Nampaknya bukan di kalangan frontliner sahaja yang berdepan dengan situasi terpaksa mengasingkan diri daripada anak kecil mereka, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga tiada kurangnya.
Terbaru di Instagram Khairy Jamaluddin ada berkongsi ucapannya terhadap anak kesayangannya. Oleh kerana kerjayanya yang memerlukan berjumpa dengan orang ramai, jadi dia mengasingkan diri terutamanya di sebalik tingkap.
“Happy 5th birthday, my little lion man. Because Papa has to go out for work, Papa has decided to self-isolate when coming home. That’s to keep you and everyone else safe (especially grandma!).
IKLAN
“It makes Papa sad that I can’t hug you and kiss you today, and that we can only see each other through the window. When you grow up, I’ll tell you all about how everyone in the world had to play their part to help each other. Love you, my Raif.” Tulisnya di ruangan caption miliknya.
Dirinya juga menyatakan walaupun dia gembira, namun dia tetap bersedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya itu.
Bagaimanapun tindakan KJ mendapat pujian ramai, rata-rata berkata KJ memberi contoh yang baik buat orang ramai demi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.
IKLAN
Postingnya itu mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris dan beliau juga mengucapkan Selamat Hari Jadi dan mengucapkan semoga tuhan merahmati keluarga KJ.
Bersempena dengan sambutan Hari Bumi, Starbucks telah bekerjasama dengan jenama fesyen yang cukup terkenal dengan jenama aksesori rekaan trendy semasa, Herschel Supply Co. dengan memperkenalkan koleksi edisi terhad istimewa.
Lebih menarik koleksi edisi terhad ini dilaporkan hanya terhad untuk pasaran di Starbucks untuk benua Asia sahaja. Menggabungkan rekaan timeless dengan kualiti premium, koleksi Starbucks x Herschel Supply menampilkan seleksi item yang unik.
Ia tampil dengan rekaan penuh ekspresi denghan menggabungkan elemen gaya dan keaslian daripada kedua-dua jenama.
Setiap rekaan yang ditawarkan turut dihiasi dengan cetakan monogram yang memaparkan mesej berbunyi ‘Reuse, Recycle’. Monogram ini merupakan salah satu kempen menyampaikan mesej tentang kepentingan melakukan kitar semula demi menjaga kebersihan alam sekitar.
Terdapat 6 item edisi terhad yang ditawarkan menerusi koleksi Starbucks x Herschel Supply kali ini iaitu:
Classic Bag Pack
Long Tote Bag
Carry Bag
Fifteen Hip Pack
16oz Stainless Steel Tumbler
12oz Mug
Koleksi edisi terhad ini hanya ditawarkan di Starbucks Merchandise terpilih sahaja seperti Starbucks Designer Series di Jaya Shopping Centre, Johor Bahru City Square, Mid Valley, 1Utama Bandar Utama, KLCC , Berjaya Times Square, Juru Auto City dan Bangsar Village 2.
MASKULIN difahamkan koleksi ini juga telah sold out di Singapura. Buat penggemar item Starbucks inilah koleksi yang harus ada dalam simpanan anda!
Tentu sakit hati kalau kita ditipu sehingga terbeli barangan tiruan. Tak dinafikan, produk ori memang mudah untuk dicetak rompak dan direka seakan-akan sama sampaikan pengguna keliru yang mana ori dan tiruan.
Jadi sebelum anda membeli barangan berjenama terutamanya barangan gajet pastikan anda semak enam tip ini agar anda tak mudah untuk ditipu.
1. Semak pada pembungkusannya
Pengilang tiruan tidak begitu kisah tentang rekaan pada pembungkusan produk berbanding pengilang rasmi yang sangat menitikberatkan kualiti dan kesempurnaan rekaan produk mereka. Perkara penting yang anda perlu semak ialah kualiti cetakannya sama ada font dan tulisannya jelas, kedudukannya konsisten serta tiada bahagian di dalam yang longgar. Semakan ini penting kerana pengilang rasmi akan sentiasa memastikan barangan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak semasa penghantaran.
2. Perhatikan manual pengguna
Manual pengguna boleh diibaratkan pasport untuk setiap barangan gajet. Semua maklumat penting tentang peranti haruslah menggunakan bahasa asal negara penjual. Jika terdapat bahasa lain yang anda tidak faham dan sukar untuk membacanya, berkemungkinan ia adalah peranti yang diseludup ataupun tiruan.
3. Tengok jenis material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah, ataupun aluminium boleh dilihat sama ada ia daripada jenis yang berkualiti tinggi atau tidak. Pengeluar barangan berjenama tidak akan sesekali menggunakan bahan yang tidak berkualiti. Plastik pembungkusan barangan ori mestilah kemas dan tiada kerosakan atau ketidaksempurnaan. Barangan tiruan mudah dikenalpasti kerana ia menggunakan plastik murah dengan warna matte dan permukaannya tidak teratur.
4. Lihat jenis font yang digunakan
Sebelum membeli barangan ori, pastikan anda teliti logo dahulu kerana logo adalah perkara utama bagi barangan berjenama. Logo barangan jenama tidak akan nampak kusam walaupun selepas bertahun-tahun digunakan kerana logo tersebut mudah dikenali. Semua jenis font dan simbol pada peranti mestilah jelas, boleh dibaca dan tahan lama. Jika barangan tiruan, ia tidak mempunyai nama pengilang dan mempunyai perbezaan dari segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Pengecas original perlu disesuaikan mengikut negara pembeli. Jika di Malaysia, pengecasnya perlulah mempunyai soket yang sesuai untuk pengguna Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain. Sekiranya anda membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini petanda barangan tersebut tiruan. Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna apabila menggunakan produk mereka. Disebabkan itulah barangan ori menggunakan penebat berkualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Perhatikan wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas untuk memastikan ia barangan tiruan. Jika produk ori, kabel wayarnya kelihatan kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian longgar. Perhatikan kepanjangan plug, ia tidak bertepatan dengan kedalaman soket, selain memerhatikan juga kualiti penebat dan simbol di atasnya.
Perkara ini sering dilakukan oleh lelaki terutamanya bila memandu pada jarak jauh atau melakukan kerja pada waktu pejabat. Usah amalkan begitu kerana kotoran air kencing yang ditahan itu perlu dikeluarkan dengan seberapa segera daripada badan.
Tabiat menahan diri daripada membuang air kecil jika diamalkan berlarutan boleh memberikan kesan sangat negatif terhadap kesihatan. Akan tetapi ia mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan umur.
KOMPLIKASI
Sebagai contoh kanak-kanak yang menahan kencing akan berdepan dengan komplikasi lain di masa akan datang. Bagi orang dewasa pula ia boleh menyebabkan jagkitan pada saluran kencing. Malahan dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah inkontinens iaitu masalah hilang kemampuan untuk menahan kencing.
Sedar tak sedar seluar sudah basah dek kerana badan sudah tak mampu menahan kencing secara semulajadi.
HILANG KAWALAN
Dalam kes lebih teruk seseorang berdepan masalah ini boleh terkencing di mana-mana dan bila-bila sahaja. Apabila batruk atau bersin, air kencing boleh keluar tanpa disedari. Bagi mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang, uretra yang tersumbat atau pun kerosakan saraf turut berlaku.
Tahukah anda bahawa jika kencing melebihi lapan kali dalam sehari ia merupakan indikasi sesuatu yang tidak normal berlaku. Jangan pula anda mengurangkan jumlah pengambuilan air kerana ingin elak tahan kencing kerana itu adalah tindakan salah.
Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
RAWATAN LANJUTAN
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...