Foto: NIKE

Tidak dinafikan sneakers terutamanya yang diperbuat daripada material kulit sememangnya cukup popular.

Malah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sneakers atau kasut seperti Nike Dunk, Air Jordan 1, adidas Superstar, New Balance 550 dan Nike Air Force 1 menjadi trend yang cukup disukai ramai.

Namun satu masalah yang tidak dapat anda elak bila memakai kasut seperti MASKULIN sebutkan di atas ialah masalah ‘crease’ atau kedutan pada kasut. Ini terutamanya berlaku pada bahagian hadapan kasut di mana itulah lokasi jari dan kaki and berlipat.

Lebih menyakitkan hati ada juga sneakers yang baru sahaja pakai sekali atau dua tapi crease yang timbul nampak begitu ketara sekali. MASKULIN tertarik dengan perkongsian NIKE tentang bagaimana anda boleh hilangkan kesan crease ini.

Tip Hilangkan ‘Crease’ Pada Sneakers Hanya Guna Seterika
Foto: NIKE

Salah satunya dengan menggunakan seterika! Ikuti beberapa steap mudah di bawah.

IKLAN

Pertama sekali anda perlu sediakan beberapa perkara ini:

  • surat khabar lama
  • seterika
  • kain tuala
  • sedikit air

LANGKAH 1

Masukkan kertas surat khabar lama ke dalam rongga kasut hingga hadapannya penuh. Tolak dan penuhkan bahagian hadapan hingga crease nampak seperti hilang

LANGKAH 2

Ambil tuala dan basahkannya sedikit. Ingat jangan gunakan seterika secara terus ke sneakers anda ya. Letakkan tuala tersebut di bahagian crease yang anda mahu hilangkan.

IKLAN

LANGKAH 3

Panaskan seterika ke tahap kepanasan sederhana. Gunakan seterika dan gosok di atas kasut dengan perlahan-lahan. Lakukan selama kira-kira 10 saat.

LANGKAH 4

Selepas 10 saat angkat tuala dan periksalah ‘crease’ dari semasa ke semasa. Ia juga perlu diselang-selikan agar kasut tidak rosak.

IKLAN

LANGKAH 5

Apabila crease sudah hilang dan anda pun berpuas hati, letakkan kasut di kawasan terbuka dan biarkan ia sejuk dengan sendiri.

Selamat mencuba!

Jom follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI