Ubat-ubatan ini telah dirampas oleh Unit Farmasi, Kementerian Kesihatan Negeri Johor dan telah dipamirkan untuk rujukan Doktor dan orang ramai.
Dari ubat perangsang seks hingga ubat untuk menguruskan badan. Mungkin ada di antara anda yang sudah menggunakan ubat-ubatan ini.
Beberapa ubat-ubat tiruan seperti ‘Panadol tiruan, Vicks tiruan dan Eye Mo tiruan’ juga dirampas. Ubat-ubat ini TIDAK mempunyai sticker hologram dan nombor siri KKM.
Jadi berhati-hati dalam memilih ubat dan jamu untuk kegunaan harian anda. Ini senarai produk yang telah dirampas.
Bayangkan bila anda bangun sahaja tidur, sakit leher menyerang bagai nak gila. Mahu toleh ke kiri atau kanan pun sukar dilakukan kerana rasa sakit yang amat.
Situasi di atas pasti pernah berlaku kepada anda, bukan? Namun sebenarnya bukan itu sahaja punca mengapa anda boleh sakit leher. Kondisi sakit leher boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan disebabkan oleh pelbagai punca.
Ia satu kondisi sakit yang cukup menjengkelkan kerana secara tidak langsung membataskan pergerakan untuk kita melakukan aktiviti seharian. Sebelum merawatnya anda harus tahu bagaimana sakit leher boleh berlaku dan cara untuk mengatasinya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa punca utama menyebabkan sakit leher berlaku.
Ini salah satu punca yang biasa kita hadapi. Kedudukan postur badan ketika melakukan kerja seperti mendongak terlalu lama boleh menyebabkan ia berlaku. Begitu juga kedudukan badan dan leher yang tidak baik semasa anda tidur. Jika ia bertersuan cari bantal yang sesuai boleh menyokong postur leher dengan baik.
Kondisi yang bukan sahaja menyebabkan kepala rasa sakit tetapi juga leher. Apabila anda stres otot-otot badan terutamanya di bahagian leher akan menjadi tegang. Dan ketegangan otot inilah yang boleh menyebabkan lama-kelamaan menjadi sakit. Jika rasa stres duduk atau baring dahulu. Pastikan badan anda mengambil posisi rehat sebaiknya.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan ia boleh menyebabkan tekanan di bahagian tulang belakang yang terus bersambung ke bahagian leher. Jadi kawallan pemakanan anda sebaik mungkin agar berat badan boleh menjadi lebih sihat dengan BMI yang baik.
Kondisi ini boleh berlaku apabila badan anda berdepan dengan gerakan yang terlalu pantas. Sedangkan badan anda tidak bersedia untuk berdepan dengan seretan begitu. Mereka yang berdepan ‘whiplash’ boleh menderita sakit kepala, bawah belakang, pening, mual dan juga beberapa simptom yang lain.
Kecederaan yang cukup ditakuti oleh sesiapa sahaja. Kondisi ini berlaku apabila salah disc di antara tulang belakang menjadi lemah dan terhakis. Ini menyebabkan tulang belakang tidak dilindungi sebainya. Bila ini berlaku ia boleh menyebabkan kesakitan di bahagian belakang dan jug a leher.
Terdapat beberapa jenis sakit kepala yang boleh merebak hingga anda sakit leher. Sakit kepala seperti migrain boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat tahan sakit. Jika sakit migrain berpanjangan anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan terapi.
Meningkatnya usia bermakna badan anda juga menjadi semakin lemah. Bila meningkat usia badan kita akan mudah mendapat pelbagai jenis keakitan otot terutamanya di bahagian leher. Salah satu kondisi yang biasa ialah arthritis.
Sakit leher boleh dilegakan dengan menggunakan mesin urut yang baik. Anda boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi ramai pelari, rutin larian harian ibarat ritual yang tidak boleh diganggu. Namun, jika anda mahu prestasi yang konsisten dan badan yang bebas kecederaan, berlari sahaja tidak cukup.
Pelari yang benar-benar berdaya saing memahami bahawa kekuatan, mobiliti dan kepelbagaian latihan adalah kunci untuk mengekalkan prestasi dan juga tahap kecergasan.
Selain pemakanan aspek beberapa jenis senaman yang baik juga boleh diamalkan untuk memastikan kondisi fizikal sentiasa dalam keadaan terbaik.
Kajian daripada Journal of Strength and Conditioning Research mendapati pelari yang menggabungkan latihan kekuatan dan fleksibiliti dalam rutin mereka bukan sahaja meningkatkan kelajuan, malah mengurangkan risiko kecederaan sehingga 50 peratus.
Otot kaki dan teras yang kuat memberi sokongan kepada sendi lutut dan pinggul, sambil menambah kuasa pada setiap langkah.
Contoh: Squat, lunges, deadlift, step-up.
Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kesan maksimum. Seperti yang dinyatakan oleh jurulatih kecergasan ASICS Performance Lab, kekuatan adalah “senjata rahsia” pelari jarak jauh.
Core yang mantap memastikan pelari mengekalkan postur tegak walaupun di kilometer terakhir.
Contoh: Plank, side plank, Russian twist.
Menurut Sports Health Journal, core yang stabil mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan meminimumkan pergerakan berlebihan di bahagian pinggul.
Mobiliti yang baik bukan sekadar membantu langkah lebih panjang, tetapi juga mengelakkan otot terasa ‘ketat’ selepas larian.
Contoh: Dynamic stretches sebelum larian (leg swings, hip circles), static stretches selepas larian (hamstring stretch, calf stretch).
Regangan dinamik membantu memanaskan otot, manakala regangan statik menyokong pemulihan.
Berbasikal, berenang atau mendayung memberi rehat kepada sendi tanpa mengorbankan stamina.
Kajian oleh ASICS menunjukkan bahawa cross-training mengekalkan VO₂ max dan membantu pelari mengelakkan burnout.
Jika mahu menjadi lebih pantas, tubuh perlu dilatih untuk mengurus kelajuan tinggi.
Contoh: 6 set 400m sprint, rehat 90 saat setiap set.
European Journal of Applied Physiology melaporkan latihan interval meningkatkan kapasiti paru-paru dan daya tahan.
Yoga memberi fokus kepada fleksibiliti dan kawalan pernafasan, manakala Pilates membina kekuatan teras secara menyeluruh. Dua elemen ini membantu pelari mengawal pergerakan dengan lebih efisien.
Kesimpulannya, pelari aktif perlu melihat rutin latihan mereka dari perspektif yang lebih luas.
Gabungan kekuatan, teras, mobiliti, cross-training dan interval bukan sahaja memacu prestasi, tetapi juga memastikan perjalanan larian itu lebih lama, bebas kecederaan dan lebih menyeronokkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita. Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka.
Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.
Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Lupeol juga bertindak sebagai antiseptik dan analgesik. Auxins dan gibberellins yang ada dalam lidah buaya dapat membantu untuk menyembuhkan luka.
Apa yang perlu dilakukan:
Apa yang perlu dilakukan:
Sumber: Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.