
Bermula diet pada bulan 9 tahun 2019 sehingga kini, dia berjaya turunkan berat badan dari 92kg ke 74 kg (18kg) dengan bebekalkan rujukan di Facebook sahaja.
Itulah yang berlaku kepada Izzat Ejats ketika dihubungi, memberi kebenaran kepada Maskulin untuk menyiarkan perkongsiaan di Diet Suku Suku Separuh.
Dengan azam yang nekad dan kuat akhirnya dia berjaya menurunkan berat badan.
Antara tip yang sempat dia kongsikan di facebook, makan mengikut jadual yang diberikan dengan tidak melebihi batas kalori per hari.
Sentiasa banyakkan minum air putih dan tolak minuman bergas dan bergula. Elakkan dari menimbang berat badan hari-hari dan target timbang dalam 1 minggu sekali.
Malah, dia turut nasihatkan orang ramai untuk lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah & Selamat Tukar Mata Wang Asing Guna eForex!

Bila nak ke luar negara, mesti kita nak tukar mata wang asing negara yang kita lawati itu. Selalunya orang akan pergi ke kaunter. Cara ini ada risikonya lebih-lebih lagi bila kaunter mata wang asing yang anda pergi itu kehabisan duit yang anda inginkan.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan pantas boleh anda buat tanpa perlu ke kaunter. Seorang pengguna Facebook, Farehan Fauzi berkongsi pengalamannya menggunakan cara online eForex yang lebih mudah dan selamat untuk menukar mata wang asing.
Jom baca perkongsiannya.
Kepada kawan-kawan yang nak gi oversea dan nak tukar duit, meh nak share 1 cara yang mudah dan selamat Insya Allah. Mungkin ada yang dah tahu dan jika ada ralat minta betulkan ya.
Ada dua cara tapi basically sama je sebab satu guna website, manakala satu lagi guna apps di phone.
Kalau website, www.eforex.com.my
Apps pula eForex
Pengalaman sendiri menggunakan apps eForex.
- Pertama, perlu register.
- Kemudian, saya masukkan jumlah yang ingin ditukar iaitu contohnya RM1000 kepada Thai Bhat, apps akan suggest untuk tukarkan kpd RM1024.80 supaya dapat genapkan 4000 Bhat.
- Masukkan details seperti nama, no ic, lokasi pilihan untuk ambil duit dan bila akan ambil.
- Bayar menggunakan online (FPX)
- Siap.
- Resit akan dihantar ke email kita.
Cara mudah & pantas
Saya pilih untuk ambil 10hb Dec tapi dia kata paling latest mungkin 12hb Dec jika tempat yang saya nak ambil tu takde stock duit Bhat.
Tapi tak sampai sejam, saya dah dapat notis mengatakan duit saya dah ready dan boleh collect di Merchantrade yang saya pilih. Saya pilih yang di Batu Caves.
Bila sampai sana, ada kaunter khas untuk eForex user. Saya tunjukkan resit dan ic. Sign resit dan dapat duit. Mudahkan?
Bagaimana ia sangat membantu?
1. Kita dapat tahu nilai currency yang paling latest yang ditawarkan eForex. Bangun tido check, lepas mandi check bila-bila boleh check. Siang malam pun berubah nilainya. Dan nilai yang ditawarkan agak tinggi.
Saya boleh dapat RM1000 = 7800 Bhat
Kawan saya pada hari yg sama dapat RM1000 = 7753 Bhat.
Malam tu saya check saya boleh dapat 7806 Bhat. Suka saya nak kongsikan bahawa counter rates Merchantrade dengan online rates eForex kadang-kadang berbeza ya. Boleh semak kat sini https://mtradeasia.com/main/daily-exchange-rates/
2. Kita boleh book dan bayar online, pilih our Merchantrade pick up point atau minta delivery ke rumah. Banyak lokasi Merchantrade ni. Delivery ada cas kecuali tukar RM20k ke atas. Jadi nak bawa duit cash banyak-banyak takde rasa seriau sangat.
Lagi sekali, suka saya nak kongsikan bahawa untuk semak dulu lokasi Pickup Point sebelum anda membuat pembelian ya. Setakat ni tempat yang ada di KL, Selangor dan Seremban, Senawang je.
3. Pernah an terjadi pergi money exchange, tempat tu tak cukup duit la. Kadang yang ditawarkan sikit ja. Yang ni duit dah confirm ada baru dia akan notify kita. Mudah oit.
4. Ada rate alert. Boleh lah buat alert kalau-kalau masa tu duit RM mahal sikit kan. Dan apps dia is pretty safe sebab tiap kali nak masuk, dia mesti minta no pin apps. Even bila saya tukar ke apps lain, kejap je pun.
5. Tapi untuk first time user, kena self collect duit tu. Lepas-lepas tu baru boleh delivery atau assign orang lain amikkan duit. Pastu ada diskaun RM10 lagi tau untuk first time user. Sape nak bagi kan.
6. Tapi! Minimum untuk tukar duit ialah RM500. Kurang daripada tu boleh terus gi Merchantrade branches je. Ingat! Rate Merchantrade dengan eForex berbeza ya.
Tu jelah dulu kot. Sila tengok gambar-gambar di bawah. Ni bukan iklan berbayar cuma nak share method mudah? Rasa-rasa boleh dipercayai ataupun tidak, boleh baca term and condition eForex dulu ya. Lagi mahal atau murah juga sila semak la dulu ya. Saya ni malas nak gi sana-sana, tu yang guna apps ni.
Selamat mencuba…
Kalau Handphone Masuk Air, Begini Cara Yang Betul Nak Pulihkan Guna Beras!

Siapa yang tidak panik kalau handphone masuk air. Habislah semua benda dalam tu tak boleh buka.
Bimbang duit anda melayang kerana nak hantar ke kedai, apa kata cuba pulihkan handphone yang masuk air itu dengan satu bahan berkesan ini.
Caranya boleh anda ketahui menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Yatie Eimra. Beliau berkongsi tip menghidupkan semula telefon bimbit yang mudah dan menjimatkan.
Phone Masuk Air
Petang kelmarin hujan kemain lebat. Kebetulan otw balik dari pasaraya tu, anak kecik dah tertidur dalam kereta. Bila dah sampai rumah, kelam kabutla nak bawak barang lagi, mane nak dukung anak, dengan handbag yang berat & penuh dengan barang² si kecik ni lagi. Hujan dah la makin lebat, masa nak loading barang cepat².. handphone terkeluar dari beg & jatuh dalam lopak air. Kemain seronok die berenang dalam lopak tu. Time² gini la pulak nak jadik ikan kaloi nye pun.. ?
Bukan kena air sikit², memang tenggelam habis. Lepas angkat tu cepat² offkan. Bila masuk rumah, terus bukak compartment yang boleh dicabut lak. Masa bukak slot memory card & simkad ada air lagi menitis keluar. Dah macam botol air design telepon je. Selamat xde straw ?
Kalau saya lap kering², kemudian masukkan handphone dlm plastik berisi beras untuk keringkan air sementara nak beli bahan penyahlembapan (saya guna brand thirsty hippo). Lepas tu masukkan thirsty hippo & handphone dalam bekas kecil (supaya xserap kelembapan udara dlm bilik). Saya biarkan sekurang²nya 24 jam sebelum cuba on kan handphone.
Malam tadi lebih dari separuh kalsium klorida dalam bekas thirsty hippo tu dah cair. Bila on kan handphone.. lama juga boot start screen die.. Tapi alhamdulillah, lepas tu dah boleh guna macam biasa..
Tip kalau phone masuk air
1- Cepat² keluarkan dari air. Lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.
2- Biasanya kalau tak terendam lama sangat, phone masih on lagi beberapa saat. Matikan phone. Xkisahlah tekan butang off atau terus keluarkan bateri. Mana² je yang lebih cepat supaya xberlaku short circuit & ic phone terbakar.
3- Lap kering phone. Leraikan semua bahagian yang boleh dicabut.
Sebelum rendam dalam beras, bungkus phone dengan tisu dahulu atau letak selotape pada charger port/bahagian lain utk elak tersumbat dengan beras pulak. Kalau guna selotape pastikan tinggalkan sedikit ruang untuk pengudaraan/air keluar.
4- Jika tiada bahan penyahlembapan, rendam handphone dalam beras dahulu sementara gi beli tu. Beras mampu menyerap lembapan air walaupun ia mengambil masa agak lama.
Pastikan phone terendam sepenuhnya dalam beras.
Perlu keringkan air dalam phone secepat mungkin atau board boleh berkarat. Bahan penyahlembapan (thirsty hippo) ni cepat serap kelembapan. Kalau ada silica gel pun boleh guna. Tapi kena ada banyak ler.
5- Gunakan bahan penyahlembapan untuk keringkan handphone. Letak handphone & bahan penyahlembapan dalam bekas kecil supaya ia dapat mengeringkan kelembapan dari dalam handphone sahaja.
Simpan dalam bekas bertutup supaya kalsium klorida serap lembapan dalam phone je.
6- Biarkan 24 jam-48 jam bergantung pada berapa lama handphone terendam dalam air. Jika selepas 48 jam, handphone masih tak boleh on, sila lah hantar servis. Jika bahagian dalaman phone anda kering, kerosakan xlah banyak sangat. Tapi kalau ic phone terbakar & dalaman berkarat pulak, bertambah²lah cas servis nya ?
