Gaya Hidup

Tukar Sarung Bantal Setiap Hari, Ini Beberapa Nasihat PHM Jika Ada Ahli Rumah Yang Demam

Share

Jangan jadikan “Perintah Kawalan Pergerakan” punca kepada masalah lain. Jika ada ahli yang demam tu, pastikan keadaan rumah juga bebas dari kuman.

Jika tidak, satu keluarga boleh berjangkit. Berikut adalah beberapa tips pembersihan selepas demam.

Cara menyediakan disinfeksi:

– 1 penutup peluntur / detol

– 9 gelas air

Tip tambahan

– Pakai sarung tangan

– Bersihkan dahulu baru disinfeksi

– Guna span berbeza di setiap bilik

– Basuh tangan selepas melakuakn pembersihan

Lakukan pembersihan di seluruh rumah sebaik sahaja ahli keluarga atau diri anda sendiri baik dari demam.

Bilik tidur

Tukar sarung bantal setiap hari. Basuh linen katil dengan peluntu tapa-klorin dan air panas. Disinfeksi seluruh tempat tidur.

Dapur

Disinfesi semua yang disentuh seperti pemegang pintu peti ais, microwave, tombol dapur dan kepala paip. Malah letakan sedikit peluntur pinggan dan mangkuk.

Bilik air

Lap dan basuh tombol pintu, pemutar pam tandas, tombol kebinet dan suis lampu yang telah di pengang.

Ruang Tamu

Bersihkan telefon, remote, keyboard computer, tombol pintu, suiz letrik / lampu.

Sumber: Public Health Malaysia

IKLAN