
Tidak dinafikan francais filem ‘Fast and Furious’ merupakan antara yang paling laris di dalam dunia perfileman global. Setiap filemnya yang pernah mengetengahkan aksi kereta, jentera perang, kapal selam, kereta kebal malah kapal selam sering mendapat kutipan box-office yang menjadi antara filem-filem terlaris sepanjang zaman.
Buat peminat kereta dan juga filem aksi, inilah francais yang cukup dekat dihati anda semua. Dan semalam trailer terbaru filem terbarunya, ‘Fast and Furious 9’ telah pun diperkenalkan yang sekali gus menjadi topik tular diperkatakan di laman media sosial.


Tahun lalu sebenarnya kita telah dihidangkan dengan first look filem yang turut diberi gelaran ‘F9’ ini dengan trailer pertamanya dikeluarkan pada Januari 2020. Namun mungkin disebabkan pandemik yang berlaku tahun lalu menyaksikan ia telah disimpan buat seketika.

Tapi penantian itu bakal berakhir apabila United International Pictures Malaysia mengumumkan filem ‘Fast and Furious 9’ akan ditayangkan di seluruh negara pada 24 Jun 2021.
Menerusi trailer ini kita dapat saksikan tema kekeluargaan masih lagi menjadi teras utama atau nadi jalan ceritanya. Kali ini, Dominic Toretto dan rakan-rakannya harus berdepan dengan adiknya, Jakob yang digelar sebagai pembunuh upahan berskil tinggi serta pemandu paling hebat yang pernah mereka hadapi.
Jakob tampil bekerjasama dengan karakter antagonis lakonan Charlize Theron iaitu Cipher. Turut melakukan kemunculan semula menerusi siri kali ini ialah Han Lue lakonan Sung Kang yang sebelum ini disangka telah meninggal dunia pada penghujung filem ‘Tokyo Drift’.
Berdasarkan trailer terbarunya, plot ‘F9’ mungkin melibatkan teknologi magnet di mana ada ketika Tej Parker dan Roman Pearce memakai pressure suits.
Jadi anda pastinya tak sabar lagi nak menonton filem ini bukan!
Mula Kerja Sambilan, Jejaka Ini Kini Bergelar Juara Barista Starbucks & Bakal Wakili Negara

Semalam MASKULIN sempat menyertai Starbucks Reserve™ Coffee Chat Session yang berlangsung di Berjaya Times Square. Pada kesempatan ini, MASKULIN bersama beberapa media lain diberi penerangan tentang produk terbaru Starbucks Reserve™ daripada seorang barista hebat, Remy Razali.
Pada sesi ini kami diterangkan tentang penyediaan kopi premium yang ditawarkan oleh Starbucks Reserve™ seperti Kenya Rungeto. Buat pengetahuan anda Starbucks Reserve™ merupakan outlet kopi premium yang kini terdapat sebanyak 10 cawangan di seluruh negara.
Pada kesempatan ini juga MASKULIN sempat menemubual Remy Razali, seorang juara barista Malaysia yang juga merupakan Penolong Pengurus Starbucks Reserve™ Berjaya Times Square.
Remy Razali atau nama sebenarnya Muhammad Rahimi Bin Mohamed Razali mula menyertai Starbucks Malaysia pada tahun 2015 sebagai seorang pekerja sambilan. Idea untuk kerja secara sambilan itu muncul kerana ingin menampung yuran pengajian dan kos sara diri sepanjang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.

“Selepas beberapa ketika bekerja sambilan di Starbucks, saya mula berjinak-jinak mengenali kopi dengan lebih mendalam. Dari kerja sambilan minat saya terhadap bidang ini semakin bertambah dan mula serius untuk meningkatkan skil ke tahap lebih tinggi.
“Pada mulanya saya belajar asal-usul setiap jenis kopi, cara ia diproses dan bagaimana biji kopi dipanggang. Minat itulah yang membawa saya untuk mengambil certification yang ditawarkan oleh Starbucks untuk menjadi seorang coffee master,” jelasnya yang tidak lokek berkongsi pengetahuan tentang kopi kepada MASKULIN.
BACA: Turun 10kg Dalam Sebulan Lelaki Ini Kongsi Cara Diet Eat Clean Yang Berkesan
Kemuncak kariernya sebagai seorang barista kopi tercatat dalam sejarah hidupnya selepas berjaya menjadi Juara 2018 Starbucks Barista Championship. Selepas selama 4 tahun bergelar sebagai barista sambilan, Remy Razali kini bakal membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Walapun mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh berbeza dengan kariernya sekarang ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjaya dalam bidang ini. Baginya, segala apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, minat dan jujur dengan diri sendiri.
