Image by Freepik

Salah satu perkara yang paling merisaukan kebanyakan mereka yang ingin aktif berlari ialah memilih kasut larian yang sesuai.

Menggunakan kasut yang tidak sesuai walaupun ia dicipta untuk berlari boleh menyebabkan berlakunya kecederaan sakit kaki seperti melecet. Lebih teruk kasut yang tidk sesuai digunakan itu boleh membawa pula kepada kecederaan lebih serius.

Disebabkan itulah sangat penting kita memilih kasut yang benar-benar sesuai untuk kaki sendiri. Usah risau, MASKULIN ada beberapa tip mudah untuk anda ikuti dan jadikan panduan bila nak beli kasut laria.

Berikut adalah beberapa panduan dan yip yang boleh anda ikuti:

Jenis Larian

Pertama, tentukan jenis larian yang akan anda lakukan. Adakah anda akan berlari di jalan raya, trek, atau di gelanggang? Jenis larian ini akan membantu menentukan jenis kasut yang sesuai untuk kegiatan tersebut.

IKLAN

Bentuk Kaki

Ketahui bentuk kaki anda. Adakah anda mempunyai kaki rata, kaki berdokoh (pronation), atau kaki melengkung (supination)? Mengenali bentuk kaki anda adalah penting untuk memilih kasut dengan sokongan yang betul.

Tip Beli Kasut Larian Agar Tak Sakit Kaki & Melecet Bila Berlari
Image by tawatchai07 on Freepik

Ujian Jalan

Sebaik sahaja anda memasuki kedai kasut, lakukan ujian jalan untuk menguji keselesaan kasut tersebut. Pastikan kasut itu sesuai dengan kaki anda dan memberikan sokongan yang mencukupi pada bahagian tumit, kaki, dan jari-jari kaki.

Saiz Kasut

Untuk menentukan saiz kasut yang betul, ukur kaki anda sebelum membeli. Caranya adalah dengan menggunakan jangka atau alat ukur kaki. Pastikan ukuran kaki yang diukur adalah untuk kedua-dua kaki, kerana saiz kaki boleh sedikit berbeza antara kaki kanan dan kiri. Rujuk jadual ukuran kasut untuk menentukan saiz yang tepat berdasarkan ukuran kaki anda.

IKLAN

Tip Beli Kasut Larian Agar Tak Sakit Kaki & Melecet Bila Berlari

Ruang Jari

Pastikan terdapat ruang yang mencukupi di hadapan kasut untuk jari-jari kaki anda. Jari-jari kaki seharusnya tidak terasa terlalu terkekang atau terlalu longgar. Anda perlu mempunyai sedikit ruang kosong di hadapan kasut untuk mengelakkan geseran dan jangkitan kuku kaki.

IKLAN

Keselesaan

Akhir sekali, pastikan kasut itu selesa pada kaki anda. Jangan beli kasut larian yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Uji berjalan dengan kasut itu di dalam kedai untuk memastikan ia memberikan keselesaan yang diinginkan.

Sekiranya anda masih tidak pasti, adalah baik untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kasut atau penjual untuk membantu anda memilih kasut larian yang sesuai dengan keperluan dan gaya larian anda.

Semoga tip di atas boleh membantu anda mendapatkan kasut larian terbaik untuk keselesaan berpanjangan. Jangan lupa subcribe dan follow YouTube dan TiKTok MASKULIN ya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI