Ketika banyak rakyat Malaysia masih sibuk dengan bahang PRU 14 yang masih merungkai segala misteri, masyarakat tidak melepaskan peluang dengan memuji kecantikan Ahli Perlimen Permatang Pauh Nurul Izzah. Jika wanita tidak keruan melihat ketampanan Syed Saddiq Ahli Perlimen Muar, lelaki juga tersenyum lebar apabila melihat Nurul Izzah di kaca TV ataupun bertermu empat mata.
Kebelakangan ini, Stesyen TV tempatan tidak melepaskan peluang untuk menjemput para pemimpin yang dahulunya berada di kerusi pembangkang, dan kini telah membentuk kerajaan baru. Sudah tentu, lagi ramai mata yang akan memandang kan? Baru-baru ini, Nurul Izzah telah dijemput ke FBI Live bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Jika anda melihat video yang berdurasi 1 jam 30 minit itu, anda dapat saksikan gelagat tak kering gusi dari mereka-mereka ini.
Sudah tentu, rancangan itu menggalakkan rakyat menelefon dan beramah mesra dengan YB yang disifatkan dengan penuh kesopanan. Netizen terkejut dengan seorang pemanggil yang mengenali dirinya sebagai “Arul” berkata YB perlu mengambil perhatian lebih baik pada berpakaian.
“Tudung YB kadang-kadang dipakai dengan sedikit menonjol, bahagian atas (pakaian anda) dapat dilihat,” katanya selepas memperkenalkan dirinya.
Ads
Sudah tentu, ia menjadi perbualan di Twitter dan rata-rata netizen tidak setuju dengan cara Arul menegur!
Ads
Ads
Tapi YB Izzah Chill je. Beliau berterima kasih kepada Arul kerana menegur beliau. Jangan marah-marah ye, ni kan bulan puasa.
Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya.
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering dijadikan ‘lesen’ untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan bersentuhan antara satu sama lain.
Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini. Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata ‘maaf; , atau kata perlahan ‘saya dalam keadaan berwuduk”.
Ini antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ini. Lebih malang lagi apabila mereka memakai pakaian yang memperlihatkan susuk tubuh dengan sempit dan nipis ketika bertandang.
Tidak hairan, hari raya bukan saja hari untuk kita menikmati santapan pelbagai juadah makanan, malah menjadi santapan mata yang mengundang dosa.
Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa )
Meninggalkan solat pada hari raya kerana terlalu sibuk berhari raya adalah sesuatu yang sangat malang.Ada juga yang bersolat sunat hari raya, namun sengaja meninggalkan solat wajib. Solat, ketika sakit pun wajib, jadi jangan jadikan raya sebagai alasan untuk sengaja mengabaikan kewajipan. kerana ia tetap menjadi soalan utama di alam barzakh kelak.
Ini menyedihkan, jika dahulu, rancangan televisyen yang banyak menjadi penyebab untuk kurang keluar rumah mengunjungi sahabat handai, namun kini dengan wujudnya banyaknya laman sosial facebook dan twitter, ramai yang endah tak endah tentang kehadiran tetamu yang datang . Teknologi hanya alat, sebagai manusia, kita kena bijak memanfaatkannya dalam keadaan besederhana.
“Barangsiapa mahu dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umur-nya maka hendaklah dia bersilaturahim.” (HR. al-Bukhari dan Mus-lim dari Anas, Mukhtashar Shahih al-Bukhari, no. 940, dan Mukh-tashar Shahih Muslim, no. 1762).
Jangan makan berlebihan di hari raya . Dari segi pembaziran satu hal lain. Namun dari segi kesihatan juga tetap membimbangkan . Bersederhanalah 🙂
Perkara ini juga sering dipandang ringan kebanyakan umat Islam. Perkahwinan abang, adik atau kakak ipar dengan adik beradik kita tidak menyebabkan aurat kita, terutama wanita, ‘halal’ untuk dipandang ipar duai kita. Misalan adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah, sedangkan abang iparnya berada di situ.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
Apatah lagi pada musim perayaan, semestinya ramai berhimpun di rumah dan kita hendaklah konsisten dalam menjaga amanah yang diberikan Allah ini.
