Segalanya di hujung jari. Segalanyadi atas talian. Itulah hakikat yang perlu kita terima pada zaman serba digital kini. Segala bentuk perniagaan – mahu atau tidak perlu berubah dan mendakap digital sebagai platform terbaharu untuk mereka terokai. Itulah antara yang ingin dicapai Tronserve Link.

Syarikat teknologi dan perisian digital pertama Malaysia, Tonserve (M) Sdn Bhd tampil memperkenalkan platform laman web serta aplikasi maya untuk masyarakat Malaysia menggunakannya.

Antara yang dibangunkan ialah laman web berkonsepkan DIY serta aplikasi mesyuarat maya, Tronserve Link. Ia merupakankan aplikasi pertama seumpamanya yang dibangunkan di Malaysia. Lebih membanggakan apabila ia dibangunkan oleh anak tempatan.

Ia berfungsi dengen menyediakan pelbagau tawaran menarik seperti membina kmuniti, peluang pekerjaan dan juga pegajian sevata di atas talian.

Tronserve Link Aplikasi Mesyuarat Maya Pertama Keluaran Anak Tempatan

IKLAN

KEMUDAHAN UNTUK MASYARAKAT

Kemunculan Tronserve Link ini bolehlah kita anggap sebagai fenomena baharu dengan kehadirannya dijangka mampu memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk menjalankan sebarang bentuk mesyuarat secara maya berikutan keadaan semasa global berdepan pandemik Covid-19.

Jelas Ketua Pegawai Pemasaran, Arash Abdullah, pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0) yang kini giat dibicarakan oleh pelbagai pihak.

IKLAN

Tronserve Link Aplikasi Mesyuarat Maya Pertama Keluaran Anak Tempatan

“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang perubahan kepada gaya hidup dan bekerja. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam IT.

IKLAN

“Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti mencipta satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih ramai badan korporat dan individu menyertai dan mengembangkan idea di dalam satu platform.

BANTU JANA PENDAPATAN

Penubuhan laman web berkonsep DIY ini juga menawarkan tawaran harga yang berbaloi kepada mana-mana syarikat baru, usahawan, mahupun individu yang ingin memiliki laman web rasmi.

“Laman web DIY ini sebenarnya memberi peluang kepada semua individu untuk mencipta laman web mereka dengan cara tersendiri dan mudah. Kami percaya laman web berkonsep DIY akan lebih dekat dan memberi keseronokan kepada setiap individu untuk membentuk laman web mereka menjadi sebuah medan terbaik untuk dilayari bagi mempromosikan apa saja perkara yang ingin dikongsikan selain menawarkan pelbagai cabang menarik di dalam satu laman web,” jelasnya lagi.

Tronserve turut tampil memperkenalkan ‘Referral Program’ iaitu menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan pasif aliran tunai kepada syarikat dan individu.
Tawaran ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan terutamanya disebabkan oleh wabak yang melanda ini selain ingin mengajak selebriti serta penggiat seni untuk menyertai program ini kerana menjanjikan ganjaran wang tunai yang lumayan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI