Salah satu perkara yang membanggakan dalam industri seni di negara kita ialah melihat perkembangan industri animasi yang cukup hebat. Selain mendapat sambutan luar biasa di dalam negara, produk-produk animasi Malaysia yang rata-rata dihasilkan oleh orang muda turut mendapat sambutan luar biasa di luar negara.
Lebih menarik, animasi yang diperkenalkan merangkuimi pelbagai genre dan juga peringkat usia. Salah satu animasi yang sangat popular terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah usia pra-sekolah ialah ‘Didi & Friends’.
Aura kehebatan animasi ini bolehlah MASKULIN katakan cukup luar biasa. Tanyalah mana-mana ibu bapa pastinya mereka kenal dengan animasi yang menonjolkan tiga karakter utama iaitu Didi, Jojo dan Nana.
Seleksi animasi bersirinya bukan sahaja ditayangkan di televisyen malah turut mendapat tontonan yang tinggi di laman media sosial seperti YouTube. Dan terbaru, animasi mantap ciptaan Digital Durian ini bakal menemui penonton dalam format filem eksklusif.
Trailer ‘Didi & Friends The Movie’ telah pun dilancarkan semalam. Dan seperti dijangka ia menerima reaksi yang cukup besar daripada pengguna laman media sosial.
Lebih menariknya, di ruangan komen pengguna yang rata-rata bukan kanak-kanak nampaknya lebih teruja. Malah ada yang mengatakan mereka para ibu bapa pastinya menjadi manusia yang lebih excited dari anak-anak mereka.
Ads
Berikut beberapa komen mencuit hati daripada mereka yang rata-rata ibu bapa yang terlalu teruja dengan filem animasi ini.
“Rasa nya mak bapak lagi excited nak tengok.”
“Saya stop kereta tepi jalan sebab nak tengok trailer ni tau.”
“Saya sebagai wakil mak-mak rasa sangat-sangat teruja nak tengok!”
“Kita sebagai bapa-bapa kena jaga imej kita, cepat beli tiket!”
Ads
“Rasanya nanti ni wayang bukan penuh dengan kanak-kanak.. tapi penuh dengan orang besar.”
Reaksi seperti di atas sebenarnya sudah dijangka terutamanya selepas pengenalan teaser dan poster filem animasi yang lebih dahulu. Watak-watak di dalam animasi ‘Didi & Friends’ sebenarnya cukup dekat dengan masyarakat kita.
Ads
Bahkan ia mungkin menjadi karakter pertama yang diperkenalkan kepada anak-anak ketika masih kecil lagi.
‘Didi & Friends The Movie’ menampilkan kisah pengembaraan Didi dan kawan-kawannya dalam misi membantu Pak Atan dan Pak Beruang yang berdepan bahaya. Dalam masa yang sama mereka bertiga turut ditugaskan mengendalikan konsert ukang tahun Pekan Horey.
Filem ini turut membariskan karakter-karakter baharu yang suara mereka dilakonkan selebriti popular tanah air seperti Datuk Awie, Amelia Henderson dan W.A.R.I.S. Ia akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 23 Februari 2023.
Jadi, adakah anda selaku ibu bapa sudah bersedia nak ‘berjuang’ mendapatkan tiket bagi menonton filem animasi ini?
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali kurus dan menikmati kehidupan normal tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia.Mohamad Faisal Md. Ali, 29, yang pernah mendapat perkhidmatan jurulatih kecergasan peribadi percuma pada Oktober lalu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Kamsah Mat Noor, 57, akibat sesak nafas.
“Ketika itu saya melihat wajah Faisal berpeluh dan dia semacam sukar bernafas. Saya tepuk-tepuk pipinya dan meminta abangnya supaya segera memanggil Dresar (Pembantu Perubatan) dari Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk melihat keadaan anak saya
“Tidak lama selepas Dresar sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Faisal.
Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas dan baru pulang ke rumah empat hari lalu.
Mengulas antara permintaan akhir anaknya sebelum meninggal dunia, Kasma berkata ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, arwah anaknya pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.
“Tapi saya beritahu pada dia tak boleh, Doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor,” katanya sebak.
Kasma yang juga seorang pengusaha kuih-muih di kampung tersebut berkata pemergian Faisal satu kehilangan besar baginya kerana selama ini arwah antara anak yang rajin membantunya membuat kuih-muih untuk jualan harian.
“Arwah juga seorang yang periang, boleh kata dia merupakan penghibur kepada keluarga kami, Makcik akan rindu senda gurau Faisal nanti,” katanya.
Dalam pada itu, jenazah Mohamad Faizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot .Jenazah lelaki obes itu diturunkan dengan penakal menerusi bantuan jentolak di dalam liang lahad.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gagap adalah gangguan ucapan yang mana bunyi, suku kata atau perkataan diulang atau berpanjangan dan mengganggu aliran ucapan normal. Gangguan pertuturan ini mungkin disertai oleh kesukaran perilaku seperti mata yang berkedip dengan cepat atau getaran bibir. Gagap menyebabkan kesukaran seseorang berkomunikasi dengan orang lain, yang sering mempengaruhi kualiti hidup seseorang.
Siapa yang mengalami gagap?
Gagap boleh menjejaskan semua peringkat umur. Tetapi ia paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 2 dan 5 tahun kerana mereka sedang membangunkan kemahiran bahasa mereka. Kira-kira 5 peratus daripada semua kanak-kanak akan mengalaminya dalam beberapa tempoh kehidupan mereka, daripada beberapa minggu hingga beberapa tahun. Kanak-kanak lelaki adalah mungkin dua kali ganda mungkin mengalami gagap berbanding kanak-kanak perempuan.
Walau bagaimanapun, apabila semakin berusia bilangan kanak-kanak lelaki yang terus gagap adalah tiga hingga empat kali lebih besar daripada jumlah perempuan. Kebanyakan kanak-kanak membesar kurang gagap. Sekitar 1 peratus atau kurang orang dewasa mengalami gagap.
Punca gagap
Pakar berfikir bahawa pelbagai faktor menyumbang kepada gagap, termasuk:
Genetik. Kira-kira 60% orang yang gagap mempunyai ahli keluarga dekat yang gagap.
Masalah ucapan dan bahasa lain atau kelewatan pembangunan.
Perbezaan dalam pemprosesan bahasa otak dan masalah dengan cara mesej otak berinteraksi dengan otot dan bahagian badan yang diperlukan untuk bercakap.
Tahap aktiviti tinggi/meningkat.
Kadar ucapan pantas.
Simptom gagap
Menurut Persatuan Pendengaran-Bahasa-Pertuturan Amerika, beberapa individu yang gagap kelihatan sangat tegang atau termengah-mengah ketika mereka bercakap. Ucapan mereka mungkin benar-benar “disekat” (dihentikan).
“Disekat” adalah apabila mulut mereka berada dalam kedudukan yang tepat untuk mengatakan sesuatu perkataan, tetapi hampir tiada bunyi yang keluar. Ini mungkin berlangsung beberapa saat. Kadang-kadang, perkataan yang ingin diucapkan atau kata-kata sambung digunakan untuk menangguhkan permulaan perkataan yang diketahui oleh pembicara yang menimbulkan masalah. Contoh kata-kata seperti “um,” “seperti,” “maksud saya,” “baik,” atau “umm.”
Tanda-tanda dan simptom gagap
Masalah bermula dengan perkataan, frasa atau ayat.
Ragu-ragu sebelum bunyi tertentu perlu diucapkan.
Mengulangi bunyi, perkataan atau suku kata.
Bunyi pertuturan tertentu mungkin berpanjangan.
Ucapan boleh keluar dalam semburan (spurts).
Juga, ketika bercakap mungkin:
Cepat berkelip
Bibir bergetar
Mengetuk kaki
Rahang yang gemetar
Muka atau bahagian atas badan kejang
Diagnosis gagap
Ahli patologi bahasa pertuturan boleh membantu mendiagnosis masalah gagap. Tiada ujian invasif diperlukan. Biasanya, anda atau anak anda boleh menggambarkan simptom yang gagap, dan ahli patologi bahasa pertuturan boleh menilai sejauh mana anda atau anak anda gagap.
Rawatan gagap
Tidak semua kanak-kanak yang gagap memerlukan rawatan kerana gagap biasanya dapat dirawat dengan peredaran masa. Tetapi terapi pertuturan juga menjadi pilihan untuk sesetengah kanak-kanak. Selain itu, anda boleh menggalakkan kanak-kanak yang gagap untuk bercakap perlahan-lahan.
Ketika drama Nur sedang hangat menjadi bualan diantara netizen, perhatian turut tertumpu pada pelakon baru yang sedang meningkat naik, Raja Muhd Atiqullah baru berusia 18tahun yang memegang watak sebagai Amirul.
Lunaknya Suara Raja Atiq!
Meskipun hanya memegang watak sokongan dalam drama ini, namun tanpanya sudah pasti jalan ceritanya tidak akan lengkap. Terbaru, ramai yang memuji suara Atiq yang begitu lunak ketika sedang mengaji di dalam salah sebuah episod Nur.
Lantaran itu, dia telah dijemput ke studio HotFM dan turut mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman yang bukan sahaja netizen, malah rasanya semua yang dengar akan terkesima. Sungguh merdu!
Bekas Pelajar Tahfiz
Untuk anda yang tidak tahu, Atiq sebenarnya merupakan bekas pelajar tahfiz dimana dia pernah menuntut di Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Kuala Terengganu.
Menurutnya juga, dia pernah menjadi imam di sebuah masjid dan Johan untuk pertandingan hafazan ketika masih bersekolah. Tidak hairanlah suaranya begitu lunak!
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.