MASKULIN percaya dugaan berpuasa sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini cukup berbeza sekali.

Bagi penulis sendiri cabaran berpuasa itu mungkin sedikit mudah dan tidak membebankan memandangkan perlu hanya duduk di rumah dan menyiapkan kerja juga di rumah. Tidak perlu berpanas melakukan tugasan luar dan juga terperangkap dalam kesesakan trafik pergi dan balik kerja.

Tapi dugaan berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga itu masih seperti biasa. Antara faktor paling penting yang perlu kita jaga sepanjang menjalani ibadah puasa ini ialah memastikan diri dalam keadaan yang baik seperti tahap hidrasi.

Kerap kali kita dengar manusia perlu meminum air masak sebanyak 8 gelas sehari. Namun adakah ia benar?

IKLAN

Tip Minum 8 Gelas Air Tiada Asas Sains Untuk Kekalkan Tahap Hidrasi Sepanjang Ramadan

Menurut perkongsian dari Public Health Malaysia, minum 8 gelas air sehari sepanjang malam tidak mempunyai asas sains dan ia muncul dari satu kajian pada tahun 1945 di mana ia mencadangkan pengambilan 1 liter air bagi setiap kalori.

IKLAN

IKLAN

Setiap individu sebenarnya mempunyai tahap keperluan air yang berbeza. Dan cara paling senang mengetahuinya ialah dengan mengetahui keperluan tubuh mengikut signal diterima otak iaitu bila rasa dahaga.

Selain minuman air juga boleh diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sup, yogurt dan lain-lain makanan.

Dengan mempelbagaikan sumber makanan yang mengandungi air ini, anda bukan sahaja dapat mencegah dehidrasi malah dapat membekalkan pelbagai nutrient berkhasiat dan menikmati rasa yang berbeza.

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA TIP KEKAL HIDRASI SEPANJANG RAMADAN

  • Minum segelas air masak selepas solat Isyak
  • Makan buah tembikai sebagai pelengkap menu makan
  • Berbuka dengan semangkuk bubur atau sup
  • Minum jus buah tanpa gula untik berbuka puasa
  • Selepas solat terawih, boleh makan yogurt rendah lemak
  • Minum segelas air masa lagi sebelum tidur
  • Pengambilan susu juga amay baik untuk bersahur
  • Elak pengambilan makanan yang tinggi garam
  • Jauhi juga minuman mengandungi kafein
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI