Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini telah tular beberapa kes perceraian, pergolakan rumahtangga dan putus cinta melibatkan selebriti terkenal tanah air telah menjadi perbualan hangat para warganet.
Malah ada yang pasangan dilihat sangat bahagian di laman media sebelum ini tiba-tiba dilaporkan berdepan dengan masalah.
Selebriti sememangnya tak dapat lari daripada menjadi perhatian masyarakat. Malah setiap gerak-geri mereka di kehidupan sebenar dan juga di laman media sosial sentiasa berada di bawah mikroskop orang awam.
Jadi apa punca kedinginan hubungan antara pasangan boleh berlaku?
Cuba anda fikir, bilakah kali terakhir anda benar-benar berbicara dari hati ke hati dengan pasangan?
Sudah banyak berlaku dalam masyarakat kita pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin berkomunikasi secara dingin.
Menceritakan aktiviti ketika berada di pejabat, perkembangan anak, atau sekadar membahas isu umum yang terjadi di lingkungan sekitar boleh sahaja untuk dijadikan sebagai bahan berbicara dengan pasangan.
Kualiti komunikasi antara pasangan turut boleh mempengaruhi kunci keharmonian sesebuah rumah tangga yang paling menyeronokkan, tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan intim.
Menurut Paul Hokemever, pakar perunding hubungan perkahwinan di New York, “Jadual kerja yang padat sering tidak memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berbincang hangat. Tak sedikit pasangan suami isteri yang baru bertemu di atas ranjang dengan keadaan tubuh yang sudah terlalu letih untuk melakukan apapun selain daripada tidur”.
BACA: Khasiat Bawang Putih Yang Anda Perlu Tahu, Salah Satu Meningkatkan Tenaga Intim
Jelasnya lagi, kualiti hubungan yang baik memerlukan tahap keintiman yang hangat antara pasangan. Keadaan ini boleh juga terjadi apabila suami isteri tersebut dikatakan memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.