Pertemuan dengan bakal mertua memang akan mengerunkan orang ramai, bermacam-macam yang ada difikiran. Suka atau tidak, adakah dapat restu dan sebagainya. Tapi relaxlah, ini dia cara-cara untuk pikat hati mereka.

1) Cuba Elakkan Berjumpa Di Rumah Terbuka & Majlis KahwinTip Pikat Hati Bakal Mertua Buat Kali Pertama, Baru Disayangi!

Mungkin ia nampak mudah dan ringgan, namun jangan sesekali mengabaikan ia. Elakkan diri dari pertemuan secara tidak sengaja seperti datang ke majlis kahwin saudara mara mahupun rumah terbuka.

Sebaiknya, sesi hi-tea adalah waktu terbaik untuk berjumpa dan adalah lebih baik jika pasangan yang aturkan pertemuan tersebut.

IKLAN

2) Rapikan Diri, Pilih Pakaian Yang Sesuai

Bagi perempuan adalah lebih manis jika anda berpakaian agak longgar dan sopan seperti baju kurung. Manakala untuk lelaki lupa, inilah masa yang sesuai untuk anda potong rambut dan kemaskan misai dan janggut. Malah pemilihan baju juga sangat penting mengikut keadaan tempat.

3) Jangan Lupa Bawa Buah TanganTip Pikat Hati Bakal Mertua Buat Kali Pertama, Baru Disayangi!

Mungkin ada sesetengah keluarga menganggap ia tidak penting, namun cukuplah membawa sedikit buah tangan seperti buah-buahan, kuih-muih ataupun kek agar mereka rasa dihargai.

4) Pilih Topik Yang Bersesuaian, Jangan Politik!

Di sinilah kesilapan utama yang sering dilakukan. Anda harus tunjukan sedikit sifat masra yang anda miliki. Lakukan aktiviti bersama keluarganya. Cuba elakkan diri daripad tersenyum sahaja, sebaiknya pilih topik perbualan yang bersesuaian dan cuba elakkan dari berbual mengenai politik!

IKLAN

5) Jangan Lupa Selitkan Pujian

Tip Pikat Hati Bakal Mertua Buat Kali Pertama, Baru Disayangi!

Sewaktu dimeja makan, jangan lupa selitkanlah sedikit pujian buat bakal ibu mertuamu. Sekurang-kurangnya akan membuatkan bakal ibu mertuamu sejuk dan gembira. Cuba elakkan dari menolak apa-apa yang dipelawa oleh bakal ibu mertuamu, sekirannya tidak pandai makan, belajarlah makan makanan tersebut.

IKLAN

6) Pengetahuan Agama Mesti Ada

Ingat, sebelum makan bacalah doa makan dahulu atau imamkan solat fardhu. Bukan apa, ini membuktikan anda ada pengentahuan ilmu agama. Sekurang-kurangnya bakal ibu atau bapa mertua anda terbuka mata sedikit yang anda serious untuk menjadi imam dan membimbing anaknya.

7) Ambil Hati Adik Beradiknya Juga

Tip Pikat Hati Bakal Mertua Buat Kali Pertama, Baru Disayangi!

Akhir sekali, jangan sesekali membuat muka atau bermasam muka dengan adik beradiknya. Ingat, anda bukan bakal berkahwin dengan pasangan anda sahaja, malah seluruh ahli keluarganya juga!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI