Pernah tak terdetik di hati, kenapa bila keluar dari salon lepas cuci rambut rasa lebih sihat, ringan, dan bersinar?
Walaupun produk yang digunakan tak jauh beza, ada ‘magis’ pada cara cucian mereka. Jangan risau, rahsia ini bukan eksklusif untuk pendandan rambut profesional sahaja.
Sebenarnya, anda juga boleh dapatkan hasil yang sama di rumah. Dengan teknik cuci rambut yang betul dan sedikit kesabaran, setiap sesi mencuci rambut boleh bertukar menjadi pengalaman ala salon. Siap sedia untuk rambut yang memukau!
1
JANGAN LAKUKANNYA TERLALU KERAP
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
2
LARASKAN SUHU AIR
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering. Jadi ingat ni sebelum cuci rambut!
3
JIMATKAN SYAMPU
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
Ads
4
URUT PERLAHAN-LAHAN
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
5
BERI PERHATIAN KEPADA PERAPI
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
Ads
6
INGAT, KURANG ADALAH LEBIH BAIK
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
7
BILAS RAMBUT ANDA DENGAN SEMPURNA
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
8
AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Ads
Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini, anda tidak lagi perlu bergantung pada salon untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bersinar.
Praktikkan teknik ini secara konsisten, dan anda akan melihat sendiri perbezaannya. Rambut yang bersih dan terjaga bukan sahaja meningkatkan penampilan, malah turut memberi keyakinan diri.
Jadi, apa tunggu lagi? Cuba tip ini sekarang dan nikmati pengalaman mencuci rambut yang lebih premium di rumah anda sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan nak menghilangkan parut jerawat yang bertompok hitam atau kemerahan bukannya perkara mudah. Jika tidak kena dengan produk yang sesuai, kesan parut jerawat akan bertambah parah.
Malah kesan parut jerawat juga boleh menghilangkan keyakinan diri, apatah lagi jika parut jerawat ini bertompok-tompok seolah-olah anda tidak tahu menjaga kulit wajah.
Jika anda berdepan dengan masalah parut jerawat, PharmaCare Online Store ada penyelesaiannya dengan memperkenalkan empat jenis ubat yang boleh membantu menghilangkan parut jerawat.
Dengan perkongsian ini, semoga masalah parut jerawat anda dapat dipulihkan dengan sebaiknya. Selamat mencuba!
Jika anda tercari-cari ubat untuk hilangkan atau pudarkan parut bekas jerawat. Ini 4 jenis ubat untuk parut jerawat yang boleh anda cuba.
Selepas masalah jerawat hilang, kini masalah parut bekas jerawat pulak yang tinggal. Ada beberapa jenis parut bekas jerawat yang ada, ada jenis Depressed Scar, Rolling Scar, Boxcar Scars, Ice picks scar dan beberapa jenis ini.
Parut bekas jerawat ini lebih awal dirawat lebih mudah untuk ia hilang atau pudar, tetapi jika parut telah terlalu lama ia mungkin menjadi parut kekal yang sukar untuk diperbaiki.
Ini 4 jenis ubat untuk parut jerawat yang utama dan telah diuji secara klinikal:
1. HIRUSCAR POST ACNE
Hiruscar Post Acne ini diformulasikan khas untuk kegunaan setiap hari untuk merawat bekas jerawat ataupun parut bekas jerawat.
Hiruscar ini berbentuk gel yang mudah dan cepat diserap oleh kulit.
Hasil daripada kajian yang dijalankan di Australia ke atas 31 orang wanita berumur 20-45 tahun mendapati 97% berpuashati menggunakannya dan 90% mendapati perubahan positif pada parut jerawat mereka selepas menggunakan Hiruscar selama 2 minggu.
Hiruscar Post Acne ni dihasilkan oleh Medinova AG Switzerland dapat memperbaiki parut ‘depressed scar’ yang disebabkan oleh jerawat dan mencerahkan tompok-tompok hitam bekas jerawat.
Gel ini bertindak melalui 3 cara iaitu:
1. Mencerahkan tompok hitam dan tanda bekas jerawat.
2. Melembutan dan menghaluskan permukaan bekas parut jerawat.
3. Menjadikan kulit lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti jerawat semula.
Kandungan bahan aktif utama dalam Hiruscar Post Acne Gel ini adalah Allium Cepa Bulb Extract.
Macam mana cara penggunaannya? Berapa lama nak pakai?
Untuk kesan dan hasil terbaik, disarankan anda gunakan Hiruscar Post Acne Gel ini sebanyak 2-3 kali sehari sekurang-kurangkan 2 minggu hingga 2 bulan untuk hasil yang terbaik.
PERHATIAN!! Jangan sapukan Hiruscar Post Acne pada luka terbuka atau jerawat yang masuh belum sembuh.
2. DERMATIX
Pasti anda pernah tengok kan iklan DERMATIX di TV?
DERMATIX GEL ini juga diuji secara klinikal berkesan untuk memperbaiki, melembutkan, meratakan parut, melegakan gatal dan juga mencerahkan tompok hitam yang disebabkan oleh parut.