Raya bukan medan menayang baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik , namun lebih kepada merayakan satu kejayaan sebagai umat islam yang berjaya melalui bulan puasa dengan penuh keredhaan dan keikhlasan .
Golongan wanita memakai wangian dan solekan ala artis pada musim perayaan sebelum keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian yang dipakai secara berlebih-lebihan ini.
Hari raya juga umpama hari membalas dendam terhadap dosa yang ditahan dan ditinggalkan pada Ramadan. Malah, memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan.
Contoh : bermaafan hanya di hari raya
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadan, maka Syawal bolehlah bergaduh kembali. Minta maaf bukan pada hari raya sahaja, kerana kita tidak tahu umur dan ajal kita bila masanya . Jadi, jangan bertangguh dan bertempoh-tempoh.
Selain itu, Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat seperti bersyahwat melalui telefon atau ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, malangnya dibuangnya jauh-jauh.
Itu antara dosa yang sering kita terlepas pandang atau memang sengaja diperkecilkan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)
sumber : cicinta.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermula dengan sekadar angan-angan seorang kanak-kanak melihat ahli gusti profesional Amerika Syarikat (AS) menerusi kaca televisyen, Ayez Shaukat kini berjaya bergelar sebagai ahli gusti profesional hingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan belum wujudnya industri gusti di Malaysia ketika dia bermula dahulu, kegigihan Ayez Shaukat merealisasukan angan-angannya itu sekaligus menjadikannya pelopor industri gusti profesional di negara ini.
Ayez mengakui usahanya bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkembangan baik dari usahanya dapat dilihat hanya selepas lebih 10 tahun.
Cita-cita Ayez sudah pun ditetapkan dalam perancangan hidupnya sejak kecil lagi disebabkan begitu minat menonton rancangan gusti dari luar negara yang disiarkan di kaca televisyen tempatan.
“Semua kenal siapa Stone Cold, siapa The Rock, siapa Undertaker semua. Jadi saya salah seorang yang tengok gusti daripada zaman itu dulu dan memang rasa obsess,” ujarnya kepada Maskulin
“Jadi memang daripada kecil dah memang tetapkan dalam otak saya nak jadi seorang ahli gusti profesional”.
Kini, Ayez bukan sahaja sudah mempunyai pengalaman bergusti bersama syarikat gusti profesional seperti Ohio Valley Wrestling (OVW) dan Reality of Wrestling (ROW), dia juga berjaya muncul di kaca televisyen AS bagi sukan itu.
Sebagai seorang ahli gusti profesional, Ayez tidak menafikan yang sukan itu merupakan satu bentuk hiburan sukan.
“Memang betul gusti ini adalah berlakon, berskrip. Kita (ahli gusti) tidak pernah cuba tipu kalian pun. Saya seorang penghibur, seorang pencerita.
“Gusti ialah hiburan sukan. Saya tak kisah orang nak kutuk ke sebab selera orang berbeza-beza. Ada yang minat, ada yang tak minat,” tegas Ayez.
Seperti sukan yang lain, gusti juga tidak terlepas dari sebarang risiko kecederaan.
Antara kecederaan yang telah dialami oleh Ayez termasuklah terkehel lutut kiri dan kanannya.
Selain bergiat aktif dalam sukan gusti profesional, Ayez juga seorang penggiat industri perfileman Malaysia.
Ayez merupakan seorang pengarah, pengarah aksi serta pelakon aksi.
Antara projek akan datang yang Ayez terlibat adalah seperti “Kahar: Kapla High Council” dan juga “Takluk: Lahad Datu”.
Bekerja di dalam dua industri ini, Ayez menyimpulkan yang menjadi seorang ahli gusti profesional tidak jauh berbeza dengan seorang pelakon lagak ngeri.
Yang membezakannya adalah, aksi ahli gusti dilakukan secara langsung, spontant, tanpa cut dan suntingan.
1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripaad kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepaad orang lain dan tidak menyusahkan.
5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
sumber: islamituindah.com.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mohamed Salah menggemparkan dunia bola sepak terutamanya di kalangan penyokong Liverpool selepas mengumumkan musim ini sebagai musim terkahirnya bersama pasukan tersebut.