Musim UEFA Champions League 2024/25 ditutup dengan gemilang di Munich menyaksikan Paris Saint Germain (PSG) muncuk juara. OPPO tampil bukan hanya sebagai penaja, tetapi pemain penting dalam mendekatkan peminat dengan detik-detik ikonik perlawanan.
Tiga tahun berturut-turut sebagai Rakan Rasmi Telefon Pintar bukan satu kebetulan, ia merpuakan bukti komitmen OPPO terhadap sukan paling popular di dunia ini.
Di sekitar Munich Football Arena, Champions Village menjadi medan OPPO mempamerkan teknologi terbarunya. Peminat dari serata dunia bukan sahaja dapat menyaksikan sejarah dan budaya bola sepak Eropah, tetapi turut terlibat secara interaktif dengan teknologi AI OPPO.
Swafoto bersama avatar maya Lamine Yamal bukan sekadar gimik, malah satu manifestasi bagaimana teknologi boleh mencipta pengalaman peribadi yang bermakna dalam suasana global.
Malah, teknologi kamera OPPO menunjukkan keunggulannya menerusi kebolehan zoom baharu yang membolehkan peminat menangkap aksi dari tempat duduk paling tinggi seolah-olah berada di tepi padang.
Ads
Gabungan fungsi AI Unblur dan AI Eraser pula menjadikan setiap gambar lebih daripada sekadar rakaman visual, sebaliknya satu memori yang hidup.
Kehadiran legenda Inter Milan, Marco Materazzi, di Lounge OPPO menjadi pelengkap kepada pengalaman eksklusif yang ditawarkan. Ia memperlihatkan bagaimana jenama teknologi boleh menjadi jambatan antara ikon sukan dan peminat.
Bola Sepak, Komuniti dan Inspirasi
Namun, apa yang benar-benar membezakan OPPO bukanlah hanya teknologi, tetapi bagaimana teknologi itu digunakan untuk memberi impak sosial.
Malam sebelum perlawanan akhir, OPPO anjurkan klinik latihan bola sepak yang dikendalikan oleh Kaka dan Cafu, dua nama besar dari Brazil.
Ads
Latihan ini bukan setakat pendedahan teknikal, tetapi pengalaman emosi buat remaja yang menyertai, terutama apabila Micah Richards turut turun padang dalam perlawanan 5 lawan 5 bersama mereka.
Pada hari final pula, OPPO membawa satu sentuhan budaya unik menerusi perlawanan Cuju bersama Esteban Cambiasso dan pemain wanita muda dari China. Ia bukan sekadar persembahan budaya, tetapi peringatan bahawa bola sepak, pada asasnya, adalah bahasa universal.
Di sebalik semua sorotan, OPPO terus melabur dalam pembangunan akar umbi. Di Brazil, mereka membaik pulih padang komuniti dan menyediakan latihan profesional. Di Mesir, mereka anjurkan liga remaja peringkat kebangsaan, Dream League, bersama The Maker Football School. Manakala di Mexico pula kerjasama dengan UNESCO menyalurkan latihan dan teknologi kepada belia yang bercita-cita tinggi.
Melalui semua ini, OPPO menunjukkan bahawa mereka tidak sekadar menjual produk, tetapi menawarkan masa depan.
Dengan slogan “Make Your Moment”, mereka mengajak setiap individu, sama ada pemain atau penyokong, untuk mencipta detik yang bermakna, bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk mengubah hidup.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia moden yang serba pantas ini, keindahan alam sering terlepas pandang dan terpinggir di celah bangunan tinggi serta gaya hidup serba digital. Namun, melalui lensa kamera, keajaiban alam kembali disorot dengan penuh emosi. Itulah semangat di sebalik pertandingan fotografi Eyes on the Wild anjuran WWF-Malaysia, dengan kerjasama Astro dan Love Nature, yang berlangsung dari Julai hingga September 2025.
Bertujuan meraikan keindahan biodiversiti negara serta meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam semula jadi, pertandingan ini mengajak rakyat Malaysia melihat alam bukan sekadar pemandangan tetapi sebagai sesuatu yang bernyawa dan perlu dilindungi.
Ia menjadi wadah bagi jurugambar amatur dan profesional menceritakan kisah alam melalui tangkapan yang penuh jiwa dan makna.
Kempen ini mencapai kemuncaknya dengan pameran umum di The LINC KL dari 29 Oktober hingga 4 November 2025. Sebanyak 20 karya terbaik hasil jurugambar berbakat dari seluruh negara dipamerkan, setiap satu membawa kisah unik tentang perjuangan, keindahan dan keseimbangan ekosistem Malaysia.
“Di WWF-Malaysia, kami percaya bahawa pemuliharaan bermula dengan kesedaran,” ujar Puan Rozzana Basri, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi WWF-Malaysia.
“Harapan saya agar pertandingan Eyes on the Wild ini membolehkan kita melihat alam melalui lensa empati dan kreativiti. Ia bukan sekadar mengagumi keindahan alam, tetapi juga menanam rasa tanggungjawab untuk memeliharanya — sesuatu yang amat diperlukan dunia pada masa kini.”
Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori iaitu Belia (18–24 tahun) dan Dewasa (25 tahun ke atas) dengan penilaian berdasarkan kreativiti, komposisi dan kekuatan penceritaan visual yang menyentuh perasaan.
Sambutan amat menggalakkan, membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih memiliki semangat mendalam terhadap usaha melindungi alam sekitar.
Inisiatif ini dijayakan hasil kolaborasi erat antara WWF-Malaysia, Astro, Love Nature serta The LINC KL sebagai penaja lokasi. Kempen ini turut sejajar dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara WWF-Malaysia dan Astro bagi memperkukuh mesej pemuliharaan hidupan liar melalui platform penyiaran dan digital.
Kerjasama strategik ini membuktikan bahawa pemuliharaan alam bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata.
Astro dan Love Nature memainkan peranan penting dalam memperluas capaian kempen melalui kandungan media, sementara The LINC KL menjadi ruang inspirasi yang menghubungkan masyarakat dengan dunia semula jadi.
Pertandingan ini bukan hanya meraikan fotografi, tetapi menyemai kesedaran mendalam tentang hubungan manusia dan alam. Setiap foto yang dipamerkan bukan sekadar hasil seni, tetapi cerminan realiti tentang keindahan yang wajar dijaga dan ancaman yang perlu dihentikan.
WWF-Malaysia menyeru orang ramai mengunjungi pameran Eyes on the Wild di The LINC KL dan menjadi sebahagian daripada gerakan memelihara bumi.
Dalam dunia yang sering sibuk mengejar kemajuan, pertandingan ini mengingatkan kita bahawa keindahan sebenar dunia masih terletak pada alam yang kita lindungi bersama.
Siapa yang boleh meramal waktu sihat dan sakit kan. Akibat masalah kesihatan yang tidak baik menyebabkan lelaki ini, Tan Shafy dimasukkan ke dalam wad. Sepanjang berada di wad 6 kali pembedah telah dilalui oleh lelaki ini. Malahan ditahan selama 35 hari di dalam wad. Namun ada cerita menarik yang ingin dikongsikannya mengenai sekeping buku merah yang lusuh.
Sebelum ini, lelaki ini mempunyai satu habit yang akan dilakukan setiap 3 bulan sekali. Iaitu menderma darah. Tanpa culas, itulah rutinnya. Rupa-rupanya, rutin itulah yang telah menyelamatkan bil keseluruhan rawatan hospitalnya yang berjumlah RM19713. Dan selepas subsidi dapatlah pengecualian sejumlah RM878. Tapi akhirnya, jumlah itu semua tak perlu pun dibayar walau satu sen.
35hari dalam wad.. 6 kali pembedahan..
Bila dibenarkan pulang oleh doctor penyakit dh beransur pulih.. Tapi jantung pulak rasa aktif lebih pada biasa bila ke kaunter HASIL…
Jumlah keseluruhan RM19.713. 00
Jumlah perlu dibayar dan subsidi dari kerajaan RM878. 00
Sy pun hulur buku merah ni pada kaunter.. Puan.. Buku merah sy ni boleh membantu sy ke untuk dapatkan diskaun… Selepas sahaja akaunten tu membelek buku merah sy terus dia print bill yg lain sambil tersenyum dan berkata.. En xperlu bayar apa2 pun…. Waktu tu sy rasa amat terharu dan sujub syukur.. Trima kasih kementerian kesihatan malaysia…..
Harapan sy selepas sahabat2 sy baca kesah sy ni boleh buat ape yg sy lakukan… 3 bulan sekali derma darah.. Lama kelamaan dapat meringankan beban kita bila kita trima rawatan dihospital nanti..
Anda xkan menyesal.. DERMA LAH DARAH..
Harapan saya selepas sahabat-sahabat saya baca kisah saya ini, bolehlah buat apa yang saya lakukan. Tiga bulan sekali menderma darah.
Lama kelamaan dapat meringankan beban kita bila kita terima rawatan di hospital nanti. Anda takkan menyesal. Jom derma darah!
Ini Kriteria Penderma Darah Yang Dicari
Berdasarkan info dari laman web rasmi Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah ini adalah senarai kriteria penderma darah yang layak menderma.
i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
2. Berat badan 45kg ke atas.
Sumber : Tan Shafry
Via : Mingguan Wanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SETIAP KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI MEMPUNYAI FUNGSINYA, BEGITU JUGA DENGAN BUAH BETIK, SELAIN MENJADI HIDANGAN BERKHASIAT, IA TURUT MENDATANGKAN BANYAK KELEBIHAN, INI 20 SEBAB MENGAPA LELAKI PERLU MAKAN BUAH BETIK MULAI SAAT INI.
1. Mengubati sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
2. Mencegah batu karang
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
3. Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
4. Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5. Merawat masalah kulit
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6. Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7. Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.
8. Merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
9. Kaya dengan vitamin C
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
10. Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
11. Melembutkan daging
Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi
Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
13. Kurangkan berat badan
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
14. Merawat denggi
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
15. Menyingkirkan cacing kerawit
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
16. Legakan sakit gigi
Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
17. Menghentikan pendarahan
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
18. Mencegah penyakit kandung hempedu
Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.
19. Mengurangkan keradangan
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
20. Merawat penyakit tekak Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.