Pada tahun hadapan dia bakal berentap dengan juara-juara barista seluruh Asia Pasifik di pertandingan CAP Regional Barista Championship. Dengan sokongan luar biasa dari team Starbucks Malaysia, Remy berikrar untuk memberikan persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.
Bagainya, budaya kopi di Maaysia kini semakin berkembang dan popular. Jelasnya, peminat kopi kini sudah mempunyai banyak pengetahuan dab bijak untuk melakukan eksplorasi kopi terutama dalam proses brewing dan asal-usul kopi.
Bila ditanya tentang tip bagaimana untuk menjadi seorang barista berjaya, Remy dengan spontan menyatakan bahawa coffee is fun.
“Bagi saya kopi ini fun dan satu discovery yang sangat menarik. Orang muda tak perlu segan dan malu untuk mencari ilmu jika betul-betul berminat dalam bidang ini. Setiap orang boleh berjaya dalam mana-mana bidang dengan adanya usaha dan ilmu. Starbucks satu tempat di mana seseorang boleh bina kerjaya sebagai barista dengan berjaya”.
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Remy Razali. Semoga kisahnya menjadi seorang barista terbaik di Malaysia mampu menjadi inspirasi buat anda yang berminat menyertai bidang ini.
Acer Lancarkan Seleksi Terbaru Peranti Terbaiknya ‘Predator’ Di Malaysia

Tahun demi tahun industri gaming menyaksikan peningkatan populariti yang cukup mendadak. Ia kini bukan sahaja menjadi plaform untuk meluangkan masa sahaja malah telah berkembang menjadi bentuk sukan elektronik yang kompetitif serta boleh mencipta karier lumayan.
Jadi tidak hairanlah setiap tahun pengeluar peranti komputer dan gaming berlumba-lumba mengetengahkan inovasi terbaru mereka untuk menarik perhatian peminatnya. Di antara jenama yang cukup aktif memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi gaming yang hebat adalah Acer. Paling signifikan dan cukup terkenal dalah menerusi siri Predator.
Hari ini, Acer Malaysia telah mengumumkan kemunculan beberapa peranti terbaru termasuk Predator Triton 500 SE (Special Edition) yang tampil dengan rekaan cukup sofistikated, Predator Helios 500 dengan prestasi mirip desktop dan tidak kurang juga Predator Helios 300 yang dikatakan bakal popular di dalam kalangan gamers.
Turut diperkenalkan ialah dua monitor permainan dengan resolusi luar biasa 4K UHD, Predator Tribe dan juga beberapa aksesori serta barangan edisi terhad Predator Tribe di Malaysia.
Predator Triton 500 SE
Hadir dengan gabungan pemproses Generasi Ke-11 Intel Core i9 dengan sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080, Predator Triton 500 SE sarat komponen terbaik di kelasnya di dalam chasis direka bersahaja tetapi tetap anggun.
Dengan reka bentuk ‘incognito’ licin, ia hadir dengan ciri mobiliti dan kuasa dengan dilengkapi sehingga 32GB DDR4 RAM dan kelajuan tinggi 1TB PCIe Gen4 SSD, ia memberi banyak ruang untuk permainan, suntingan video dan hamparan kertas rumit.
Predator Triton 500 SE membolehkan pengguna menikmati permainan video, filem dan ruang bekerja lebih besar dengan 87% nisbah skrin ke badan paparan 16inci 16:10 WQXGA. Bagi memastikan semua komponen bergerak dalam suhu dingin, Predator Triton 500 SE mengguna pakai reka bentuk penyejukan Acer’s Vortex Flow, memaparkan sistem penyejukan tiga ganda kipas, termasuk satu kipas generasi ke-5 dijurutera khusus AeroBlade 3D, lima paip bahang khas bagi CPU dan GPU, serta aliran masuk dan ekzos yang terletak secara strategik untuk secara berterusan membawa udara sejuk dan mengeluarkan udara panas.
Dengan hayat bateri sehingga 12-jam1, Predator Triton 500 SE memastikan semua prestasi di dalam chasis semua logam senipis 19.9mm dengan berat hanya 2.4kg. Sebagai tambahan, Intel Killer E3100 Ethernet Controller, Intel Killer Wi-Fi 6 AX1650i, dan Killer Intelligence Center memberikan pemain permainan video dengan pendaman rendah, sambungan boleh diharap yang diperlukan bagi menyingkirkan persaingan dalam talian.
Dua port USB Type-C 3.2 Gen2 sepenuhnya, menyokong Thunderbolt 4 dan DisplayPort, dengan pembaca kad SD 7.0 memberikan pengguna kelajuan pemindahan yang pantas dan ruang yang banyak bagi semua peranti persisian.
Dengan adanya PredatorSense, pengguna boleh memantau sistem mereka, menetap masa GPU dan mengubah kelajuan kipas kepada mod senyap, ekstrem atau turbo dengan mudah.
Ia didatangkan dengan pilihan pemproses Generasi Ke-11 Intel Core i9 bersama NVIDIA GeForce RTX 3080 atau pemproses Generasi Ke-11 Intel Core i7 bersama NVIDIA GeForce RTX 3070, masing-masingnya berharga RM12,999 dan RM8,999. Tempahan awal bagi Predator Triton 500 SE bermula 30 Oktober 2021 di kedai penjual bertauliah Predator, Flagship stor Acer di Shopee dan estore Acer Malaysia.(senarai di Jadual 1).
Predator Helios 500
Dengan janaan NVIDIA GeForce RTX 3080 dan pemproses sehingga Generasi Ke-11 Intel Core i9-11980HK, Predator Helios 500 menawarkan pemain lebih daripada cukup kuasa kuda bagi mengendalikan judul-judul permainan video triple-A terbaharu. Dengan sehingga 64GB DDR4 RAM dan sehingga storan 2TB PCIe NVMe Gen 4 SSD dalam konfigurasi RAID0, Predator Helios 500 menawarkan pemain tegar ruang yang banyak bagi permainan generasi akan datang.
Panel paparan 17 inci Predator Helios 500 didatangkan di dalam dua konfigurasi:
• Varian Intel Core i9 dilengkapi panel 4K Mini LED UHD 120Hz yang menyokong sepenuhnya pemalap tempatan. Bersama dengan gamut warna yang tinggi, ia adalah setara dengan VESA Display HDR 1000 dan memberikan ketepuan warna dan kontras yang terbaik.
• Varian Intel Core i7 dilengkapi panel sangat pantas FHD 360Hz memberikan masa respons 3 ms untuk pemain yang mahukan imej yang cukup lancar.
Bagi mengekalkan mesin itu berjalan secara optimum, Predator Helios 500 memiliki Predator PowerGem, teknologi dijurutera khusus diperbuat daripada polimer logam aloi, di atas CPU. Selain itu, teknologi Acer’s Vortex Flow menggunakan dua kipas, termasuk satu kipas generasi ke-5 AeroBlade 3D untuk mengalihkan aliran udara kepada komponen kritikal dan melonjakkan prestasi.
Menepati DNA permainan videonya, kekunci WASD pada Predator Helios 500 boleh ditukar kepada kekunci Acer’s Racing atau MagForce, yang memaparkan suis mekanikal MagTek untuk melakukan fungsi kekunci utama seperti kawalan joystick. Ini memberikan pemain kawalan secukupnya ke atas pergerakan avatar mereka. Menerusi PredatorSense, pemain juga boleh menyusun mengikut pilihan sendiri cahaya di bawah pencahayaan Predator Pulsar dan mengatur sendiri cahaya papan kekunci RGB.
Bagi melengkapkan pengalaman permainan premium, Predator Helios 500 mengandungi pelbagai port seperti HDMI 2.1, mini-DP 1.4, USB Type-C Thunderbolt 4, port USB 3.2 Gen2 yang menyokong pengecasan offline dan port RJ45. Ia juga menawarkan pemain kesinambungan lebih baik dan pendaman lebih rendah dengan adanya Intel Killer E3100G Ethernet Controller, Intel Killer Wi-Fi 6 AX1650i dan Killer Intelligence Center. Sementara audio DTS:X Ultra dan bunyi 3D simulated surround membolehkan lebih lagi pengalaman permainan yang imersif.
Predator Helios 500 berharga dari RM13,999 dan tempahan awal bermula 30 Oktober 2021 di kedai bertauliah Predator, flagship stor Acer di Shopee dan estore Acer Malaysia(senarai di Jadual 1).
Predator Helios 300
Predator Helios 300 yang popular ini dipertingkatkan lagi dengan pemproses sehingga Generasi ke-11 Intel Core i9 dan grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070 yang membolehkan semua prestasi yang diperlukan oleh pemain dilepaskan. Dengan pilihan paparan 15.6 inci atau 17.3 inci, kedua-duanya mempunyai pilihan paparan 165Hz QHD IPS dengan gamut warna 100% DCI-P3 atau paparan 360Hz FHD IPS dengan gamut warna 100% sRGB bagi memenuhi keperluan pemain sebaiknya.
Predator Helios 300 memiliki sehingga 32GB DDR4 RAM dan sehingga 1TB PCIe NVMe SSD dengan slot tambahan HDD dan satu slot M.2 yang menyokong dua PCIe NVMe SSD dalam konfigurasi RAID0. Memaparkan dua kipas AeroBlade 3D dengan aplikasi ikonik PredatorSense, ia membolehkan pemain memantau dan menyusun sendiri Predator Helios 300 bagi memaksimumkan kecekapan penyejukan.
Tempahan awal bagi Predator Helios 300 bermula sekarang di kedai bertauliah Predator, flagship stor Acer di Shopee dan estor Acer Malaysia (rujuk Jadual 1). Varian 17 inci bermula pada harga runcit RM7,999, sementara varian 15 inci bermula RM6,299.
Promosi Tempahan Awal
Bermula dari 30 September 2021 sehingga 6 October 2021, sebarang pembelian Preditor Helios 300 yang dipertingkatkan, layak untuk menerima hadiah percuma bernilai lebih daripada RM1,000 yang merangkumi Predator Gaming Utility Backpack, Predator Galea 350 Headset dan barangan edisi terhad. Pemain yang membeli varian Intel Core i9 Predator Helios 300 (PH315-54-9763) layak menerima Predator Gaming Chair bernilai RM1,299.
Sementara itu, sebarang pembelian Predator Triton 500 SE atau Predator Helios 500 dari 30 Oktober 2021 sehingga 6 November 2021 layak menerima semua hadiah percuma yang disebut di atas dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih daripada RM2,000.
Predator Championship
Bersempena dengan pelancaran Predator, Acer Malaysia turut mengumukan Predator Championship 2021 – Komuniti dan Korporat. Dengan himpunan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM57,000, Predator Championship terbuka kepada para pelajar dari institusi pengajian tinggi dan kakitangan di dalam sektor korporat untuk bertanding di dalam Valorant atau Mobile Legends: Bang Bang.
Kejuaraan tersebut akan diadakan secara dalam talian dari 6 November hingga 28 November 2021. Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Oktober 2021; pemain boleh mendaftar di Planet9< https://bit.ly/3tVZ7fD> untuk beradu tenaga. Selain himpunan hadiah bagi pasukan bertanding, Predator Malaysia juga menawarkan hadiah percuma dan cabutan bertuah bernilai RM10,000 kepada penyokong yang menonton siaran langsung bagi menyorak pasukan kegemaran, sahabat atau rakan sekerja mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Predator Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288. Pra pesanan kini dibuka menerusi Acer estore (https://store.acer.com/en-my), Shopee Acer Flagship Store (https://bit.ly/acerflagship) dan outlet terpilih.
Ramai Tak Tahu Rupanya Simbol Pada Remote Aircond Ini Boleh Jimatkan Elektrik!

Selama ini, ingatkan remote aircond hanya untuk membuatkan ruang rasa sejuk. Namun ramai yang tidak tahu, rupanya remote aiorcond juga boleh menjimatkan elektrik.
Tidak dinafikan cuaca di Malaysia sangat panas. Walaupun teriknya di siang hari namun sampai ke malam kita masih boleh merasai bahangnya.
Bagaimana untuk menyejukkan ruang dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat? Sebenarnya remote aircond boleh membantu anda.
Sejukkan suhu bilik
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk berada di tempat yang redup dan jika rumah anda memiliki aircond, boleh gunakannya dengan berhemah.
Namun untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu tahu setiap fungsi dan mode semasa yang sesuai untuk anda gunakan.
Kenali dry mode dan cool mode
Pengguna kebiasaannya terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode.
Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud dry mode. Manakala jika lambang yang ditunjukkan adalah empingan salji, ia adalah cool mode.
Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan dry mode kerana untuk mod ini, kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.
Semoga bermanfaat!