Selepas 24jam.. Alhamdulillah.. Boleh on balik walaupun amik masa 2-3minit gak.
Lain² tip sumber google
* Boleh juga gunakan beberapa pek silica gel, tapi kuantitinya perlu berpadanan. Lebih lama terendam, lebih banyak silica gel diperlukan.
* Jangan gunakan hair dryer sebab suhu yang tinggi sebenarnya boleh menambah burukkan kerosakkan.
* Kalau jatuh dalam air laut, lepas handphone off, basuh handphone dengan lalukan bawah air paip. Air laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan ia akan crystalize di bahagian dalam & board cepat berkarat. Selepas tu barulah ikut langkah² di atas.
Selain Boleh Tahan Perangai Student, Ini 9 Sebab Kenapa Student Pun Sayang Cikgu

16 Mei cukup terkenal sebagai hari guru dan ramai guru termasuk di Malaysia menerima pelbagai hadiah daripada para pelajar.
Jadi guru ini banyak pahalanya dan apa yang lagi menarik, kerjaya sebagai seorang guru ini memanglah sesuatu yang mencabar tetapi best!
Selain itu, seseorang guru juga akan sentiasa disayangi para pelajar kerana 9 sebab berikut yang sering diucapkan sesama pelajar seperti :
1. Punyai banyak masa bersama pelajar
Tidak dinafikan gurulah antara individu yang sentiasa bersama anak-anak dari pukul 8 pagi hinggalah ke pukul 2 petang. Jika ada kelas tambahan atau program sekolah, membawalah ke pukul 5 atau 6 petang.
2. Sering menjadi teman kepada pelajar di sekolah
Guru ini ibarat seperti pengasuh. Bukan kepada anak-anak kecil tetapi mereka yang sedang meningkat dewasa. Dari darjah 1 sehinggalah tingkatan 6, kadang-kala cikgu lebih kenal perangai pelajar itu sendiri.
3. Pelajar sentiasa rasa disayangi
Cikgu adalah insan yang sangat baik hati. Ada yang berkata, sesetengah cikgu amat garang. Tetapi hakikatnya, cikgu sengaja bersikap tegas demi masa depan anak-anak. Menyedari hal itu, pelajar sentiasa rasa menyayangi cikgunya kerana nilai nasihat itu lebih daripada segala-galanya.
>>BACA : Jangan Anggap Semua Indah, Ini Realiti Guru Mengajar Di Sekolah Swasta
4. Cikgu antara manusia yang kuat hadapi tekanan
Datang ke sekolah untuk mengajar tetapi pada hakikatnya tetap akan ada macam-macam perkara yang perlu dibuat. Selain kena tanda kerja rumah yang diberikan, cikgu juga kena hadap macam-macam ragam pelajar di bawah jagaannya!
5. Cikgu adalah insan yang sentiasa dihormati
Percayalah, tidak ada sesiapa yang tidak akan hormat pada gurunya kecuali mereka adalah golongan yang hatinya telah mati. Guru sentiasa dihormati kerana ilmu yang dimiliki memberikan banyak manfaat kepada orang ramai.
6. Cikgu sering dipandang mulia
Sudahlah memiliki ilmu, malah berkongsikan pula segala ilmu itu tanpa lokek. Ada kalanya, soalan yang tidak berkait dengan mata pelajaran pun dikongsikan bersama demi memastikan setiap soalan daripada anak muridnya dapat dijawab dengan penuh hemah.
7. Cikgu merupakan role model bagi setiap pelajar
Apa yang cikgu lakukan, itulah yang akan diingati oleh para pelajar. Jadi suka atau tidak, para cikgu harus terima bahawa diri anda adalah role model kepada mereka semua.
8. Pelajar akan berpegang kepada setiap kata-kata cikgu
Dalam banyak-banyak nasihat, mesti akan ada satu kata-kata yang akan diingati oleh para pelajar. Tidak kisahlah ia berbentuk nasihat, jenaka atau amaran, selagi ia berfungsi memperbetulkan jalan hidup pelajar terbabit untuk jadi lebih berjaya, anda telah melakukan tugas dengan baik.
9. Cikgu akan dikenang sampai bila-bila meskipun sudah bersara
Pernah tak kita jumpa dengan cikgu yang sudah bersara? Mesti kita masih panggil mereka dengan panggilan cikgu, bukan? Itu tandanya gelaran guru tidak semua orang dimiliki.
Jadi kepada yang bergelar cikgu, sesungguhnya besar jasa anda kepada generasi muda hari ini demi masa hadapan mereka.
Daripada Maskulin, kami mengucapkan selamat hari guru!