Dalam dunia moden masa kini, lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri karakteristik maskulin serta bijak menggunakan item fesyen agar penampilan nampak menarik dan sekali gus menonjolkan keperibadiannya.

Jadi apa salahnya jika anda lebih berani dan berdisiplin untuk menggayakan pelbagai stail bagi meningkatkan keyakinan diri sama ada ketika bersantai bersama teman atau ketika bekerja.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa trik untuk lelaki tampil bergaya dan kacak tanpa perlu berbelanja besar!

JAKET KULIT

Trik Fesyen Mampu Buat Lelaki Nampak Lebih Menarik, Antaranya Jaket Kulit & Jam Tangan

Ramai yang kata jaket kulit ni harganya mahal. Ya, memang mahal jika anda membelinya di butik berjenama. Tapi tahukah anda, di kedai bundle ada banyak jaket kulit berjenama yang dijual dengan harga murah.

Cuma perlu bijak pilih dan ‘selam’ sahaja. Selain itu, jaket kulit juga amat berguna ketika hujan kerana materialnya kalis air. Bak kata orang lama, sediakan payung sebelum hujan tapi kini, sediakan jaket kulit sebelum hujan.

BELA JAMBANG

Trik Fesyen Mampu Buat Lelaki Nampak Lebih Menarik, Antaranya Jaket Kulit & Jam Tangan

IKLAN

Jika membela jambang, pastinya penampilan anda tampak lebih ‘manly’. Skor macho anda juga pasti ditingkatkan.

Namun harus diingatkan apabila anda membela jambang, anda haruslah menjaganya betul-betul. Jambang yang tidak diuruskan dengan baik boleh merosakkan penampilan wajah anda.

JAKET FORMAL 

Trik Fesyen Mampu Buat Lelaki Nampak Lebih Menarik, Antaranya Jaket Kulit & Jam Tangan

Malaysia memang bercuaca panas. Tapi bila sudah masuk ke pejabat dan kena aircond pasti buat anda rasa seperti di negara musim sejuk.

IKLAN

Pemakaian jaket formal boleh menyelamatkan anda daripada kesejukan, malah ia juga boleh menaikkan seri penampilan anda. Bos pun mesti suka. Jadi pastikan pemilihan jaket anda sesuai dengan padanan seluar.

Jangan pula anda menyarungkan jaket berwarna biru dan seluar berwarna merah jambu. Bimbang ia boleh menjadi bahan ketawa di pejabat nanti. Oleh itu, pakailah mengikut kesesuaian.

PAKAI JAM TANGAN

Trik Fesyen Mampu Buat Lelaki Nampak Lebih Menarik, Antaranya Jaket Kulit & Jam Tangan

Jam merupakan item fesyen dan aksesori wajib yang ada pada seorang lelaki. Ia menunjukkan bahawa anda seorang yang mementingkan disiplin masa.

IKLAN

Namun, pastikan pilihan stail jam anda mengikut kesesuaian bentuk tangan, keadaan serta majlis yang bakal anda hadiri. Jangan pergi ke majlis makan malam dan anda menyarungkan jam tangan sukan. Memang tak kena!

PAKAI CERMIN MATA HITAM

Trik Fesyen Mampu Buat Lelaki Nampak Lebih Menarik, Antaranya Jaket Kulit & Jam Tangan

Perasan tak dalam filem barat, bila pelakonnya masuk ke dalam kereta pasti akan menyarungkan spek mata hitam? Terus saham macho dia naik. Itulah sebabnya pemakaian spek hitam ini penting.

Bukan sahaja digunakan di dalam kereta untuk menghalang silau, anda juga boleh menggunakannya ketika bersiar-siar bersama orang tersayang. Cuma saat memasuki ke pusat beli-belah pastikan anda membuka spek mata hitam. Faham-faham jelah kenapa ye!

Subscribe dan tonton pelbagai video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI