Jika anda pengguna laman media sosial yang aktif pastinya anda akan terserempak dengan video kemalangan jalan raya yang dimuat naik oleh pengguna jalan raya. Boleh dikatakan semua video tersebut merupakan rakaman yang dilakukan dengan menggunakan dashcam.
Sebagai pengguna dan pemilik kenderaan pada masa kini dashcam merupakan salah satu kelengkapan yang harus ada untuk tujuan pemantauan.
Selain mampu merakamkan apa yang berlaku jika berlaku kemalangan ia juga memberikan banyak kelebihan kepada pengguna.
Salah satunya memudahkan untuk membuat laporan polis atau melakukan tuntutan insurans. Tidak dinafikan pada masa kini terdapat banyak sekali pilihan dashcam di pasaran. Setiap satu hadir dengan tawaran tersendiri dengan spesifikasi yang cukup canggih.
Foto: Nexar
Tapi sebagai pengguna konvensional amat sukar untuk kita tahu yang manakah benar-benar berkualiti dan baik untuk digunakan. Bagi memudahkan kita sebagai pengguna memilih dashcam terbaik. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
PENILAIAN SKOR
Baru-baru ini, MIROS telah mengeluarkan senarai 40 dashcam terbaik yang telah dinilai berdasarkan skor di atas beberapa faktor. Mereka telah melakukan penilaian berdasarkan tiga faktor yang diambil kira untuk fasa awalan iaitu ciri asas, ciri termaju dan ciri bandtuan pemanduan.
Ads
Menerusi senarai ini kita dapat lihat sebanyak lima dashcam menerima pengiktirafan lima bintang dengan tiga daripadanya dari jenama 70mai.
Walau bagaimanapun selain tiga faktor yang dinyatakan tidak ada penjelasan lanjut bagaimana penilaian dibuat. Namun kredibiliti yang dibawa oleh agensi seperti MIROS memang cukup dipercayai.
Anda juga boleh mempertimbangkan beberapa kriteria mengikut kesesuaian masing-masing. Sebagai contoh jika anda ingin dashcam yang menggunakan bateri lithium atau super kapasitor sebagai perbandingan. Ataupun ciri sokongan sambungan penstoran cloud yang lebih baik.
Berikut merupakan top 5 dari senarai harga setiap dashcam yang disenaraikan oleh MIROS dan link Shopee untuk rujukan anda. Jadi pilihlah yang terbaik dan ingat harga bukanlah penentu segala!
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda mencari atau mendapatkan dashcam terbaik untuk kegunaan peribadi. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di Malaysia mungkin nama Tesla agak jarang diperkatakan dan dilihat mengaum di atas jalan raya. Jenama automotif yang selari sinonim dengan billionair yang juga CEO Tesla iaitu Elon Musk.
Ia kini telah diangkat sebagai jenama automotif paling berharga di dunia. Sekali gus telah memintas kedudukan Toyota yang merupakan pengeluar kenderaan terbesar di Jepun.
Dalam tempoh 10 tahun sahaja Tesla telah berubah dari menjadi pengeluar kecil kenderaan elektri dan tenaga bersih kepada kuasa besar dalam industri automotif global.
Dengan nilai pasarannya yang mencecah USD208 billion ia mengatasi Toyota yang mencatat nilai USD202.74 billion.
Walaupun syarikat diterajui Elon Musk ini dianggap newbie namun dengan populariti serta pengaruh jenama yang dibawa Tesla ia menjadikannya sebagai jenama ulung dalam industri ini.
Antara kelebihan mereka pastinya imej jenamanya yang sering dilihat sebagai syarikat teknologi berbanding pengeluar kenderaan kerana teknologi terkini serba hebat yang dibawa mereka. Berdepan pandemik Covid-19, Tesla berdepan sedikit kesukaran namun ia tidak menjejaskan kedudukan jenama mereka di pasaran kompetitif.
Malah menurut laporan nilai pasaran Tesla dijangka akan terus meningkat naik dalam masa yang terdekat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini memperkenalkan rekaan baharu untuk lesen memandu Malaysia yang tampil dengan rupa lebih segar dan moden.
Rekaan Lebih Kemas, Berjiwa Malaysia
Lesen baharu ini direka dengan lebih kemas dan profesional, menampilkan elemen-elemen bercirikan identiti nasional.
Rekaan baharu ini menggunakan gambar latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, selain motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan. Di belakang pula, ia menggunakan grafik Istana Negara bersama motif abstrak flora.
Tidak Semua Negara Iktiraf Lesen Digital
JPJ turut memaklumkan bahawa lesen baharu ini hadir dengan ciri keselamatan lebih tinggi, bertujuan mengurangkan risiko pemalsuan dokumen dan memastikan keaslian setiap lesen yang dikeluarkan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, lesen fizikal diperlukan kerana tidak semua negara mengiktiraf lesen digital yang memerlukan pemohon membawa LMM fizikal dan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) ketika ke luar negara.
LMM baharu direka dengan ciri keselamatan bagi mengelak pemalsuan dan mempunyai ketahanan untuk digunakan dalam tempoh 10 tahun. Walaubagaimanapun, versi fizikal untuk lesen memandu ini hanya terhad kepada mereka yang akan ke luar negara, dan bukan warganegara sahaja.
Sebaliknya, pengguna akan diberikan versi digital. Peralihan ke versi baharu juga dijangka akan dilakukan secara berperingkat mengikut cawangan JPJ seluruh negara.
Bercakap tentang penjagaan atau servis kereta kita sebagai pemilik pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan. Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis penghawa dingin atau aircond. Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah-msalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Antaranya ialah:
compression tidak kuat
sistem tersumbat
fuse compressor aircond terputus
kipas berpusing perlahan
radiator tersumbat
kerosakan pada magnet
kerosakan pada relay
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Kredit: ACS Car Servis
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.