Walau mahal manapun helmet yang anda beli, pasti tidak akan lari daripada kesan calar kerana bergesel dengan pelbagai objek. Jika terlalu banyak kesan calar, pasti akan menganggu penglihatan anda ketika sedang menunggang.
Visor helmet adalah bahagian yang paling penting untuk melindungi penunggang serta pembonceng daripada terkena air hujan, sinar matahari serta dimasuki debu. Walaubagaimanapun, ia tidak terlepas daripada kesan calar.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin berkongsi bagaimana cara untuk membersihkan visor helmet agar penglihatan anda lebih jelas ketika menunggang dan keselamatan terjamin.
Tanggalkan secara cermat, kerana takut jika tersalah tarik, anda berkemungkinan mematahkan sendi penting pada visor. Perhati betul-betul kedudukan skru yang mengikatnya.
Ads
2. Cuci visor
Gunakan air sabun ketika mencuci visor dan bilas ia dengan air mengalir supaya kotoran yang melekat boleh hilang dengan cepat.
3. Guna kertas pasir paling halus
Ads
Permukaan visor yang masih basah perlu dicuci dengan kertas pasir halus (berukuran 1,500-2,200SW) dan lalukan di bawah air. Cuci berulang kali terutamanya bahagian yang banyak calar.
4. Biarkan kering seketika
Selesai cuci, permukaan visor akan nampak kusam, tunggu beberapa saat sebelum membersihkannya.
Keringkan visor helmet, kemudian gilap bahagian kusam dengan lilin khas atau White compound. Pastikan guna kain lap lembut untuk pastikan ia kering dan nampak berkilat.
P.s: Sebelum cuci guna kertas pasir, check dulu samada visor anda tahan atau tidak bila digosok dengan kertas pasir.
Cadangan MASKULIN, kalau dah banyak sangat calar, lebih baik beli visor baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aircond kereta anda boleh tahan sejuk serta tahan lama jika cara penggunaan anda adalah betul dan tidak boleh menjurus kepada kerosakan yang minima.
Anda perlu tahu bahawa aircond berfungsi sebagai satu litar yang tertutup dan mempunyai bahagian yang bertekanan tinggi serta rendah.
Dalam bahagian bertekanan tinggi, coolant ataupun ejen penyejuk (dalam bentuk gas) disedut masuk ke bahagian kompresor yang dipacu oleh enjin. Itulah bunyi yang anda dengar di bahagian enjin bila kompresor mula berfungsi.
Seterusnya untuk bahagian bertekanan rendah, cecair penyejuk bertekanan tinggi tadi akan ditolak masuk menerusi expansion valve dan terus ke bahagian evaporator (juga dipanggil cooling coil) di dalam kabin kenderaan.
6 TIP PENJAGAAN AIRCOND KERETA DENGAN CARA MUDAH
1. Parking di bawah kawasan berbumbung
Cara paling berkesan agar penyaman udara cepat sejuk ialah memastikan kereta anda berada di bawah tempat teduh ataupun berbumbung. Kami tahu bukan senang untuk mencari tempat teduh terutamanya di tempat parkir terbuka tetapi jika ada ia satu bonus untuk anda dan kereta anda.
Satu kelebihan jika anda tahu di mana bayang bangunan akan berada pada waktu tertentu jika anda meletakkan kereta anda dicelah-celah bangunan sewaktu pergi ke tempat kerja. Biasanya jika satu-satu petak itu disinari cahaya matahari pada waktu pagi, menjelang tengah hari atau petang ia akan dibayangi bayang bangunan (pastikan ada bangunan la bukan guard house saiz kotak mancis).
Walaupun haba di dalam kereta anda tetap panas tetapi teduhan bayang-bayang akan mengurangkannya. Takdelah rasa macam memandu oven sewaktu balik dari pejabat.
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kepingan pelindung matahari yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta. Ini juga akan mengurangkan baha didalam kereta anda.
2. Guna teknik orang lama
Ini satu cara klasik yang biasa digunakan oleh orang dulu-dulu termasuklah bapa saya sendiri. Jika langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan dalaman kereta anda sama panas dengan Gurun Sahara, adalah lebih baik jika anda salurkan udara luar masuk dengan membuka tingkap kereta anda sebelum menghidupkan penyaman udara.
Langkah terbaik ialah dengan membuka semua tingkap dan pandu kereta anda seketika. Pemanduan yang baik ialah sekitar 10-15km/j dan mengambil selekoh 90 darjah jika ada. Inertia sewaktu membelok akan menolak udara panas keluar ke sisi dan menyedut udara segar masuk dari sisi yang satu lagi.
Teknik ini juga sesuai digunakan jika anda terlepas membuang angin akibat memakan telur rebus sewaktu dalam perjalanan mengambil pasangan anda dari tempat kerja ataupun nak pergi dating.
3. Mulakan dengan tetapan ‘low’
Anda mesti tidak gembira jika seseorang mengejutkan anda di tengah malam buta bukan? Silap-silap dapat tendangan sisi Haliborange Tae-Kwan-Do free. Begitu juga dengan penyaman udara, mulakan dengan hembusan yang perlahan sambil meningkatkan putaran kipas dan kurangkan suhu.
Jangan main terjah saja. Bahkan jika penyaman udara anda mempunyai mod ‘Auto’, perhatikan yang biasanya ia akan bermula dengan tetapan perlahan dan kemudian semakin kuat.
4. Sentiasa gunakan mod ‘recirculation’
Bila penyaman udara sudah sejuk, sentiasa pastikan ia berada dalam mod recirculation untuk mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam. Ini akan menyebabkan penyaman udara anda bekerja dengan lebih relaks.
5. Jangan buat begini
Bila berhenti nak keluar dari kereta, jangan terus mematikan enjin anda tanpa mematikan suis penyaman udara terlebih dahulu, ini akan membuatkan sistem penyaman udara mengalami kejutan.
Langkah sebaiknya ialah matikan suis penyaman udara sebelum anda sampai ke destinasi. Pada masa ini biasanya kabin dalaman sudahpun cukup sejuk, memadai dengan hembusan udara daripada kipas elektrik dalaman sahaja.
Bila anda sudah mematikan suis penyaman udara, pastikan kelajuan blower ataupun kipas berada pada tetapi ‘Med’ ataupun ‘High’.
Kenapa? Pernahkah anda perhatikan takungan air di bawah kereta anda bila anda berhenti? Itu ialah air daripada evaporator kereta anda. Ianya dalam keadaan hampir mencecah takat beku bila udara panas bergerak menghampirinya, jadi proses kondensasi berlaku lalu menghasilkan titisan air tersebut.
Menghidupkan kipas sewaktu penyaman udara dimatikan akan mengeringkan bahagian evaporator. Ia juga berfungsi memastikan kulapuk dan juga kulat tidak akan terhasil di dalam ruang evaporatoranda. Inilah punca bau hapak yang selalu anda hidup di dalam kabin kereta anda.
6. Servis berkala
Sama seperti kereta, sistem penyaman udara juga perlu diservis. Cecair penyejuk perlu ditukar, kompresor juga perlukan minyak khusus untuk kelancaran operasi. Komponen-komponen seperti expansion valve dan penapis juga perlu ditukar untuk memastikan penyaman udara anda beroperasi secara optima.
7. Jangan terlalu gunakan aircond jika cuaca panas
jangan terlampau dalam menggunakan penyaman udara. Jika suhu di luar terlalu panas, jangan ghairah untuk menyejukkan kereta anda. Tubuh manusia mempunyai hadnya, dan jika anda keluar ke bawah cahaya matahari dari kabin kereta yang sejuk, mau jatuh demam tau. Suhu yang ideal untuk keselesaan kita sebenarnya memadai sekitar 24-25 darjah Celsius.
Sumber: Pusat Kereta Azbi Centre
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemilik kenderaan atau kereta terutamanya pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan apabila menghantar kereta ke bengkel untuk diservis.
Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis aircond atau penghawa dingin.
Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Antaranya ialah:
compression tidak kuat
sistem tersumbat
fuse compressor aircond terputus
kipas berpusing perlahan
radiator tersumbat
kerosakan pada magnet
kerosakan pada relay
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Kredit: ACS Car Servis
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.