Akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), demikian lapor Berita Harian.
Bagaimanapun kesihatan diri Dr Mahathir semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN.
“Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini adakala saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.
“Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya serta Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) dan kesejahteraan kami berdua,” katanya dalam Facebook, hari ini.
Ads
Dalam pada itu, Dr Mahathir dan isterinya turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.
“Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.
Ads
“Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah,” katanya.
Pertembungan kemuncak bola sepak tempatan semakin hampir! Perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinanti-nantikan antara gergasi selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC, bukan sahaja menjanjikan aksi sengit di atas padang, tetapi juga pengalaman hiburan yang tidak dapat dilupakan, ihsan daripada Astro.
Selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro sekali lagi membuktikan komitmennya untuk menyemarakkan arena sukan tempatan.
Untuk tahun kedua berturut-turut, penyiar rasmi ini akan mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pentas dwi-aksi – pertempuran bola sepak epik dan konsert mini menampilkan barisan artis ternama negara.
Bayangkan, bahang perlawanan akhir ditambah pula dengan tenaga persembahan hebat, disaksikan oleh kira-kira 80,000 penyokong secara langsung dan jutaan lagi di rumah menerusi Astro Arena (Saluran 801, 802, 803).
Momentum akan mula dibina seawal acara pra-persembahan dengan vokal mantap daripada Hael Husaini dan bintang yang semakin meningkat naik, Nadeera Zaini.
Peminat kemudiannya akan disajikan dengan persembahan pembukaan istimewa sebelum sepak mula oleh legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir.
Dan apabila pemain berehat separuh masa, pentas akan diambil alih oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, yang pastinya akan menggegarkan stadium dengan persembahannya yang bertenaga.
Inisiatif ini bukan sekadar gimik. Ia adalah sebahagian daripada strategi Astro untuk memberikan nilai tambah kepada peminat, menggabungkan dua elemen yang sememangnya sebati dengan gaya hidup ramai – sukan dan hiburan.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, mereka teruja untuk berkongsi keterujaan di pentas akhir Piala Malaysia. Selain dari membawakan secara langsung aksi-aksi mendebarkan di atas padang, Astro juga ingin merancakkan lagi kemeriahan perlawanan dengan menyediakan hiburan terbaik kepada para penyokong.
“Menjadi destinasi tontonan sukan pilihan Malaysia, semestinya kami akan terus memberikan liputan sukan terkini dan hiburan terbaik kepada para penyokong, ini membantu mereka merancakkan suasana sekaligus menaikkan semangat kejohanan untuk kedua pasukan.
“Bola sepak dan juga hiburan tidak boleh dipisahkan, ia akan jadi lebih menyeronokkan apabila keduanya digabungkan dalam satu acara sebagai satu sambutan,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan media rasmi Astro.
Kemeriahan tidak terhad di dalam stadium sahaja. Astro Arena turut menyediakan kandungan khas “Pesta Penyokong” secara langsung dari perkarangan stadium.
Bagi yang menonton di rumah, Astro Arena 2 menawarkan ciri unik “Player Cam”, membolehkan anda fokus kepada pemain kegemaran sepanjang perlawanan.
Di luar stadium pula, booth bergerak Astro akan menjadi tumpuan dengan kehadiran penyampai radio popular Sinar, Ray, dan Gegar, Shah.
Pengunjung berpeluang beramah mesra, menyaksikan persembahan oleh Dinda Dania, dan mendapatkan maklumat terkini produk Astro. Menjelang sepak mula, trio Ray, Shah, dan Dina Nadzir akan menghiburkan orang ramai bermula jam 7.30 malam.
Bagi mereka yang ingin menikmati semua aksi Final Piala Malaysia, Pek Astro One Sports ditawarkan pada harga RM99.99 sebulan, atau tingkatkan pengalaman dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sukan pada RM189.99 sebulan.
Jadi, bersedialah untuk final Piala Malaysia yang bukan sahaja menjanjikan drama bola sepak, tetapi juga sebuah pesta hiburan yang gah.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berapa banyak cawan kopi yang anda habiskan hari ini? Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi atau kafein dalam sehari perlu menjadi hanya kira-kira 400 mg atau 2 cawan. Penggunaan kopi yang berlebihan dijangka membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zaman sekarang ramai yang lebih gemar untuk membeli-belah secara di atas talian sahaja. Bukan sahaja muda malah tak perlu nak penat serta bersusah payah cari parkir.
Buat pilihan pun cukup sekadar skrol menggunakan telefon pintar sahaja. Tidak hairanah semakin ramai yang menggunakan kaedah ini hatta untuk membeli barang yang besar sekali pun.
Namun risiko membeli di atas talian ini adalah mendapat barang yang mungkin tidak berkualiti, berbeza dengan apa yang dijangka dan juga mendapat barang yang betul-betul lain daripada apa yang dipesan.
Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Zty,(@ztyizz). Menerusi satu perkongsian foto, dia menyatakan ayahnya telah melakukan pembelian dan memesan sebuah basikal di laman sesawang e-commerce terkenal di Malaysia, Lazada.
Tawaran basikal yang terdapat pada iklan tersebut menunjukkan ia dijual dengan harga yang sangat murah iaitu RM68 dengan 76% diskaun dari harga asalnya, RM280.
Seminggu kemudian parcel yang dipesan sampai ke pintu rumah. Namun ia betuk-betul mengejutkan kerana basikal yang dipesan tak kunjung tiba. Apa yang ada dalam parcel kecil itu ialah seutas tasbih!
Perkongsian tweet ini telah menarik perhatian ramai pengguna Twitter yang lain. Rata-ratanya melahirkan rasa simpati kepadanya. Tak kurang juga yang memberi cadangan untuk meminta semula refund.
Tapi ada juga yang mempersoalkan tentang harga tak masuk akal sebuah basikal dengan harga RM68. Bagi MASKULIN masuk akal atau tidak itu perkara nombor dua. Sebenarnya kita sebagai pengguna harus terima apa jua barang yang dibeli seperti yang diiklankan.
Menariknya, ayah gadis tersebut bukanlah satu-satunya orang yang menerima tasbih daripada iklan sama. Seorang pengguna Twitter yang lain turut berkogsi foto dia turut menerima tasbih (yang sedikit lebih besar) selepas turut melakukan pembelian basikal.
Adakah ini modus perandi seller terutamanya dari luar negara yang ingin menipu pengguna?
Jika anda menjadi mangsa seperti ini jangan risau. Laman sesawang e-commerce Lazada sebenarnya mempunyai polisi pemulangan yang cukup mudah.
Menerusi laman sesawang mereka Lazada menyatakan kesemua barang yang dijual di Lazada Malaysia dilindungi dibawah Lazada 7 dasy Easy Returns atau 14/15 Day Easy return (bergantung kepada jenis produk).
Seorang pengguna Twitter juga turut berkongsi pengalamannya melakukan return barang yang dibeli.
Logo polisi pemulangan semula terdapat di page produk tersebut. Dalam kes basikal ini terdapat logo 7 days easy return. Jadi tak perlu risau memang boleh dapat semula wang.
Tinjauan MASKULIN pada hari ini mendapati basikal tersebut ditawarkan lebih murah dengan harga RM54.80. Malangnya tiada sebarang review yang terdapat pada paparan iklan basikal tersebut.
Jadi tip untuk beli online, bacalah review dahulu. Jika taida apa dan was-was lebih baik cari yang lain. Dan jika harga yang ditawarkan pula sangat tak masuk akal maknanya ada sesuatu tak kenalah tu.
Beringat sebelum kena!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.