Sewaktu membuka beberapa Facebook Page untuk membaca berita dan cerita, penulis perasan pada bahagian komennya dihujani dengan ‘Wow cool post, thanks for sharing’.

Pada mulanya, penulis anggap ia satu perkara biasa namun yang anehnya, komen tersebut rupa-rupanya turut melanda beberapa Facebook Page yang lain.

Trend ‘Wow Cool Post, Thanks For Sharing’ Landa Netizen Yang Inginkan Top Fan?

Dakwa kerana ketagih top fan

Menurut kompilasi bacaan atas talian, netizen yang merupakan likers dan followers sesuatu Facebook Page itu membuat tindakan tersebut demi menagih mahu menjadi Top Fan.

Namun pada hakikatnya, mana-mana admin tidak mempunyai kuasa atau akses untuk memberikan top fan kepada para pengikutnya.

IKLAN

Trend ‘Wow Cool Post, Thanks For Sharing’ Landa Netizen Yang Inginkan Top Fan?

Kedengaran seperti sedikit mengecewakan namun itu adalah hakikatnya kerana jika admin Facebook Page mempunyai akses, rasanya bermacam-macam lagi boleh dilakukan.

IKLAN

Nampak macam robot

Walau bagaimanapun, komen berkenaan dilihat tidak ubah seperti robot dan jika pihak Facebbok beranggapan ia sebagai spam, pasti sesuatu akan berlaku :

Trend ‘Wow Cool Post, Thanks For Sharing’ Landa Netizen Yang Inginkan Top Fan?

IKLAN

1. Komen dipadam secara besar-besaran dan Facebook Page tadi cuma tinggal komen-komen yang normal sahaja

2. Akaun pengguna Facebook yang mengeluarkan komen berkenaan menerima notifikasi tertentu daripada pihak Facebook

3. Tidak berlaku apa-apa

Berhati-hati ketika komen

Apa-apa pun, sila berhati-hati semasa menaip sesuatu dalam media sosial kerana orang zaman hari ini, gemarkan viralkan tentang orang lain atas kesilapan kecil atau perangai yang tak masuk akal.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI