Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu bahawa wanita lebih sensitif dan tertarik matanya kepada lelaki yang berambut panjang. Menurut beberapa pakar mereka mendapati wanita lebih sensitif kepada lelaki berambut panjang kerana ia memberikan penampilan yang lebih menarik dan bersifat maskulin.
Kajian juga menunjukkan wanita lebih teliti memerhatikan wajah dan rambut lelaki berbanding lelaki itu sendiri. Ini mungkin berkaitan sifat feminin yang ada pada mereka lantas membuatkan lelaki berambut panjang tampil lebih menyerlah.
Maka beruntunglah anda lelaki yang memiliki rambut panjang kerana sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai! Namun apa gunanya jika sekadar berambut panjang tetapu tidak tahu cara yang betul untuk menjaganya.
Jika anda mengabaikan cara penjagaan rambut, kelak anda akan berdepan dengan pelbagai masalah rambut.
Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan tip-tip penjagaan rambut agar sentiasa kemas, bersih, sihat dan dijaga dengan baik.
Alert perkara ini kalau nak simpan rambut yang panjang
BIAR SESUAI
Sebelum nak menyimpan rambut, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk membela rambut yang panjang. Selain gaya, anda juga perlu memikirkan tentang kerjaya anda. Ada sesetengah kerjaya tidak membenarkan anda berambut panjang.
KEKERAPAN SYAMPU
Jangan syampu rambut anda setiap hari. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi semakin kering, merosakkan folikel rambut dan mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Ads
Penggunaan syampu dengan bahan sulfat yang tinggi juga perlu dielakkan kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada di kulit kepala dan membuatkan rambut anda lebih bermasalah.
DIET BERNUTRISI
Pengambilan makanan yang berzat boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sekali gus memelihara rambut.
Amalkan pemakanan dengan kandungan zat protein, vitamin C dan biotin yang boleh membantu pertumbuhan rambut dengan baik. Ambillah buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ikan, kekacang, tauhu dan sebagainya yang boleh membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut.
WAJIB GUNA PERAPI
Jika anda miliki rambut yang panjang, menjadi kemestian untuk anda menggunakan perapi rambut agar mudah untuk diuruskan.
Kandungan perapi rambut ini penting kerana ia dapat membantu menjaga hujung rambut agar tidak kusut dan bercabang. Selain itu perapi juga bolehmenjadi pengganti minyak semula jadi untuk melembapkan rambut.
CARA KERINGKAN RAMBUT
Selesai sahaja mencuci rambut, lapkan lebihan air yang membasahi rambut anda secara perlahan menggunakan tuala kering.
Ads
Kemudian biarkan rambut anda kering dengan sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak, mudah patah dan kusut.
TRIM DARI SEMASA KE SEMASA
Trim atau buang hujung rambut yang rosak dan bercabang merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Tidak semestinya perlu ke salun kerana anda boleh mengguntingnya sendiri. Memotong hujung rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih baik.
VITAMIN RAMBUT
Rambut panjang lebih berisiko besar mengalami masalah rambut kusam dan rapuh. Untuk menjaganya agar akar rambut tetap kuat dan sihat, gunakan vitamin rambut agar nutrisinya tetap terjaga.
Vitamin ini boleh anda ambil sama ada dalam bentuk suplemen yang diminum, dioles pada rambut ataupun menggunakan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Ads
MINUM AIR MENCUKUPI
Sama seperti kulit pada tubuh badan, kulit kepala juga boleh mengalami kekeringan. Jadi minumlah air dalam anggaran satu setengah liter hingga dua liter sehari. Selain untuk keperluan tubuh badan, air juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
JANGAN IKAT KUAT
Masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku ketika anda mengikat rambut dengan getah yang kuat. Akhirnya rambut akan mengalami keguguran yang banyak sehingga lama-kelamaan menjadi nipis dan botak.
LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Oksigen berfungsi dalam membantu sel berkembang dan membuatkan tubuh badan lebih sihat. Senaman kardio seperti berlari, berjoging, berbasikal dan sebagainya dapat membantu menjadikan pertumbuhan rambut lebih sihat.
TIDUR SECUKUPNYA
Keperluan tidur yang secukupnya juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Ketika tidur, tubuh badan mengalami proses perbaikan secara semula jadi.
Tidur yang teratur anggaran tujuh hingga lapan jam sehari boleh membuatkan sel kulit kepala anda menjadi lebih aktif. Selain itu, tidur juga dapat meningkatkan pengedaran darah di sekitar folikel rambut sehingga membantu rambut anda tumbuh lebih lebat dan sihat.
Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki zaman moden kini tidak lagi lokek untuk berbelanja untuk mendapatkan produk penjagaan wajah dan kulit. Jadi tidak hairanlah semakin banyak produk penjagaan lelaki kini semakin banyak dan dihasilkan untuk tujuan lebih spesifik. Antara jenama yang sering menampilkan produk tumpuan adalah Aesop.
Terbaru, Aesop memperkenalkan koleksi istimewa yang merupakan salah satu koleksi untuk tahun 2020 iaitu Gift Kits. Menariknya koleksi ini turut diberi nama gelaran ‘Sensory Chronicles’. Setiap kita yang ditawarkan membawa pengguna untuk merasai sendiri sensasi minda dan sentuhan menerusi koleksi ini.
Dilancarkan pada 2 November lalu, setiap Gift Kit yang hadir dengan kotak khas diperbuat daripada 100 peratus bahan mudah reput atau biodegradable yang boleh juga dikitar semula. Ia sekali gus selari dengan ideologi jenamanya yang ingin mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
TEMAN SASTERA
Jelas Aesop, koleksi ini juga mengandungi beberapa hasil seni sastera yang semakin dilupakan. Ia boleh dimuat turun sebagai eBook atau audio file (dalam bahasa Inggeris). Hasil sastera ini boleh dijadikan peneman tatkala pengguna merasai sendiri pengalaman escapism ketika menggunakan produk penjagaan kulitnya.
Terdapat 5 jenis Gift Kit berbeza yang ditawarkan oleh Aesop iaitu The Ardent Nomad, The Lore Collector, The Seasoned Wayfarer, The Mataphysical Voyager dan The Chance Companion.
Setiap satu hadir dengan karya sastera berbeza dalam bentuk digital hasil penulis terkenal seperti Isabelle Eberhardt, Lafcadio Hearn, Rabindranath Tagore, Joaquim Maria Machado de Assis dan Katherine Mansfield.
Koleksi Gift Kit ini boleh didapati di semua signature store Aesop seluruh negara serta stokis mereka yang terpilih.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Listerine bukan sahaja untuk berkumur, membersihkan mulut ataupun mengatasi masalah mulut berbau. Sebenarnya banyak lagi kegunaan Listerine yang bagus dan efektif belum pernah anda tahu.
Bukan sahaja berfungsi untuk pelbagai kegunaan di rumah, Listerine juga boleh nda gunakan sebagai tip cantik dan bersih cara bajet.
Ini 11 kegunaan hebat Listerine.
1. Pengganti deodoran & hilangkan bau busuk pada ketiak
Anda kehabisan deodoran pada waktu penting? Relax, perkara ini dapat diatasi hanya dengan mengaplikasikan sedikit Listerine pada ketiak menggunakan kapas. Selain itu, Listerine juga efektif untuk menghilangkan bau tengik pada ketiak dan memberikan bau yang lebih segar. Caranya, anda hanya perlu tuangkan sedikit Listerine pada kapas atau kain putih dan sental pada ketiak.
2. Menghilangkan kelemumur
Sebelum digunakan sebagai ubat kumur, bahan-bahan aktif yang ada pada Listerine juga boleh digunakan terlebih dahulu sebagai ubat untuk membasmi kelemumur. Caranya mudah, basahkan rambut dengan sedikit air, campurkan 1/4 cawan Listerine bersama 1 cawan air pada rambut. Urut dan usap Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga rasa segar dan dingin. Kemudian anda balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih menjimat daripada membuat rawatan di salun.
3. Mengecut & menghilangkan jerawat
Jika anda dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat masih tak hilang-hilang, cuba gunakan Listerine. Bersihkan wajah sebelum tidur, kemudian sapukan sedikit Listerine pada jerawat menggunakan cotton bud. Keesokan harinya, jerawat akan mengecut dan hilang disebabkan oleh kandungan alkohol yang ada pada Listerine.
4. Hilangkan gatal-gatal pada kaki
Tuangkan Listerine ke dalam besen bersama air dan sedikit cuka putih. Rendamkan kaki anda selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Malah kulit kaki anda juga akan lebih cantik dan sihat.
5. Mengatasi bau kaki
Listerine memiliki kandungan anti-kuman dan anti-infeksi yang mampu membunuh bakteria dan mengurangkan peluh pada kaki. Rendamkan kaki pada campuran air suam bersama sedikit Listerine untuk mengatasi masalah aroma kaki yang busuk akibat penggunaan kasut tertutup dalam tempoh yang lama.
6. Membasmi kuman pada berus gigi
Berus gigi yang selalu kita sebenarnya mengandungi kuman. Bagaimana untuk membersihkan kuman tersebut? Caranya, tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman.
7. Bersihkan skrin tv atau komputer
Sembur sedikit Listerine pada kain dan sapukan ke atas skrin TV atau komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
8. Hilangkan bau busuk dalam tong sampah
Jika anda malas nak membersihkan tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong sampah tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau busuk yang ada pada tong sampah.
9. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan daripada menjadi lebam.
10. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine juga boleh membersihkan mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas dengan berus. Ia berfungsi untuk mematikan kuman mati dan memberi bau wangi pada tandas.
11. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing alami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Anda boleh campurkan Listerine dengan air dan semburkan pada bulu kucing tersebut. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan Listerine dengan syampu mandian kucing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wajah merupakan kawasan paling penting dalam setiap manusia. Ia mencerminkan peribadi anda sedikit sebanyak. Bayangkan jika anda lemparkan wajah masam sepanjang hari, mungkin tiada yang akan berani tegur anda.
Dari segi penjagaan wajah pula, mungkin anda akan dipandang dan diminati jika anda mempunyai paras rupa yang menarik. Namun, wanita tidak memandang kacak sebagai alasan untuk mereka mendekati sahaja, jika anda pandai menjaga kulit anda, hidung kembang atau tiada kening pun wanita masih Onzz mendekati anda.
Tak guna juga kalau ada badan sado, berketul tapi wajah penuh jerawat kan? Tidak segigih wanita, lelaki biasanya alpa dengan rawatan kecantikkan di spa dan facial. Ada antara anda yang menganggap bahawa rawatan facial merupakan satu pembaziran dan tidak pantas untuk lelaki. Mungkin terlalu gay apabila menjaga wajah sehingga ke spa.
Anda silap! Ini yang anda perlu tahu tentang facial.
Tempat yang berbeza dan wajah yang berbeza bermakna tidak ada definisi facial untuk wajah, namun ia lebih kepada mencuci darah kotor dari wajah anda dan buang segala yang tak diperlukan pada wajah. Asas facial membantu untuk membersihkan liang-liang yang berminyak dan mengelupas sel-sel kulit yang mati di bahagian atas kulit anda (terdapat antara 15 dan 20).
Jika ada ke spa, antara perkara asas yang akan dilakukan oleh mereka adalah mereka akan membersih muka anda, mencuci mana-mana kotoran yang mungkin anda ambil dari luar sebelum Proses pengukusan membuka liang-liang. Ini membantu langkah seterusnya, pengekstrakan manual, di mana bintik hitam dan whiteheads dikeluarkan dengan cara dan teknik yang betul.
“Ala, boleh je buat dekat rumah!” Ini sangat berbeza dengan setiap picikan yang anda lakukan di rumah. Ahli dermatologi yang berkelayakan akan menggunakan satu set alat dan sarung tangan khas, sementara pengetahuan mereka yang luas akan tahu tepat bila dan bagaimana untuk menekan dan mengurut kumbahan yang membusuk di bawah kulit anda.
Dua langkah terakhir melibatkan penghembusan dan menghidratkan krim dan mencuci mengurut ke kulit anda dengan cara yang bertujuan untuk meletakkan anda dalam keadaan santai. Secara keseluruhannya, wajah yang dimaksudkan untuk bekerja sama dengan rejim penjagaan kulit harian anda.
Kenapa perlu anda ambil peduli?
Mengapa? Dari sini anda sudah nampak betapa perlunya anda ke pusat rawatan facial berdekatan kan? Walaupun kulit lelaki lebih tebal dan cukup tahan, ia mengalami tekanan yang ketara akibat pencukuran. Testosteron juga bertanggungjawab untuk meningkatkan pengeluaran minyak, tetapi permukaan kulit manusia cenderung menjadi lebih kering kerana ketebalannya dan kelembapan semulajadi berkurang.
Satu perkara yang perlu anda paling ambil peduli adalah kesesuaian kulit anda dengan produk yang disyorkan. Adalah penting untuk mendedahkan apa-apa alahan jika ia berkaitan dengan kepekaan kulit. Ini kerana setiap manusia mempunyai kulit yang berbeza-beza walaupun kembar! Anda perlu dapatkan khidmat nasihat dari perunding kulit sebelum menjalani rawatan, jadi pakar anda boleh menilai kesihatan kulit anda dan mencadangkan rawatan yang sesuai.
Jadi jangan takut untuk ke pusat rawatan Facial. Kadang-kala info yang kami beri tidak mencukupi untuk anda lakukan rawatan sendiri di rumah. Ingat! Sesetengah pusat rawatan menawarkan harga yang sangat tinggi. Cuba anda bayangkan, jika anda menggunakan produk murah pada wajah, bukankah ia akan memudaratkan lagi kulit anda? Jadi pilihlah dengan tepat ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.