Sebagai pengguna jalan raya pastinya anda akan pernah lihat pekerja kontraktor yang ditugaskan untuk mesin rumput terutamanya di jalan persekutuan.

Tapi pernahkah anda tertanya apakah yang perlu dilakukan jika cermin kereta pecah terkena serpihan objek atau batu? Apa yang perlu anda buat dan adakah anda boleh meminta ganti rugi?

Pertama sekali anda harus bertenang dan jangan panik. Perlahankan kenderaan dan berhenti ke tepi.

AMBIL GAMBAR

Tip Buat Klaim Cermin Kereta Pecah Akibat Terkena Batu Kontraktor Pemotong Rumput

IKLAN

Selepas turun dari kenderaan perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah ambil gambar kerosakan cemrin kenderaan anda. Ambil beberapa keping foto dari tiga atau empat sutu berbeza.

DAPATKAN NAMA

Anda juga jangalah turun marah-marah atau maki hamun pekerja kontraktor yang memotong rumput. Sebaliknya rapatilah mereka dengan baik. Minta maklumat seperti nama syarikat kontraktor atau majikan mereka. Ambil foto mereka sekali.

Tip Buat Klaim Cermin Kereta Pecah Akibat Terkena Batu Kontraktor Pemotong Rumput

IKLAN

ANDA BOLEH KLAIM

Tahukah anda bahawa setiap syarikat yang mendapat kontrak untuk melakukan penyelenggaraan seperti memotong rumpur mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

BUAT LAPORAN POLIS 

Selepas mendapatkan maklumat tentang pihak kontraktor bertanggungjawab, anda boleh buat laporan polis dalam tmpoh 24 jam. Selepas selesai membuat laporan, bawa laporan polis itu ke bengkel panel insurans syarikat kontraktor untuk mendapatkan cemrin baru.

IKLAN

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI