Lelaki culas solat Jumaat di Terengganu berdepan hukuman tegas dengan denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Peringatan ini ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang menyatakan bahawa hukuman ini selaras dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016. Pindaan ini mula berkuat kuasa selepas digubal beberapa tahun lalu.
Menurut beliau, sebelum pindaan dilakukan, hanya mereka yang tidak hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa agama. Namun, selepas pindaan baharu ini, sekali ponteng tanpa alasan munasabah pun sudah cukup untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Ads
“Peringatan ini penting kerana solat Jumaat bukan sekadar syiar, tetapi lambang ketaatan umat Islam. Hukuman hanya akan dikenakan sebagai jalan terakhir sekiranya peringatan tidak diendahkan,” katanya, dipetik Berita Harian.
Solat Jumaat Bukan Pilihan, Tetapi Kewajipan Lelaki Muslim
Solat Jumaat adalah simbol tanggungjawab seorang lelaki Muslim. Ia bukan sekadar tuntutan agama, tetapi juga platform mingguan untuk mendengar peringatan, memperbaiki diri, dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat. Khutbah yang disampaikan setiap minggu berfungsi sebagai bekalan ilmu dan motivasi hidup yang tidak boleh dipandang ringan.
Bagi lelaki sejati, hadir ke masjid setiap Jumaat adalah tanda disiplin dan komitmen. Jika kita mampu hadir ke pejabat, gimnasium, atau padang bola mengikut masa, mengapa tidak kita disiplinkan diri untuk hadir ke masjid setiap minggu?
Ads
Lelaki Maskulin & Disiplin Ibadah
Ponteng solat Jumaat tanpa alasan yang sah mencerminkan kelemahan diri. Maskulin sebenar bukan hanya dinilai pada fizikal atau pencapaian duniawi, tetapi juga pada disiplin menjaga hubungannya dengan Allah. Lelaki yang berwibawa adalah mereka yang mampu mengutamakan kewajipan agama walaupun sibuk dengan urusan harian.
Ads
Lebih daripada itu, solat Jumaat juga menjadi contoh kepada anak-anak, adik-adik, dan masyarakat sekeliling. Lelaki yang konsisten hadir ke masjid akan dilihat sebagai teladan dan pemimpin kecil dalam keluarganya.
Tip Praktikal Untuk Konsisten Solat Jumaat
Untuk lelaki yang mahu kekal berdisiplin, berikut beberapa tip praktikal:
Urus masa kerja dengan baik – pastikan jadual diatur supaya tidak bertembung dengan waktu solat Jumaat.
Tanam mindset positif – anggap solat Jumaat sebagai janji mingguan dengan Allah, bukan sekadar rutin.
Pergi awal ke masjid – elak datang lambat, kerana saf hadapan penuh dengan keberkatan.
Jadikan kawan sebagai reminder – saling ingat-mengingati sesama rakan sekerja atau sahabat.
Lelaki culas solat Jumaat di Terengganu berisiko berdepan denda RM3,000 atau penjara dua tahun. Tetapi lebih daripada hukuman dunia, kita harus sedar bahawa ponteng Jumaat juga memberi kesan kepada jiwa dan hubungan kita dengan Allah.
Apa yang membuatkan gaya fesyen kamu serba lengkap? Sudah pastilah pilihan aksesori yang sepadan dengan keseluruhan gaya kamu yang pastinya menjadikan gaya kamu lebih perfect! Ini senarai aksesori terbaik yang wajib kamu miliki sepanjang bulan ini!
BACK TO THE FUTURE!
Rekaan sunglass yang serba edgy ini menjadi trend terbaru dalam gaya lelaki hari ini. Kelihatan sedikit seperti The Matrix, rekaan ini lebih memfokuskan kepada elemen moden dan futuristic. Punya nilai keistimewaan sci-fi tersendiri, ia mampu mengubah stail anda lebih padu!
BUCKET HATS
Kamu tidak bermimpi! Topi jenis bukcet hat ini kembali lagi tetapi dengan sedikit sentuhan moden dalam sentuhan warna dan juga corak. Penambahan aksesori pada the bucket hat ini menjadikannya bukan sekadar topi biasa. Malah, menjadikan gaya kamu lebih hipster.
THE FANNY PACK
Jenama mewah seperti Louis Vuitton, Prada dan Lanvin menjadikan aksesori ini lebih agresif di pentas S/S 18. Walaupun pernah dilupakan seketika saat 90-an dahulu, namun ia menjadi salah satu aksesori utama dalam pentas fesyen kali ini. Lebih menarik, mudah dan moden.
Seorang sainstis dalam bidang pembedahan plastik mendakwa Jin So sebagai lelaki paling kacak di Asia selepas membuat kajian terhadap wajah anggota kumpulan BTS itu.
Jika nama seperti Hritik Roshan dan Tom Cruise sebelum ini telah dipilih sebagai wajah lelaki paling kacak di dunia, bagaimana pula dengan Asia? Adakah Fattah Amin, Jericho Rosales atau mana-mana selebriti tekaan anda?
Jawapannya adalah Jin So dari kumpulan BTS! Pasti anda tertanya apakah faktor yang menobatkan penyanyi itu diiktiraf sebagai lelaki paling kacak di Asia. Terdahulu, Koreaboo telah melaporkan seorang saintis dalam bidang pembedahan plastik telah membuat kajian terhadap wajah anggota kumpulan BTS itu selepas turut menganalisa terhadap 269 wajah lelaki Asia.
Bukanlah sekadar mengambil raut wajah yang kacak, namun doktor itu telah menyifatkan Jin mempunyai struktur wajah paling ideal bagi seorang lelaki selepas membuat pengiraan secara matematik terhadap mukanya. Dalam kajiannya itu, saintis itu memberitahu kedudukan dan simetri wajah Ji So sangat baik dari garisan rambut sehingga ke dagunya.
Malah kedudukan telinganya juga sangat tepat dan saiznya juga sama selain jarak di antara dagu dan bibirnya juga membuatkan wajah Jin antara terbaik dalam kalangan lelaki di Asia. Kami juga kagum dengan cara penilaian doktor ini! Agaknya siapakah lelaki paling kacak di Malaysia?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak ada istilah tangan sejuk, panas dalam bercucuk tanam. Semuanya tertumpu pada cara,tip dan kaedah yang betul dalam menanam sesuatu pokok.
Seperti perkongsian lelaki ini, Hafiz Husin antara yang berjaya menanam pokok anggur di kawasan rumahnya . Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di kediamannya. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja. Di rumah kita pun boleh dengan tip yang betul.
Bagi yang berminat dan nak cuba tanam, beliau yang juga menjual anak pokok anggur tak lokek berkongsi cara penanamannya.
Ujar walau pun tiada pengetahuan luas tentang teknik penanaman anggur tapi ini adalah kaedah yang dilakukan setiap kali tanam pokok anggur di kediamannya. Alhamdulillah subur dan berhasil semuanya.
1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam satu bekas emudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.
4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.
7. Masukkan anak pokok sekali dgn polibeg ke dalam lubang.
8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat pada musim hujan. Jika nampak tanah agak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.