Foto: Dragana_Gordic - www.freepik.com

Sedar atai tidak, kehidupan seharian kita kini banyak bergantung kepada penggunan telefon pintar dan juga rangkaian Internet. Jadi bila berdepan ‘line’ Internet yang perlahan, tidak dapat menerima teks Whatsapp, SMS atau sukar terima panggilan semestinya ia memberikan impak cukup besar.

Satu perkara kita perlu akui, keluasan coverage rangkaian daripada setiap syarikat telekomunikasi adalah berbeza-beza. Jadi kita perlu bijak memilih yang manakah mempunyai kekuatan paling optimum untuk kegunaan seharian.

Jika anda berdepan network yang sangat perlahan terdapat beberapa langkah yang boleh dilakuka bagi meningkatkan signal network.

Berikut beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda.

JAUHI OBJEK YANG GANGGU RESEPSI TELEFON

Perkara yang anda perlu faham tentang penerimaan signal network ialah ia datang dari menara pemancarnya. Jadi untuk mendapatkan liputan yang baik pastikan lokasi anda tidak terhalang dengan mana-mana objek yang boleh menghalang penerimaan signal.

IKLAN

Apa yang anda boleh buat ialah dengan menggunakan telefon pintar berdekatan dengan tingkap atau ruang terbuka. Selain itu jauhi sebarang objek metal atau elektronik lain yang mungkin boleh menggangu penerimaan signal.

Tujuh Langkah Mudah Tingkatkan Signal Network Telefon Pintar Yang Lemah
Foto: creativeart – www.freepik.com

JANGAN BIAR BATERI ‘LOW’

Apabila teelfon pintar cuba mendapatkan signal dari menara berdekatan ia menggunakan lebih banyak kuasa bateri. Jadi telefon yang baterinya pada tahap rendah atau low akan menyukarkannya mencari signal paling kuat. Ini kerana kebanyakan teelfon pintar diprogramkan untuk menggunakan kuasa secara efketif dan tidak terlalu ‘memakan’ bateri.

Jika di kawasan signal agak rendah pastikan telefon pintar anda sentiasa dalam keadaan baterinya penuh atau masih banyak.

IKLAN

UPDATE SOFTWARE

Menggunakan sistem operasi terkini serta kemaskini perisian juga boleh membantu anda mendapatkan signal yang lebih baik. Dengan melakukan update telefon pintar anda dapat berfungsi dengan lebih baik dan menerima signal dengan lebih efisien.

TUTUP RANGKAIAN LAIN

Jika di rumah atau lokasi anda mempunyai rangkaian Wi-Fi, Bluetooth dan NFC, tutuplah dengan segera. Kadang-kadang ia juga boleh memberikan masalah dan menjejaskan penerimaan signal rangkaian lebih baik. Off semua yang dinyatakan tadi dan lihat sama ada ia lebih baik atau tidak.

Tujuh Langkah Mudah Tingkatkan Signal Network Telefon Pintar Yang Lemah
Foto: creativeart – www.freepik.com

PEGANG TELEFON DENGAN BAIK

Ingatkah anda telefon bimbit pada era 90-an dan awal 2000-an. Kebanyakannya mempunyai antena yang cukup panjang. Jangan ingat telefo pintar sekarang tiada antena kerana ia ‘disembunyikan’ di bahagian dalam. Dari rekaan ia lebih ‘sleek’ dan paraktikal. Namun jika anda memegang telefon pintar dengan menghalan antena di dalamnya, penerimaan signal boleh terjejas.

IKLAN

BERGERAK KE LOKASI KURANG POPULASI

Kawasan yang mempunyai populasi tinggi juga boleh menyebabkan ‘line’ menjadi perlahan. Ini kerana penggunaan ramai orang dalam satu masa yang sama menyebabkan ‘kesesakan’ trafik di menara pemancar. Jadi jika ingin penggunaan lebih memuaskan, bergeraklah ke lokasi yang tidak terlalu padat.

REFRESH SAMBUNGAN

Cara paling mudah untuk refresh semula connection ialah dengan menggunakan fungsi ‘Airplane Mode’. Cuba ON dan OFF untuk dapatkan semula sambungan yang lebih baru. Ini membolehkan telefon pintar mendapatkan sambungan dari menara pemancar terdekat.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI