
Dunia gusti hiburan sentiasa punya tempat istimewa dalam budaya pop moden. Sejak era 1980-an, World Wrestling Entertainment (WWE) telah berkembang daripada sekadar acara gusti profesional kepada fenomena global bernilai berbilion dolar.
Dikenali dengan gabungan aksi fizikal, drama dan personaliti besar seperti The Rock, Stone Cold Steve Austin serta Undertaker, WWE kini menjadi jenama hiburan sukan paling dikenali di seluruh dunia.
Populariti WWE di Malaysia
Popuaritinya di Malaysia juga tidak asing. Generasi yang membesar dengan siaran mingguan Raw dan SmackDown pasti masih ingat bagaimana karakter seperti John Cena dan Triple H menjadi ikon global — bukan sekadar atlet, tetapi simbol semangat dan ketahanan diri.
Dari gelanggang Madison Square Garden ke platform digital moden, WWE kekal sebagai jenama hiburan yang mendominasi budaya pop lelaki sejati.
TMJ Bertemu Bintang-Bintang WWE
Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menarik perhatian peminat apabila berkongsi momen eksklusif bersama beberapa bintang gusti terkenal WWE.
Dalam satu hantaran di Instagram rasmi baginda, Tunku Ismail memuat naik beberapa foto bersama nama-nama besar seperti Triple H, John Cena, American Nightmare Cody Rhodes dan The Usos.

Lebih menarik, dalam ruangan komen TMJ turut menambah, “Kami kini dalam perbincangan dengan pihak UFC dan WWE bagi membawa acara mereka ke Johor pada masa akan datang, dijangka pada tahun 2027 di Stadium SSI”.

Detik Istimewa Bersama Legenda WWE
Perkongsian tersebut nyata mencuri tumpuan ramai peminat gusti tempatan yang teruja melihat figura diraja itu berpeluang bertemu secara peribadi dengan antara ikon paling berpengaruh dalam dunia WWE.
Gambar-gambar yang dikongsi menunjukkan suasana mesra dan penuh semangat kekeluargaan — memperlihatkan sisi santai Tunku Ismail di samping legenda WWE yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen.

Momen tersebut juga menjadi bukti hubungan global dan daya tarikan universal sukan hiburan itu.
Walaupun hantaran itu ringkas, ia mengundang pelbagai reaksi positif daripada pengikut media sosial baginda. Ramai memuji keperibadian santai Tunku Ismail yang sentiasa menyokong pelbagai bentuk sukan dan hiburan antarabangsa.
BACA DI SINI: Cara Tingkatkan Pace Larian Dalam Tempoh Sebulan
TMJ dan Minat Terhadap Dunia Sukan
Bukan rahsia lagi bahawa Tunku Ismail sememangnya seorang peminat tegar dunia sukan, khususnya bola sepak dan seni mempertahankan diri.
Di bawah kepimpinan baginda, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berkembang menjadi kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia dengan infrastruktur bertaraf dunia.

Pertemuan baginda dengan bintang WWE dilihat sebagai satu lagi bukti kecintaan TMJ terhadap dunia sukan dalam pelbagai bentuk.
Dari bola sepak hingga gusti profesional, minat baginda jelas merentasi sempadan dan menunjukkan bahawa sukan — tidak kira genre, mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang










