
Ramai yang suka makan dengan cepat dan gelojoh terutamanya lelaki. Tetapi tahukah anda, jika anda makan dengan keadaan begini ia akan menyebabkan kenaikan berat badan?
Ya, benar ini kerana individu makan lebih cepat lebih berat berbanding dengan individu makan lebih perlahan.
Ini dia manfaat makan perlahan yang mungkin anda tidak tahu.
- Jika anda makan perlahan, ia akan mengurangkan selera makan dan otak akan memberi signal kepada perut bahawa anda sudah makan. Ia mengambil masa 20 minit untuk proses isyarat ini.
- Makan secara cepat akan mengalakan lagi anda makan lebih banyak. Ini kerana otak tidak mendapat masa yang cukup untuk menentukan isyarat kenyang .
- Dapat mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan serta menurunkan berat badan.
- Meningkatkan kenikmatan makanan.
- Melancarkan penghadaman serta menyerap nutrient lebih baik.
- Ia juga dapat mengurangkan tahap tekanan dan stress yang anda hadapai.
KP Kesihatan Seru Golongan Warga Emas Terus Duduk Rumah Sepanjang PKPB

Hari ini bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara. Menurut Majlis Keselamatan Negara menerusi Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan telah mewartakan bahawa PKP 4 telah berakhir dan bermula hari ini PKPB bekuatkuasa serta-merta di seluruh negara.
Namun kerajaan menggesa agar kesemua sektor ekonomi yang dibuka semula beroperasi akar terus mengikuti SOP yang betul dengan tegas.
Walaupun telah berjaya melandaikan kadar jangkitan atau flatten the curve namun kita tidak seharusnya leka.
Seperti mana yang kita tahu golongan yang paling berisiko berdepan dengan ancaman jangkitan wabak COVID-19 ini ialah warga emas.
Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia terus menyeru agar golongan ini tidak keluar rumah melainkan ada urusan yang penting dan memerlukan sahaja walaupun dalam tempoh PKPB.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu kita semua lindungi.
Tambahnya, jika golongan ini perlu ke kawasan umum mereka digalakkan memakai topeng hidung dan mulut di samping sentiasa mengambil langkah pencegahan.
“Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi mesti diteruskan, misalnya dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan
cecair pembasmi kuman serta amalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangya 1 meter.
“Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari,” jelasnya lagi.
KKM juga telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas.
Saringan akan dijalankan secara berfasa, dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Seterusnya saringan akan terus dijalankan di sebanyak 357 buah pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta 506 dan 26 buah nursing homes yang berdaftar di bawah Akta 586.
Sebagai golongan yang lebih muda kita juga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Sentiasa ingatkan ibu bapa di kampung agar terus beada di rumah.
Anda boleh memesan bekalan makanan secara talian untuk di hantar terus kepada mereka dengan kadar kontak minimal. Selain itu jika anda juga perlu pastikan persekitran sentiasa selamat dengan penjarakan sosial.
Jika ia tidak dilakukan, tergurlah secara baik. Ini demi kebaikan kita bersama.
Sumber: Astro Awani
Beruntung Kalau Anda Gemar Warna Merah. Sebabnya, 9 Perkara Menarik Ini!

