Anda sebagai seorang suami perlu tahu tip buat pasangan untuk pastikan hubungan sentiasa bahagia. Dan salah satu cara untuk memastikan rumah tangga sentiasa aman dan bahagia ialah dengan memanjakan isteri.

Tapi terlebih dahulu jangan salah anggap pula bila MASKULIN mengatakan perihal memanjakan isteri. Memanjakan di sini bukanlah menghamburkan harta kemewahan dan menjadi pak turut semata-mata.

‘Manja’ di sini bermaksud anda melakukan sesutau walapun dianggap hal kecil tapi mempunyai impak cukup besar di hati isteri. Perkara-perkara yang anda lakukan boleh membuat dia terharu dan rasa dihargai.

Ingin tahu apakah tip manjakan isteri? Ikuti caranya di bawah.

KERETA SENTIASA BERSIH

Ya, kereta yang bersih memang sangat disukai oleh wanita. Jangan guna alasan sibuk dan tak ada masa untuk anda mebersihkan kereta. Selain di rumah, anda dan isteri akan banyak habiskan masa bersama-sama di dalam kereta. Jadi jika kereta bersih ia akan memberikan keselesaan kepadanya. Barulah isteri makin sayang!

IKLAN

BELIKAN MAKANAN FAVOURITE

Pernah dengar orang tua-tua cakap kepada golongan isteri, “nak jaga suai jaga perut dan jaga tempat dia dah cukup”. Tapi tahukah anda kebahagian isteri juga boleh anda berikan dengan membelikan makanan yang sedap-sedap kepadanya.

Isteri anda sama juga seperi orang lain pasti ada makanan kegemarannya. Jadi dalam sebulan itu berikanlah kejutan beberapa kali dengan membawanya ke restoran atau membelikan makanan favourite dia.

MULUT MANIS

Mula-mula kahwin memang tak payah suruh, setiap masa memang asyik panggil ‘sayang’ saja setiap masa. Namun lama-kelamaan perkara itu mungkin semakin berkurangan. Usahlah anda biarkan perkara begitu berlaku.

Ringankan mulut untuk ucapkan rasa kasih dan sayang kepada isteri. Selain itu, ringankan juga mulut untuk sentiasa ucapkan terima kasih atas segala apa yang dilakukannya kepada anda.

PANDAI BERGURAU

Hidup ini jangalah serius sangat. Apatah lagi jika bersama isteri, orang yang paling kita sayang dan paling berharga dalam hidup. Usah bawa masalah di tempat kerja balik ke rumah.

Dan usah jadikan isteri sebagai temapt anda lepaskan amarah terbuku di hati! Manjakan isteri dengan bergurau dengannya. Sesekali hilai-tawa di dalam rumah membawa seribu satu kebahagiaan yang anda tak dapat bayangkan betapa hebat nikmatnya.

TOLONG BUAT KERJA RUMAH

Ramai lelaki anggap bahawa kebanyakan kerja rumah adalah tanggungjawab isteri semata-mata. Namun anda sebenarnya silap. Aoatah lagi kalau sering menyruh isteri buat segala benda seolah-olah isteri itu orang gaji.

Ingat anda sebagai suami bertanggungjawab sepenuhnya memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jadi rajinkanlah diri membantu isteri buat kerja rumah. Sebagai contoh tolong cuci pinggan, jemur pakaian dan menyapu di dalam dan di luar rumah.

Semoga tip kali ini boleh mendatangkan kebahagian buat anda dan pasangan. Sesekali juga anda boleh hadiahkan pasangan dengan sesuatu yang boleh dihrgainya seperti minyak wangi.

Dapatkan minyak wangi dengan harga menarik di sini.