Berita

Tunjuk Anu Di Tempat Awam, Lelaki 51 Tahun Maut Dibelasah Orang Ramai

Share

Dalam kejadian yang menggoncang sensitiviti masyarakat baru-baru ini, seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas dibelasah oleh sekumpulan orang awam gara-gara bertindak menunjukkan kemaluannya di khalayak ramai.

Insiden tragik ini membuka satu lagi lembaran hitam dalam isu moral dan kesihatan mental lelaki di Malaysia.

Lelaki terbabit, yang juga seorang suami, ditemui tidak bernyawa di hadapan sebuah tadika di Jasin Bestari sekitar jam 7.26 malam pada hari Ahad. Beliau dilaporkan cuba melarikan diri selepas dikejar dan dipukul oleh orang awam yang berang dengan tindakan tidak senonohnya.

Mentaliti Ganas atau Tindakan Wajar?

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, siasatan awal mendapati mangsa telah melakukan perbuatan lucah dengan menunjukkan alat sulitnya di parkir sebuah pasar raya. Dua orang awam yang menyedari perbuatannya bertindak mengejar dan memukul mangsa, sebelum dia melarikan diri sejauh 200 meter.

Bukan itu sahaja, terdapat laporan yang mengatakan seorang pemandu lori bertindak menendang kepala mangsa, manakala beberapa lagi individu menyertai insiden itu selepas mendengar jeritan meminta bantuan.

7 Lelaki Ditahan – Antara Amarah & Undang-undang

Semakan pihak polis mendedahkan bahawa mangsa bukan asing dalam rekod jenayah. Beliau pernah disabitkan dua kesalahan kelucahan melampau di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan pada tahun 2003 dan terkini pada tahun 2024.

Sebanyak tujuh individu, berusia antara 15 hingga 66 tahun termasuk seorang warga Pakistan, telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mereka terdiri daripada pelanggan pasar raya, pekerja sekitar dan pemandu lori.

Dalam konteks ini, kita tak nafikan bahawa tindakan spontan orang awam itu berpunca daripada marah dan jijik dengan kelakuan mangsa. Tapi, dalam dunia bertamadun, undang-undang tetap harus dijunjung.

Beringatlah, lelaki bukan haiwan. Kita ada akal!

BACA LAGI : Kahwin Wanita 18 Tahun Lebih Tua, Lelaki Ini Tak Takut Pandangan Orang

SUMBER : Sinar Harian

Published by
Nana