Memakai pakaian berwarna merah mampu meningkatkan daya tarikan seorang lelaki mahupun perempuan.
Ini kerana warna merah boleh membuatkan anda kelihatan lebih menarik dari segi seksual dan pandangan mata orang lain.
Lebih-lebih lagi jika anda mahu tampil menarik di khalayak umum dan berkongsi aura positif yang anda miliki.
Lebih mengujakan, anda akan dipandang sebagai role model selain memberi ruang kepada orang ramai untuk menjadikan anda sebagai inspirasi.
Jika selama ini anda adalah lone ranger dan kini mencari jalan yang lebih menyeronokkan, tip ini mampu memberikan anda sebuah ‘dunia baharu’ selain tampil memakai pakaian berwarna merah.
1. Mengelilingi diri dengan kawan-kawan
Kajian mendapati seseorang itu akan kelihatan lebih menarik jika dia berada dalam sesebuah kumpulan. Tidak kiralah dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar.
Ini kerana otak kita menilai sesuatu kumpulan itu secara agregat dan menjadikan setiap muka kelihatan dalam keadaan sama rata serta menarik.
2. Mengikut gerak geri individu yang diminati
Dengan mengikut meniru gerak geri seseorang yang berketrampilan, secara halusnya anda menjadikan diri anda kelihatan lebih menarik di mata pasangan masing-masing
Ini kerana bahasa badan atau body language merupakan cara berkomunikasi yang kuat dan sangat penting pada peringkat awal tarikan fizikal kerana ia membantu untuk meyakinkan orang lain bahawa anda berkongsi banyak persamaan.
Cuba bayangkan kalau anda ini seseorang yang sangat pandai meniru gaya romantik pelakon India terkenal, Shah Rukh Khan, mesti si dia akan sentiasa cair pada saat melihat anda.
3. Menjadi seseorang yang pandai berjenaka
Wanita juga lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuat mereka ketawa kerana fakta mengatakan mereka yang pandai berjenaka dianggap lebih bersosial dan lebih pintar.
Ciri ini juga merupakan sesuatu yang wanita cari dalam pasangan. Tidak perlu sehingga menjadi raja lawak. Cukup sekadar bijak membuat lawak situasi yang membolehkan si dia tersenyum dan ketawa kecil.
4. Berinteraksi bersama bayi atau kanak-kanak
Lelaki yang pandai berinteraksi bersama bayi adalah tiga kali lebih menarik. Ini kerana perwatakan itu memberi gambaran seolah-olah mereka akan menjadi seorang bapa yang baik pada masa hadapan.
Jadi kepada si bujang yang mempunyai kenalan yang sudah memiliki anak, rajin-rajinlah bermain dengan anak mereka dan jangan lupa selfie tau!
5. Berjambang halus dan kemas
Mengikut kajian, wanita mendapati lelaki yang mempunyai jambang nipis kelihatan lebih menarik daripada janggut penuh, atau wajah sepenuhnya bercukur licin.
Ia kerana jambang menunjukkan keseimbangan dan tahap maskulin yang tinggi.
6. Menjadi ketua atau pemimpin
Semua orang sukakan kuasa. Sebuah kajian yang dijalankan pada 2014 mendapati bahawa mereka yang memimpin sesebuah kumpulan adalah lebih menarik daripada ahli kumpulan lain.
7. Lebihkan senyuman
Sebuah kajian di Switzerland mendapati bahawa mereka yang sering senyum kelihatan lebih menarik berbanding mereka yang tidak. Jadi, senyum tak perlu kata apa-apa.
8. Tinggal di tempat yang mewah
Dalam satu eksperimen dijalankan oleh Cardiff Metropolitan University, mereka menugaskan seorang lelaki untuk mengambil gambar dalam keadaan postur kasual dalam sebuah apartmen mewah dan satu lagi dalam apartmen biasa.
Dan hasilnya, gambar lelaki dalam apartmen mewah mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi kerana dia kelihatan seperti seorang yang berkerjaya dan mampu menjaga keluarga.
9. Main alat muzik
Dalam satu kajian, penyelidik meminta 1,500 wanita dengan purata usia 28 tahun untuk mendengar muzik biasa dan muzik kompleks bagi tujuan menilai daya tarikan komposer. Keputusan mendapati wanita-wanita ini lebih sukakan kepada muzik yang lebih kompleks.
Kalau di barat, Jazz adalah satu muzik yang kompleks namun di Asia, keroncong adalah satu muzik tradisional yang sangat genius. Sebab itulah lagu Srikandi Cintaku yang dinyanyikan semula oleh Datuk Awie Wings dan Mus May dalam versi keroncong memikat hati ramai orang.
Berdasarkan 10 tip ini, adakah anda bersetuju dengannya ataupun anda ada lagi info lain yang mungkin Maskulin terlepas pandang? Apa kata kongsikan bersama kami.
Demi Sayangkan Keluarga, Inilah 9 Perkara Yang Ayah Tak Pernah Ceritakan Kepada Kita!

Memang tak dinafikan, seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan ahli keluarganya berada dalam keadaan selesa dan sempurna.
Betapa istimewa insan yang bergelar seorang ayah. Jadi sebagai anak, hargailah pengorbanan ayah anda.
Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.
1. AYAH TAK CUKUP DUIT
Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.
2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA
Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.
Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.
3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA
Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.
4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA
Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.
Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.
5. AYAH PENAT
Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.
Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.
6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA
Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.
7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI
Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.
Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.
Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.
8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA
Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.
Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.
Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.
ITULAH PENGORBANAN AYAH!
Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.
Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih….tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup…
Sumber: Ayah,jasamu tak terbalas dunia akhirat-SELAMAT HARI BAPA