
Usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia terus diperkasakan apabila Herbalife mengumumkan kerjasama strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai Rakan Pemakanan Rasmi bagi program KBS Biggest Loser 2026.
Menerusi kerjasama ini, Herbalife bakal menyediakan kepakaran dalam bidang sains pemakanan, pendidikan kesihatan serta sokongan produk kepada lebih 3,000 peserta yang mengambil bahagian di 16 lokasi di seluruh negara, meliputi semua 15 negeri dan Wilayah Persekutuan.
Inisiatif ini sekali gus memperkukuhkan kerjasama jangka panjang antara Herbalife dan KBS selepas kedua-dua pihak sebelum ini berganding bahu dalam menjayakan Hari Sukan Negara 2024 yang berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peserta.
Perubahan Gaya Hidup Lebih Penting Daripada Sekadar Turun Berat Badan
Menurut Pengarah Kanan dan Pengurus Negara Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin, program KBS Biggest Loser 2026 bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, sebaliknya bertujuan membentuk tabiat hidup sihat yang mampu diamalkan dalam jangka panjang.
“KBS telah menjadi rakan yang dihargai dalam usaha kami untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan penganjuran KBS Biggest Loser 2026 menandakan satu lagi mercu jaya penting dalam kerjasama ini.
“Program ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap peranan penting pemakanan, pendidikan dan sokongan terkhusus untuk mendapatkan hasil kesihatan yang lebih baik.
“Dengan menggabungkan pendekatan berasaskan sains dengan penglibatan komuniti, kami berharap untuk melengkapkan peserta dengan ilmu dan keyakinan untuk membuat pilihan gaya hidup serba maklum dan membina tabiat kekal yang boleh diamalkan di luar program.”
Beliau berkata, pendekatan tersebut memberi penekanan kepada pendidikan pemakanan yang betul dan bukan sekadar penurunan berat badan secara sementara.
Program Lebih Besar, Lebih Menyeluruh
Diperkenalkan pada tahun 2024, KBS Biggest Loser kini berkembang dengan skala yang jauh lebih besar.
Bagi edisi 2026, program ini dijalankan di seluruh negara dengan struktur yang lebih tersusun melibatkan 16 sesi dalam setiap kitaran, terdiri daripada 12 sesi latihan fizikal dan empat sesi pendidikan. Program ini menyasarkan individu yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) 25 dan ke atas.
Lebih 3,000 peserta akan mengambil bahagian dalam tiga kategori utama melibatkan kakitangan kementerian, penjawat awam di Putrajaya serta peserta di peringkat negeri dalam tempoh antara empat hingga enam bulan.

Peserta Dibimbing Pakar Diet Dan Pemakanan
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Herbalife akan menyediakan pelbagai bentuk sokongan sepanjang program berlangsung.
Antaranya termasuk ceramah pemakanan dan sesi pendidikan yang dikendalikan oleh pakar diet serta pakar pemakanan berdaftar.
Peserta juga akan menjalani penilaian kesejahteraan menggunakan alat analisis komposisi badan yang bukan sahaja mengukur berat badan, malah memberikan maklumat lebih terperinci seperti tahap penghidratan, jisim otot dan indikator kesihatan lain.
Pendekatan ini membolehkan peserta memahami keadaan tubuh mereka dengan lebih menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada bacaan berat badan semata-mata.
Sokongan Produk Di Semua Lokasi
Selain bimbingan profesional, Herbalife turut menyediakan produk pemakanan dan hadiah bernilai kira-kira RM42,000 untuk kesemua 16 lokasi program.
Antara produk yang akan diberikan kepada peserta termasuk Formula 1 Nutritional Shake Mix, minuman pengganti makanan bagi membantu pengurusan berat badan.
Turut disediakan ialah Formula 3 Personalized Protein Powder dan Protein Drink Mix untuk menyokong pembentukan serta pengekalan jisim otot tanpa lemak.
Peserta juga akan menerima Herbal Tea Concentrate yang membantu meningkatkan tenaga dan fokus, selain Herbalife24 CR7 Drive, minuman yang dirumus khas untuk menyokong penghidratan dan daya tahan ketika menjalani latihan fizikal.

Pendidikan Pemakanan Untuk Semua Peserta
Bagi memastikan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai peserta, Herbalife turut menganjurkan dua sesi pendidikan secara maya di seluruh negara.
Antara topik yang diketengahkan ialah “Kehilangan Berat Badan Boleh Kekal: Makan Secukupnya, Pilih Dengan Bijak” dan “Perubahan Pinggan Malaysia: Hilangkan Berat Badan Tanpa Meninggalkan Makanan Kegemaran Anda.”
Semua sesi tersebut dikendalikan oleh pakar diet dan pakar pemakanan Herbalife yang berdaftar dengan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC).
Sokongan Kepada Matlamat KBS
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin berkata penglibatan Herbalife memberikan nilai tambah yang besar kepada keseluruhan program.
“Sumbangan Herbalife nyata menambah nilai program KBS Biggest Loser 2026, terutamanya menerusi pendidikan pemakanan dan inisiatif sokongan peserta.
“Penglibatan mereka menambah baik struktur keseluruhan program dan membolehkan peserta mendapatkan bimbingan pakar dan alat praktikal untuk memahami dan menguruskan kesihatan masing-masing dengan lebih baik.
“Ini mengukuhkan matlamat kami untuk menyediakan proses pengurusan berat badan yang lebih berkesan dan menyeluruh bagi semua peserta.”

Galak Gaya Hidup Aktif Yang Berkekalan
Sepanjang tempoh kempen, Herbalife akan terlibat secara aktif di semua lokasi program termasuk Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Perak, Selangor, Labuan dan Perlis.
Setiap lokasi akan menawarkan gabungan aktiviti yang merangkumi ceramah pemakanan, penilaian kesihatan, sesi motivasi, aktiviti fizikal tersusun serta persampelan produk.
BACA: Kecederaan Hamstring Boleh Jejaskan Prestasi Atlet, Jangan Anggap Sekadar ‘Tarik Otot’
Melalui pendekatan menyeluruh yang menggabungkan latihan fizikal, pendidikan pemakanan dan bimbingan pakar, KBS Biggest Loser 2026 diharap mampu membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina gaya hidup sihat yang berkekalan, bukan sekadar mencapai angka ideal di atas penimbang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




