“Tudung YB Kadang-Kadang Dipakai Dengan Sedikit Menonjol, Nampak Bahagian ‘Atas'” Ini Respon Nurul Izzah

Share

Ketika banyak rakyat Malaysia masih sibuk dengan bahang PRU 14 yang masih merungkai segala misteri,  masyarakat tidak melepaskan peluang dengan memuji kecantikan Ahli Perlimen Permatang Pauh Nurul Izzah. Jika wanita tidak keruan melihat ketampanan Syed Saddiq Ahli Perlimen Muar, lelaki juga tersenyum lebar apabila melihat Nurul Izzah di kaca TV ataupun bertermu empat mata. 

Kebelakangan ini, Stesyen TV tempatan tidak melepaskan peluang untuk menjemput para pemimpin yang dahulunya berada di kerusi pembangkang, dan kini telah membentuk kerajaan baru. Sudah tentu, lagi ramai mata yang akan memandang kan? Baru-baru ini, Nurul Izzah telah dijemput ke FBI Live bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Jika anda melihat video yang berdurasi 1 jam 30 minit itu, anda dapat saksikan gelagat tak kering gusi dari mereka-mereka ini.


Sudah tentu, rancangan itu menggalakkan rakyat menelefon dan beramah mesra dengan YB yang disifatkan dengan penuh kesopanan. Netizen terkejut dengan seorang pemanggil yang mengenali dirinya sebagai “Arul” berkata YB perlu mengambil perhatian lebih baik pada berpakaian.


“Tudung YB kadang-kadang dipakai dengan sedikit menonjol, bahagian atas (pakaian anda) dapat dilihat,” katanya selepas memperkenalkan dirinya.

Sudah tentu, ia menjadi perbualan di Twitter dan rata-rata netizen tidak setuju dengan cara Arul menegur!

 

Tapi YB Izzah Chill je. Beliau berterima kasih kepada Arul kerana menegur beliau. Jangan marah-marah ye, ni kan bulan puasa.

*videopenuh

IKLAN