TREND: Gaya Formal Tidak Lagi Bosan Dengan Trend Terbaru Ini. Formal Yang Lebih Ceria, Menarik & Unik!

Share

Rona Beza: Dunia fesyen lelaki kali ini memaparkan sudut pandangan berbeza mengenai penggayaan formal. Mengapa harus terus menjadikan warna hitam itu sebagai warna formal? Kini semuanya bertukar arus dengan menjadikan rona terang sebagai elemen tambahan dalam rekaan bentuk formal. Padankan dengan rona yang lebih gelap untuk gaya yang elegan. Lebih unik dan versatil!

Seni Dan Grafik: Mana bisa kita ketepikan seni dan grafik dalam dunia fesyen. Penambahan elemen seni menjadikan sesuatu rekaan itu lebih mahal dan tampak mewah. Lihat saja rekaan dari jenama besar, Alexander Mcqueen dalam mempertaruhkan motif bunga dalam rekaan koleksinya. Apa yang pasti, setiap seni dan grafik yang ada pada setiap helaian rekaan memberi lebih volum dan dimensi penggayaan fesyen anda. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan formal itu sesuatu yang lebih interesting

dan exciting. Bosanlah kiranya hanya bersandarkan pada fabrik baldu hitam saja kan?

 

New Silhouette: Rekaan yang lebih baggy juga oversized? Why not? Biarpun masih berpaksikan kepada rekaan bentuk formal, apa kata kali ini anda mencuba sesuatu yang lebih out of formal?

Sebagai contoh trench-coat yang sedikit oversized bersama seluar yang lebih baggy? Mungkin agak pelik namun anda akan tampak lebih urban dan masih mengekalkan elemen kekemasan dalam penggayaan anda!

 

 

IKLAN