Tetapi Dermatix Gel ini tidak sesuai untuk parut jenis ‘Depressed Scar’ yang disebabkan oleh jerawat atau chicken pox.
Berapa lama anda perlu gunakan Dermatix untuk kesan yang terbaik?
Untuk kesan postifi yang terbaik, anda boleh mula gunakan Dermatix Gel pada parut yang baru (sehingga parut lepas 3 bulan), sebaik sahaja luka ataupun jerawat telah sembuh dan tertutup.
Kesan positif boleh dilihat selepas 12 minggu penggunaannya secara berterus.
5 tips untuk guna Dermatix Gel
1. Sapu sedikit gel sahaja cukup untuk lapisan nipis atas parut. Sapu telalu banyak gel hanya membazir dan ambil masa untuk kering.
2. Satu tube 15 g boleh digunakan untuk 2 bulan.
3. Sebelum gunakan Dermatix, ukur atau ambil gambar parut anda dulu. Supaya senang anda bandingkan perkembangannya nanti.
4. Jangan biarkan parut anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas dan cahaya matahari yang terik.
5. Jangan gunakan Dermatix pada luka yang belum sembuh.
MEDERMA Proactive Gel merupakan satu lagi ubat untuk merawat parut yang utama di pasaran. Gel ini dikeluarkan oleh syarikat Merz Pharma dari Jerman.
Tiga kandungan utama Mederma yang berfungsi untuk memperbaiki parut adalah Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera.
Cepalin telah dibuktikan mempunyai sifat anti-radang dan membantu untuk melembutkan tisu parut. Allantoin pula mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa gatal dan meratakan kulit. Aloe Vera mempunyai sifat melembabkan, menyejukkan dan meningkatkan proses pembaharuan kulit,
Berapa lama anda perlu gunakan Mederma?
Anda disyorkan menggunakan Gel Mederma ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 8 minggu hingga 3-6 bulan untuk kesan yang terbaik.
4. BIO-OIL
Bio-Oil pula agak berbeza daripada ubat merawat parut yang lain seperti Hiruscar, Dermatix dan Mederma yang diformulasikan dalam bentuk Gel.
Bio-Oil diformulasikan untuk memperbaiki parut, meregangkan kulit, memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan melembabkan kulit yang kering. Kandungan bahan aktif utamanya adalah Vitamin A, Vitamin E, minyak Kalendula, Lavendar, Rosemary dan Kamomil.
Bio-Oil perlu disapu pada parut 2 kali sehari, urut dengan hujung jari dengan pergerakan membulat sehingga ia diserap sepenuhnya. Gunakan minimum selama 3 bulan dan jangan sapu pada luka yang masih belum sempuh.
Bio-Oil ini khusus untuk penjagaan kulit bukan diformulasikan khas untuk parut jerawat tetapi tetap boleh digunakan untuk memperbaiki parut bekas jerawat sama ada baru ataupun lama.
Bio-Oil ini boleh didapati dalam botol 60ml, 125ml dan 200ml.
Buat anda yang menggunakan cermin mata berdepan masalah calar merupakan satu perkara sangat leceh. Selain kerosakan, ia memberikan rasa tidak selesa dan menggangu penglihatan.
Kepada yang memakai cermin mata hampir setiap masa, masalah ini bagaikan satu gangguan yang sangat besar. Tidak kena cara, boleh hilang mood dan jadi baran juga kalau cermin mata ada kesan bercalar.
Sebaik mungkin pasti anda terutamanya yang menghadapi masalah rabun ini ingin memastikan agar cermin mata sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi dengan penularan COVID-19 ini, seboleh mungkin kita ingin mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan kekerapan untuk keluar rumah.
Namun ada ketikanya walaupun sudah menjaga cermin mata dengan baik, secara tidak sengaja anda telah merosakkannya hingga cerminnya bercalar.
Sebelum anda ingin mengambil keputusan untuk menukar ke cermin mata yang baharu, apa kata anda buat tiga cara mudah ini untuk settlekan kesan calar masalah ini.
Dengan kebenaran sumber asal bernama Rosie Zam, cara beliau ini boleh juga anda gunakan pada cermin jam tangan yang bercalar.
Ramai orang terutamanya wanita beranggapan bahawa lelaki ini kurang cerewet dalam bab pemilihan minyak wangi.
Jika ada yang beranggapan begitu nampaknya mereka silap sama sekali. Lelaki pada zaman kini sangat mementingkan kesesuaian baua yang melekat pada tubuh mereka. Pelbagai faktor boleh menentukan bagaimana seorang lelaki itu memilih minyak wangi tertentu.
Ada yang disebabkan bau kegemaran dan ada juga yang ingin menyembunyikan bau badan yang kuat. Tapi anda sebagai lelaki juga harus ingat bahawa tidak semua pilihan anda itu bersesuaian dengan diri sendiri.
Sebelum membeli minyak wangi adalah lebih baik anda ikuti beberapa tip yang MASKULIN kongsikan di bawah.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
PENGGUNAAN HARIAN
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.