Bermula esok kerajaan membenarkan rakyat untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Namun buat anda yang ingin melakukan perjalanan tersebut perlu tahu bahawa terdapat jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan aliran trafik yang terlalu tinggi seperti di Lembah Klang.

Berikut merupakan jadual perjalanan rentas negeri yang boleh anda rujuk:

7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur

8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.

IKLAN

9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu

Tip Buat Anda Yang Ingin Lakukan Perjalanan Rentas Negeri

IKLAN

Orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi Gerak Malaysia versi 2.0 yang dibangunkan oleh PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Walau bagaimanapaun pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi tersebut dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja.

IKLAN

1. Individu yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing

2. Individu yang kembali ke tempat kerja sahaja

Tip Buat Anda Yang Ingin Lakukan Perjalanan Rentas Negeri

MASKULIN menjangkakan jumlah trafik akan terkawal namun sedikit tinggi berbanding tempoh PKP yang berlangsung lebih 40 hari yang lalu. Terdapat beberapa tip yang boleh MASKULIN kongsi untuk pastikan perjalanan anda lebih selesa dan selamat.

  • Jangan berhenti di lokasi yang terlalu ramai orang
  • Sediakan juadah berbuka puasa yang tahan lama dan tidak mudah basi
  • Periksa kondisi kereta dengan baik sebelu memulakan perjalanan terutamanya kenderaan yang telah lama tidak digunakan
  • Pastikan dapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum mulakan perjalanan jauh
  • Sentiasa pakai penutup mulut dan hidung apabila melangkah keluar dari kenderaan
  • Berikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis yang bertugas
  • Patuhi undang-undang jalan raya dan had kelajuan
  • Gunakan aplikasi Gerak untuk dapatkan maklumat terkini untuk pergerakan rentas negeri
  • Sentiasa rujuk laman media sosial rasmi PDRM dari semasa ke semasa
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI