Pasti tiap tahun azam korang nak kurus kan? Ha ini ada contoh yang korang boleh jadikan sumber inspirasi agar berjaya menurunkan berat badan.Baru-baru ini, gambar transformasi seorang lelaki bersama keluarganya telah viral di media sosial dan dijadikan inspirasi untuk netizen pada tahun baru ini!
Gambar yang menunjukkan perubahan keluarga itu telah mendapat perhatian netizen dan telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke hari ini.
Dikatakan lelaki dan ahli keluarganya ini hanya mengambil masa enam bulan sahaja untuk kelihatan ripped!
Idea ini terdetik apabila lelaki berumur 32 tahun itu, XY Jesse menjemput ibu bapanya tinggal bersamanya untuk sementara waktu ketika isterinya sedang mengandung anak pertama. Jesse yang merupakan seorang jurugambar difahamkan telah menjemput ibu-bapanya tinggal bersamanya kerana ia akan menjadi peluang yang baik untuk mengeratkan ikatan keluarga mereka.
Ads
Beliau tekad untuk membantu bapanya mendapatkan semula keyakinan dan semangat untuk hidup dengan program penurunan berat badan. Hal ini kerana Jesse melihat bapanya bergelut dengan alkohol dan mengalami berat badan berlebihan.
Jesse telah mengamalkan rutin khas bersama keluarganya. Pada mulanya mereka hanya brisk walking dan jogging sahaja. Kemudiannya, mereka mula pergi ke gym dengan kerap dan menambah pelbagai rutin tambahan di dalam fitness regime mereka.
Ads
Setiap 10 hari, Jesse dan ayahnya akan mengambil gambar perubahan pada badan mereka dan memuat naik di akaun Instagram dan Weibo beliau. Selepas tiga bulan, result sudah kelihatan dengan ketara dan hasilnya sangat memberangsangkan
Setelah enam bulan, perubahan yang amat ketara telah kelihatan pada diri beliau dan ahli keluarganya! Impressive!
Ads
Setelah mengamalkan rutin harian dan gaya hidup yang sihat, bapanya kelihatan lebih yakin dan ceria. Baginya, itulah suatu perkara yang paling menggembirakannya.
Transformasi hebat keluarga ini semestinya boleh dijadikan pembakar semangat bagi mereka yang inginkan badan idaman pada tahun 2018 ini. Kalau mereka boleh, mengapa tidak anda? Goodluck guys!
Sumber : Bored Panda Via : Says.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kesihatan merupakan perkara yang utama dalam kehidupan ini. Yelah kalau tak sihat macam mana kita boleh melakukan dan melaksanakan tanggungjawap yang perlu digalas sebagai seorang insan di dunia ni. Mengambil berat dalam menjaga kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan kacak dan maskulin, tetapi juga untuk menjamin keadaan kita pada masa hadapan kelak.
Mari kita lihat 10 fakta tentang kesihatan yang perlu kita ambil peduli.
1. Tidak ramai yang tahu bahawa aktiviti seksual bagi suami isteri sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan. Terdapat kajian yang menyatakan lelaki yang mengadakan hubungan seksual dua kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Pakar sexologist Patti Brittom mengatakan bahawa seks dapat membakar kalori walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi satu- satu sesi.
2. Lelaki cenderung untuk menghidapi obesiti kerana corak pemakanan mereka yang tidak teratur. Mereka tidak secerewet wanita dalam memilih makanan oleh itu lebih cenderung untuk makan apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mereka. Malah lelaki akan memberi alasan menggunakan tenaga yang banyak jadi mereka harus makan dengan lebih banyak untuk memastikan mereka kekal bertenaga.
3. Kebanyakan lelaki mungkin terlibat dalam beberapa amalan yang kurang sihat seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol. Kedua amalan ini antara penyumbang terbesar dalam kemerosotan kesihatan lelaki. Amalan yang tidak sihat ini menjurus kepada sakit jantung dan darah tinggi yang boleh membawa kepada kematian.
4. Pengurusan emosi juga amat penting dalam kehidupan lelaki demi memastikan kesihatan anda sentiasa baik. Bersikap baran dan stress akan mengganggu emosi anda dan sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan. Bijak mengendalikan emosi dan sentiasa tenang dalam menyelesaikan masalah mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.
5. Gaya hidup sihat seperti bersenam membantu meningkatkan tahap kesihatan lelaki sama ada dari luar dan juga dalaman. Badan akan kelihatan ‘fit’ dan risiko untuk terkena penyakit juga dapat dikurangkan. Jika susah untuk anda meluangkan masa untuk bersenam, aktiviti mudah seperti menaiki tangga daripada lif, berjalan ke masjid atau menaiki basikal ke tempat kerja adalah satu bentuk senaman ringan.
6. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18. Ya memang benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.
7. Lelaki pun punya risiko hadapi kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.
8. Penis lelaki boleh patah. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.
9. ‘You are what you eat’. Apa yang dimakan menentukan tahap kesihatan seseorang. Oleh itu, para lelaki haruslah peka dan ambil tahu cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Tambahan pula punca penyakit sekarang banyak datan daripada perut.
Ini adalah sangat penting kerana Rasulullah pernah bersabda:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shin splints sering menjadi mimpi ngeri kepada ramai pelari, daripada pemula yang baru merasai nikmat endorfin pertama sehinggalah pelari jarak jauh yang sudah masak dengan rutin latihan ketat.
Rasa ngilu yang menikam pada bahagian tibia muncul tanpa amaran dan kadang kala cukup kuat untuk memaksa anda menghentikan larian. Dalam dunia larian moden yang semakin kompetitif, memahami punca shin splints bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.
Dari perspektif biomekanik, shin splints biasanya berpunca daripada tekanan berulang pada struktur tulang tibia dan tisu sekelilingnya, termasuk fascia serta otot tibialis anterior dan posterior.
Apabila beban latihan meningkat secara mendadak atau teknik larian tidak stabil, microtears dan keradangan boleh berlaku. Walaupun kedengaran teknikal, penyelesaiannya sebenarnya mudah jika dilakukan secara konsisten.
Berikut adalah lapan petua berasaskan ilmu sains sukan dan amalan pelari profesional yang boleh membantu anda kekal bebas shin splints.
Kasut larian bukan sekadar pelindung fizikal tetapi alat biomekanik yang membantu menyerap hentakan. Setiap pelari mempunyai corak gait berbeza sama ada neutral, overpronation atau supination.
Pilih kasut yang menawarkan sokongan lengkungan, kusyen responsif dan kestabilan yang sesuai dengan kaki anda. Elakkan memakai kasut yang sudah melepasi hayat optimum kerana kusyen yang rosak meningkatkan impak pada tibia, yang boleh membawa kepada shin splints.
Tulang dan tisu lembut memerlukan masa untuk beradaptasi. Dalam dunia latihan sukan, prinsip progressive overload mesti diterapkan dengan cermat.
Naikkan jarak atau intensiti larian secara beransur sekitar sepuluh peratus setiap minggu. Melangkaui had ini meningkatkan risiko tekanan berlebihan pada tibia dan otot sekelilingnya, lalu mencetuskan shin splints.
Regangan dinamik seperti leg swings dan ankle rolls membantu meningkatkan aliran darah serta mobiliti sendi.
Selepas larian, regangan statik pada otot betis, tibialis anterior dan hamstring membantu melepaskan ketegangan otot. Otot yang tegang menarik tulang kering dengan lebih kuat, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya shin splints.
Latihan seperti calf raise, heel drop, toe curls dan latihan keseimbangan atas permukaan tidak stabil boleh meningkatkan kekuatan serta koordinasi otot kaki.
Otot yang kuat bukan sahaja mengurangkan impak pada tulang kering, tetapi juga memberikan kestabilan tambahan ketika kaki mendarat. Ini antara langkah pencegahan paling penting untuk mengelakkan shin splints.
Setiap hentakan kaki memindahkan ratusan kilogram tekanan ke bawah kaki dan tibia. Larian di atas permukaan keras seperti jalan tar meningkatkan impak ini dengan ketara.
Selang selikan latihan di atas trek sintetik, laluan taman atau padang bagi mengurangkan stres mekanikal pada tulang dan mengurangkan risiko shin splints.
Teknik mendarat dengan overstriding atau hentakan tumit yang terlalu kuat menyebabkan beban berlebihan pada tibia.
Latih cadence yang lebih tinggi dengan langkah yang lebih pendek serta ringan. Pendaratan di bawah pusat graviti tubuh membantu mengagihkan impak dengan lebih efisien, sekali gus mengurangkan tekanan yang boleh menyebabkan shin splints.
Aktiviti seperti berenang, berbasikal dan latihan kekuatan memberi variasi kepada tubuh sambil mengurangkan impak berulang pada kaki.
Dalam sains kecergasan, variasi latihan membantu memanjangkan hayat prestasi atlet serta mengurangkan risiko kecederaan akibat penggunaan otot secara berlebihan. Ia juga membantu mencegah shin splints daripada berulang.
Kesakitan pada tibia bukan tanda untuk diuji kehebatannya. Ia isyarat awal keradangan atau tekanan mikro pada tulang.
Kurangkan intensiti larian, gunakan ais dan lakukan urutan ringan untuk membantu pemulihan. Jika rasa sakit berterusan, dapatkan nasihat pakar fisioterapi sukan untuk menilai biomekanik anda dan mencegah kecederaan lebih serius seperti shin splints.
Shin splints mungkin kelihatan seperti masalah kecil dalam dunia larian, tetapi ia cukup untuk menggagalkan persediaan maraton atau merosakkan momentum latihan mingguan.
Dengan memahami puncanya serta mengambil langkah pencegahan secara konsisten, anda bukan sahaja dapat menikmati larian yang lebih selesa tetapi juga meningkatkan prestasi keseluruhan.
Lari jauh bukan sekadar soal fizikal, ia soal bagaimana anda menjaga tubuh agar kekal berfungsi secara optimum.
Sama ada anda pelari baharu atau pelari berpengalaman, ingat satu perkara penting, kaki bukan sekadar alat, tetapi aset jangka panjang yang menentukan sejauh mana pencapaian anda dalam dunia larian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada yang memanggilnya pecah mulut atau mata ikan. Hakikatnya rasa pedih apabila mengunyah makanan atau ketika menelan minuman antara ciri yang dirasai apabila individu itu mempunyai ulser dalam mulut.
Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh mendapat ulser sama ada di lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Ada pula berpendapat beberapa makanan berasaskan buah-buahan sitrus atau berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh juga menjadi penyebab ulser.
ANDA BOLEH MENGGUNAKAN MADU DAN MINYAK KELAPA KERANA MADU IALAH PELEMBAP SEMULA JADI. IA MEMBANTU MENGEKALKAN KELEMBAPAN DAN MENCEGAH DEHIDRASI. IA JUGA MEMBANTU MENGURANGKAN PARUT DAN MEMPERCEPATKAN PROSES PERTUMBUHAN TISU BARU.
Madu juga bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut. Caranya dengan menyapukan sedikit madu pada ulser mulut atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk untuk digunakan pada kawasan yang terjejas.
Lakukannya secara konsisten sehingga ulser itu mulai sembuh. Penggunaan minyak kelapa dan air kelapa juga sangat berguna dalam merawat ulser mulut.
CARANYA BERKUMUR DENGAN AIR KELAPA KEMUDIAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK KELAPA TERUS PADA ULSER MULUT. WALAUPUN TIDAK DIRAWAT, ULSER MULUT BIASANYA HILANG DALAM MASA SATU ATAU DUA MINGGU, NAMUN JIKA ULSER TIDAK SEMBUH DALAM MASA BERKENAAN, IA MUNGKIN PETANDA MASALAH YANG LEBIH BAHAYA.
Secara umumnya ulser memerlukan masa untuk sembuh dan tiada cara untuk menghilangkannya dengan segera. Dalam tempoh ini, elakkan makanan atau minuman yang boleh menambah kerengsaan. Cara ini akan membantu mempercepatkan penyembuhan, mengurangkan kesakitan dan merendahkan risiko ia berulang.
Peringatan
ADA BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT ULSER MULUT:
ELAKKAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.