimia seperti endorphin yang dihasilkan ketika melakukan senaman akan membantu mengurangkan rasa tekanan serta kemurungan dan meningkatkan lagi rasa tenteram pada diri.

Tinggalkan Kesibukan Kerja, Pergi Bercuti Jika Tidak Mahu Depresi Menyerang!

#3: Tinggalkan kerja, pergi bercuti

Salah satu cara untuk mengelakkan daripada rasa tertekanan adalah pergi bercuti. Jangan pandang mudah, tekanan tempat kerja boleh mengalakan seseorang itu terkena depresi. Sama ada kegagalan memiliki projek, hubungan yang tidak baik dengan rakan kerja ataupun dateline yang terlalu pendek menjadi salah satu punca utama orang ramai mendapat tekanan perasaan.

IKLAN

Tinggalkan Kesibukan Kerja, Pergi Bercuti Jika Tidak Mahu Depresi Menyerang!

#4: Luahkan pada yang sudi

Jika anda rasa tertekan, jangan simpan sorang. Luangkan sedikit masa bersama-sama teman rapat mahupun keluarga untuk bercakap mengenainya bagi mengurangkan sedikit beban yang sedang dihadapi.

Tinggalkan Kesibukan Kerja, Pergi Bercuti Jika Tidak Mahu Depresi Menyerang!

#5: Lakukan rawatan

Tiada salahnya jika anda mendapatkan rawatan untuk kemurungan. Mungkin anda perlukan nasihat daripada pakar ataupun anda perlukan ubat-ubatan untuk lebih bersemangat menghadapi tekanan ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI