Berkenalan dengan finalis Maskulin Fitness Hunt ini berkongsi perihal kesihatan juga bagaimana cara dia mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa share untuk memotivasikan diri anda.
ASYRAFF ROSLI
Kenapa ingin bentuk badan yang tegap?
Saya mendapat keyakinan melalui penampilan, jadi saya memilih untuk penampilan yang tegap agar membantu saya lebih yakin berhadapan dengan pelbagai cabaran setiap hari.
Berapa anda berhabis untuk membeli supplemen setiap bulan?
Minima RM 400, bergantung kepada matlamat badan yang diidamkan.
Kelebihan berbadan sasa di mata anda?
Dalam aspek kehidupan, bertambah kenalan dan dapat bertambah ilmu ( knowledge sharing ), dalam aspek kerjaya, membantu menyakinkan client untuk mendapatkan khidmat personal trainer.
Pernah diganggu?
Ads
Ada, tapi saya tak menganggap itu sebagai gangguan, mungkin lebih kepada sesi perkenalan. Jika tidak selesa, saya akan abaikan.
Siapa yang dorong sehingga ke tahap ni?
Keperluan dan cabaran hidup, mendorong serta memotivsikan saya sehingga ke tahap ini.
Apa cabaran terbesar untuk konsisten dalam dunia kecergasan ni?
Kepercayaan kepada diri sendiri, ( percaya mampu lakukan yang lagi baik dari yang ada sekarang)
List menu diet yang anda amalkan?
Ads
Breakfast: Protein shake dan oat
Snack : Almond/apple hijau/ gajus
Lunch : Sweet potato & ayam bakar & sayur
Snack: Almond/ gajus/ buah
2nd lunch: sweet potato & ikan bakar & sayur
Pre workout : protein shake & oat
Post workout/ dinner : protein shake / pisang,sandwich ( 6-7 telur & salad & roti wholemeal
Ads
Ps: semuanya bergantung kepada keperluan kalori semasa.
Apa makanan terpenting dalam anda berdiet?
Tidak tinggi gula dan berminyak
Diet yang salah dilakukan ramai body builder dan mereka yang berbadan sasa?
Crush diet, di mana makan kurang daripada kalori yang diperlukan, tapi saya tidak cakap salah, jika cara tersebut mampu mendapatkan bentuk badan yang diidam kan, khususnya kepada atlet yang ambil bahagian dalam pertandingan.
5 Tip senaman
1. 6 kali seminggu latihan
2. Hit personal rekod ( bebanan) setiap minggu atau bulan
3. Fokus compound training
4. Fokus lower body
5. Mirror selfie sesudah Training, bukan semasa training
Definisi sexy bagi anda?
Terlalu subjektif, berbeza setiap individu..bagi saya seksi adalah misteri
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tip menantu lelaki tak kekok bergaul dengan mak mentua. Hubungan antara menantu lelaki dan ibu mentua sering jadi topik hangat. Ada yang mesra macam ibu dan anak sendiri, ada juga yang canggung dan serba tak kena.
Hakikatnya, hubungan ini penting untuk keharmonian rumah tangga. Kalau isteri bahagia tengok suami rapat dengan ibunya, rumah tangga pun akan lebih sejahtera.
Jadi, kalau anda seorang menantu lelaki yang masih tercari-cari rentak, berikut beberapa tip yang mungkin boleh membantu supaya tak rasa kekok bila bergaul dengan mak mentua.
Bila duduk sekali, jangan asyik main telefon atau senyap saja. Cuba mulakan perbualan ringan. Tanyakan tentang kesihatan, tanya resipi lauk kegemaran isteri, atau cerita hal-hal yang menarik. Kadang-kadang, sekadar bertanya “Mak masak apa hari ni?” pun dah cukup untuk mula satu perbualan.
Hormat itu wajib, tapi tak semestinya kena terlalu formal sampai rasa macam orang asing. Kalau mak mentua jenis suka bergurau, ikut saja rentaknya. Tapi kalau dia lebih selesa dengan gaya serius, jangan pula kita melawak melampau. Kena bijak baca situasi.
Jangan tunggu disuruh. Kalau nampak mak mentua sibuk di dapur atau tengah angkat barang berat, tawarkan bantuan. Perkara kecil macam ni pun boleh buat hati orang tua lembut. Tak perlu buat semua kerja, cukup tunjukkan keikhlasan.
Kadang-kadang mak mentua cuma nak rasa dihargai. Luangkan masa tengok TV bersama, teman dia ke pasar, atau temankan minum petang. Tak semestinya kena borak panjang, cukup dengan kehadiran yang menyenangkan.
Ada hal-hal yang lebih baik dibiarkan antara isteri dan ibunya. Kalau mereka sedang berbual tentang hal perempuan atau hal dapur, tak perlulah masuk campur. Hormat privasi tu penting juga.
Kalau mak mentua tegur cara kita buat sesuatu, jangan cepat terasa. Mungkin caranya kasar, tapi niatnya baik. Anggap saja macam ibu sendiri yang nak tengok kita jadi lebih baik.
Tak perlu yang mahal pun. Bila balik kampung atau datang ziarah, bawa sikit buah tangan – buah-buahan, kuih-muih, atau apa-apa yang mak mentua suka. Tanda ingatan kecil macam ni boleh buat hubungan jadi lebih mesra.
Hubungan yang baik bukan terhasil dalam sehari. Kadang-kadang ambil masa. Kalau ada rasa kekok atau tak selesa, sabar dulu. Teruskan usaha untuk berbaik dan ikhlas dalam setiap perbuatan. Lambat-laun, mak mentua pun akan rasa kehadiran kita sebagai satu rahmat.
Kesimpulannya, jadi menantu lelaki bukan hanya tentang “ambil anak orang”. Ia juga tentang menerima keluarga pasangan sebagai keluarga sendiri. Kalau kita boleh jaga adab, hormat dan tunjuk keikhlasan, insya-Allah hubungan dengan mak mentua akan jadi lebih mudah dan membahagiakan.
Nak bergaul mesra dengan mak mentua? Mulakan dengan senyuman, dan selebihnya akan datang dengan sendiri.
MASALAH INI BERLAKU APABILA INDIVIDU ITU MENGALAMI KESUKARAN ATAU KEKERAPAN MEMBUANG AIR BESAR YANG BERKURANGAN. SETIAP ORANG PERNAH MENGALAMI SEMBELIT DALAM KEHIDUPAN MEREKA DAN SELALUNYA IA DISEBABKAN AMALAN PEMAKANAN YANG KURANG BAIK.
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, ia akan menyerap air daripada makanan yang diambil ketika membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Selepas najis sampai ke rektum, ia menjadi keras kerana kebanyakan air sudah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembap menyebabkan najis bergerak terlalu perlahan. Akibatnya, najis menjadi keras dan kering. Sembelit boleh berlaku disebabkan kekurangan serat dalam diet dan aktiviti fizikal terutama dalam kalangan warga tua.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan sindrom gangguan ketika pembuangan air besar, perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan serta gemar menahan membuang air besar. Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan kekerapan menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus).
Ia berlaku disebabkan najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku yang menyebabkan darah kelihatan di permukaan najis. Biarpun sembelit dianggap masalah biasa yang berlaku dalam kalangan kebanyakan orang, ia kurang diambil perhatian kerana terdapat mitos dan salah faham mengenai masalah berkenaan. Ini termasuk salah faham mengenai penggunaan ubat laksatif. Satu kajian baru-baru ini ditaja oleh Dulcolax, menunjukkan bahawa mitos ini tidak berasaskan bukti.
Terdapat banyak mitos mengenai penggunaan laksatif termasuk kepercayaan bahawa ia boleh mengakibatkan ketagihan. Tiada asas kukuh dari segi farmasi mengenai ketagihan laksatif walaupun kadang kala ia mungkin disalahgunakan.
DI ANTARA CARA YANG BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH SEMBELIT SEPERTI:
Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.
Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.
Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:
Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.
Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.
Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.
Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.
Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.
MITOS MENGENAI LAKSATIF DAN SEMBELIT
Fakta: Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit untuk individu sihat.
Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan keadaan bagi individu
yang mengalami sembelit serius.
Fakta: Tiada bukti
yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.
Fakta: (Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.
Fakta: (Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi sesetengah wanita kekerapan untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.
Fakta: Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan cecair dan garam.
Fakta: Walaupun sesetengah individu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjaya merealisasikan kerjasama strategik di antara tadika kanak-kanak terkenal, Al Kauthar Eduqids (AKE) dan kelab bola sepak terkemuka di Malaysia seperti Selangor FC merupakan perkara yang cukup membanggakan.
Itulah salah berita menarik disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim kepada MASKULIN.
Pada hujung minggu lalu satu acara besar-besaran telah dianjurkan oleh AKE di mana ia turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Penganjuran AKE Fun Run Olympic Carnival yang berlangsung di 99 Wonderland Park, Selayang berjaya mencipta rekod perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Acara penuh bersejarah penuh tersebut berjaya mencatatkan penyertaan seramai 450 kanak-kanak berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang, diiringi ibu bapa serta tenaga pengajar AKE.
Menurut Pengurus Projek Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias, perhimpunan ini dianjurkan untuk mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak berkeperluan khas.
“Berbeza dengan program sama dianjurkan pada tahun sebelumnya, tahun ini AKE berjaya menghimpunkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dan mendapat pengikhtirafan Malaysia Book of Records.
“Selari dengan permintaan dan kerjasama ibu bapa hari ini, Al Kauthar Eduqids berjaya menawarkan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, kelewatan pertuturan, minor sindrom down, GDD dan ADH,” ujarnya.
Majlis perasmian AKE Fun Run Olympic Carnival disempurnakan oleh Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj. Nor Fadilah.
Sementara itu, Selangor FC hadir bertindak membawa peranan sebagai rakan strategik dalam acara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim, berkata setiap tahun keluarga besar AKE tampil gah dalam penganjuran karnival sukan ini, sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.
“Karnival sukan yang melibatkan kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun ini diadakan bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan yang sesuai dengan usia mereka.
Acara seperti ini juga berjaya merapatkan silaturahim serta memberi impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak,” tambahnya lagi.
Acara ini menyaksikan seramai 4,700 kanak-kanak termasuk yang berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang serta hampir 9,400 ibu bapa dan tenaga pengajar.
Al Kauthar Eduqids kini mempunyai 216 cawangan di seluruh negara dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Acara AKE Fun Run Olympic Carnival bukan sahaja mencatat rekod baharu, tetapi juga memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk menikmati keseronokan sukan dan mengembangkan keyakinan diri mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang