
Siapa sahaja yang membesar pada tahun 80-an atau 90-an malah sehingga kini, rata-rata mengenali siapa makhluk cahaya bernama Ultraman.
Melihat drama bersiri Ultraman di kaca TV sebelum ini adalah satu perkara biasa namun apabila mereka muncul dalam versi anime, ia menimbulkan rasa yang sangat mengujakan!
Apa? Dah besar-besar pun masih tengok kartun? Ini hobi dan minat kebanyakan ‘kanak-kanak lelaki dewasa’, tak semua orang memahaminya.
Pertama kali Utraman muncul dalam versi anime adalah pada tahun 1979 menerusi judul The Ultraman.
Dalam siri anime tersebut, watak yang diperkenalkan adalah Ultraman Jonias yang berasal dari Planet U40 (bertentangan dengan Tanah Cahaya di Nebula M78).
Siri tersebut diterbitkan oleh Tsuburaya Productions serta Sunrise dan pada tahun 1987, filem kartun Ultraman : The Adventure Begins pula dihasilkan.
Filem kartun terbitan Jepun – Amerika Syarikat (USA) dengan tajuk Ultraman : The Adventure Begins itu menampilkan watak Ultraman seperti Scott, Chuck dan Beth.
Menjengah tahun 2019 pula, Ultraman ditampilkan dengan versi yang terevolusi selepas melawan pelbagai raksasa dan ia dikenali sebagai Ultraman baharu.
Peminat mungkin tidak akan melihat sut klasik yang dipaparkan dalam siri Ultraman sebelum ini.
Hal ini kerana dalam siri anime yang akan ditayangkan tidak lama lagi, sut yang digambarkan sejenis automatik yang memiliki pelbagai senjata.
Ada iras-iras seperti rekaan sut Iron Man tetapi mungkin ini kebetulan sahaja tetapi raksasanya pula kelihatan sangat comel?
Apa-apa pun sebagai peminat Ultraman, memang ada sedikit rasa teruja walaupun mungkin tiada masa untuk melayan siri animasi ini atas ‘urusan orang dewasa’.
Namun kepada yang ada masa, siri animasi Ultraman ini akan mula disiarkan secara rasmi di seluruh dunia bermula 1 April 2019 ekslusif di saluran Netflix.
Siapa yang ada akaun Netlix, untunglah..!!
17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tanpa Perlu Tunggu Pencen!

“DUIT dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?”
“Boleh bro….”
Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.
1. Pengeluaran umur 50 tahun
Ada 2 jenis pengeluaran:
- Pengeluaran Penuh Akaun 2
- Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia atau isi borang permohonan KWSP 9B (AHL).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
2. Pengeluaran umur 55 tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
- Kesemua simpanan
- Sebahagian simpanan (amaun minimum RM2,000.00 dan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
- Bayaran bulanan (pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
- Kombinasi sebahagian simpanan + bayaran bulanan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia atau isi borang permohonan KWSP 9B (AHL).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
3. Pengeluaran umur 60 tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
- Kesemua simpanan.
- Sebahagian simpanan (amaun minimum RM2,000.00 dan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu).
- Bayaran bulanan (pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan).
- Kombinasi sebahagian simpanan + bayaran bulanan.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia atau isi borang permohonan KWSP 9B (AHL).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Mudah miliki hartanah
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia atau isi borang permohonan KWSP 9C (AHL).
- Bawa penyata baki pinjaman perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU penyata baki pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima).
- Surat nikah ATAU sijil perkahwinan ATAU sijil kelahiran anak untuk permohonan membantu pasangan.
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran KWSP untuk hilang keupayaan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia dan isi borang permohonan KWSP 9L (AHL).
- Bawa laporan perubatan asal dari institusi perubatan pakar / bukan pakar (hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik swasta).
- Surat berhenti kerja daripada majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan.
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia
Cara-caranya:
- Bawa passport, permit kerja, bukti penamatan kerja.
- Isi borang permohonan KWSP 9K (AHL).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli)
7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia dan isi borang permohonan KWSP 9H (AHL).
- Bawa laporan perubatan asal dari institusi perubatan pakar / bukan pakar (hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik swasta).
- Bawa surat tawaran belajar.
- Bawa surat pengesahan pendaftaran pelajar yang asal.
- Bawa surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian.
- Bawa salinan keputusan peperiksaan terkini (pelajar IPTA dikecualikan).
- Bawa borang temuduga.
- Bawa bukti kelayakan mengikuti pengajian.
- Bagi pengeluaran pendidikan anak ahli – bawa kad pengenalan anak ahli & dokumen bukti pertalian.
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli)
8. Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia dan isi borang permohonan KWSP 9N (AHL).
- Bawa lampiran A – notis akuan pelepasan caruman kerajaan berhubung dengan pengeluaran pekerja berpencen.
- Bawa bukti pengesahan taraf pesara.
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL).
10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia dan isi borang permohonan KWSP 9C (AHL).
- Bawa surat perjanjian jual beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan).
- Bawa surat kelulusan pinjaman perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun).
- Bawa surat perjanjian bina rumah (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan).
- Bawa suratan hakmilik tanah atas nama penjual / pemilik tanah.
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
Kalau sayang nak keluarkan simpanan KWSP, dan sedang mencari pinjaman peribadi yang terbaik, iMoney.my menawarkan perbandingan pinjaman kewangan yang terbaik. Bolehlah buat perbandingan dengan cepat dan mudah!
11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL).
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia dan isi borang permohonan KWSP 9P (AHL).
- Bawa penyata baki pinjaman perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU penyata baki pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli)
Boleh juga baca perkongsian cara pengeluaran berdasarkan pengalaman blogger Hafiz Rahim di sini.
Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.
13. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Cara-caranya:
- Bawa sijil kematian ahli.
- Bawa kad pengenalan diri pemohon dan isi borang permohonan KWSP 9KM (AHL).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).
15. Pengeluaran Kesihatan
KWSP pengeluaran kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi warganegara Malaysia dan isi borang permohonan KWSP 9D (AHL).
- Bawa laporan perubatan asal dari institusi perubatan.
- Bawa surat pengesahan majikan mengenai tanggungan kos rawatan.
- Bawa kad pengenalan diri pesakit.
- Bawa bukti pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit).
- Bawa bil rawatan pesakit luar / discaj wad (final bill) DAN resit bayaran asal dari pusat perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat).
- Pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli (senarai nama bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan terus ke akaun ahli).
16. Pengeluaran Haji
KWSP Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif pengeluaran haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah haji.
17. Pengeluaran Perumahan Prima
Membantu ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan simpanan KWSP ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.
Syarat Kelayakan
- Ahli merupakan pembeli rumah PR1MA dan mengambil pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) PR1MA.
- Ahli belum pernah membuat pengeluaran perumahan KWSP, atau sekiranya ahli pernah membuat pengeluaran perumahan KWSP, ahli telah melupuskan atau hilang pemilikan harta berkenaan.
- Warganegara Malaysia.
- Belum mencapai umur 55 tahun.
Sumber: KWSP
Jika Idamkan Huawei P30, Inilah Masa Sesuai Membelinya Pada Harga RM1,999

Tahun ini nama Huawei sangat menjadi sebutan ramai perikutan kontroversi melibatkan telefon pintar dan larangan atau banned yang dikenakan oleh beberapa buah negara yang dipelopori oleh Amerika Syarikat.
Perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada jenama pengeluar peranti terbesar berasal dari China.
Namun baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat telah mengumumkan penarikan semula sekatan terhadap jenama gergasi ini.
Antara peranti Huawei yang paling mendapat sambutan sepanjang tahun ini ialah telefon pintar Huawei P30. Selepas diperkenalkan pada Mac yang lalu, Huawei P30 yang dijual di pasaran tempatan dengan harga RM2,699 menjadi antara telefon pintar paling popular.
BACA: 10 Telefon Pintar Terbaik Berharga Bawah RM1,000
Dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi pada kelas pertama dan kehebatan kameranya, Huawei P30 dijadikan sebagai penanda aras bagi kehebatan fungsi tersebut. Kemampuan kameranya yang luar biasa juga telah dijadikan sebagai ‘meme’ di laman media sosial.
Tiga lensa kamera yang menghiasi ruang belakang Huawei P30 merupakan antara tarikan utama.
Dengan harga tersebut ia ternyata menjadi pilihan ramai pengguna yang inginkan peranti berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
Jika selama ini anda mengimpikan untuk memiliki Huawei P30, sekarang merupakan masa paling sesuai kerana ia boleh didapati pada harga yang hebat iaitu RM1,999.
Anda boleh dapati tawaran menarik ini menerusi laman e-dagang popular, Shopee. Bagi anda yang telah lama ‘mengidam’ boleh dapat secepat mungkin sebelum ia kehabisan stok!
Anda boleh lihat di sini!
Selain Awet Muda, Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan Setiap Malam Akan Lebih Bahagia!

Rugi tak amalkan jika selama ini suami isteri jarang tidur berpelukan atas alasan tidak selesa, panas dan rimas. Sebenarnya banyak manfaat yang tidak diduga suami isteri dapat bila tidur berpelukan dan salah satunya dapat menenangkan saraf tubuh.
Posisi tidur yang dianjurkan bagi suami isteri adalah posisi di mana suami memeluk isteri dari belakang. Dengan posisi ini, suami akan dapat memiliki isteri sepenuhnya, selain suami rasa lebih puas ketika tidur.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Richard Wiseman, Profesor Psikologi dari University of Hertfordshire terhadap lebih daripada 1000 responden mendapati sebanyak 86% pasangan yang tidur kurang satu inci daripada pasangannya akan merasa lebih bahagia dalam hubungan berbanding 66% pasangan yang tidur berjauhan lebih daripada 30 inci.
Kajian dari Medical University of Vienna pula membuktikan bahawa tidur berpelukan dapat meredakan stres, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan memori, namun ia hanya berlaku jika anda memeluk pasangan yang anda sayangi (isteri).
BACA: Amalan Makan Bersama Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Isteri Datang Tanpa Diduga!
1. Tidur menjadi lebih berkualiti dan nyenyak
Jika anda tidur bersendirian, otak anda akan cenderung untuk berfikir lebih banyak sehingga menyebabkan anda sering mengalami kesukaran untuk tidur atau gangguan insomnia. Satu kajian mengatakan tidur berpelukan memungkinkan otak berasa relaks dan tenang.
Sentuhan kulit saat tidur berpelukan dengan pasangan dapat membantu tubuh berasa nyaman kerana aliran hormon oksitosin yang tinggi. Ini akan membantu anda menyingkirkan gejala insomnia sekali gus mempengaruhi kualiti tidur di mana anda cepat lena dan mencapai tidur yang lebih nyenyak sepanjang malam.
2. Meringankan fikiran dan mengurangkan stres
Ketika tidur berpelukan dengan orang yang dicintai, aroma yang anda hidu daripada pasangan akan meringankan fikiran sekali gus membuatkan perasaan semakin tenang, damai serta membantu mengurangkan stres.
3. Bangun dalam keadaan yang segar dan bersemangat
Saat tidur berpelukan, hormon dopamin akan dilepaskan di seluruh tubuh dan menyebarkan adrenalin dalam aliran darah. Perasaan cinta kesan daripada memeluk pasangan ketika tidur akan mencambahkan suasana riang yang akhirnya membuatkan anda bangun lebih segar dan bersemangat untuk memulakan hari dengan penuh tenaga positif.
BACA: Rupanya Suami Yang Pakai Cincin Kahwin Buat Isteri Rasa Bahagia, Pahala Pun Dapat!
4. Baik untuk masalah tulang punggung
Posisi tidur sambil memeluk pasangan dari belakang juga disebut dengan istilah forward bear. Menurut Tod Sinett dalam bukunya “The Truth About Back Pain”, posisi seperti ini jika dilakukan dengan lutut ditekukkan sedikit sangat baik untuk pasangan yang memiliki masalah tulang punggung.
5. Wajah lebih awet muda
Kajian juga menemukan bahawa pasangan suami isteri yang sering berpelukan ketika tidur akan membuatkan wajah mereka lebih awet muda. Saat berpelukan, mereka akan merasa bahagia dan saling mencintai sehingga hormon oksitosin iaitu hormon cinta akan dilepaskan di seluruh tubuh. Hormon ini akan melancarkan metabolisme, pernafasan, percernaan, peredaran darah dan seterusnya membuatkan keseluruhan tubuh sihat.
Saat tidur berpelukan dengan pasangan, pengaliran oksigen yang merata pada seluruh jaringan tubuh dapat memberi kesihatan yang baik buat anda sehingga kulit menjadi semakin halus, rambut berkilauan dan kuku tidak mudah rapuh. Ini disebabkan oleh seluruh jaringan mendapatkan nutrisi yang secukupnya.
6. Sebagai luahan kasih sayang
Sentuhan ketika tidur dengan pasangan akan memercikkan rasa cinta dan menyemarakkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Pelukan ini akan melepaskan segala masalah yang suami isteri hadapi sepanjang hari, membaiki hubungan yang retak dan meningkatkan kepercayaan terhadap pasangan.
BACA: Kata Pakar, Suami Yang Nak Kurangkan Berat Badan Kena Selalu Cium Isteri Setiap Pagi!
7. Hilangkan kesunyian dan kemarahan
Hormon oksitosin yang dikeluarkan ketika berpelukan merupakan hormon cinta yang merangsang perasaan kasih sayang dan menyuburkan keluarga bahagia. Jika hormon ini dirangsang dengan banyak maka semakin bertambahlah kasih sayang. Ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan dalam hubungan suami isteri.
8. Meningkatkan usia
Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang tidur berpelukan dengan orang yang dicintai dapat membuatkan otak, jantung dan organ badan yang lain bekerja secara santai dan akhirnya tanpa disedari dapat membantu meningkatkan usia.
9. Bagus untuk jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung. Hormon oksitosin yang menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stres iaitu hormon kortisol dan hormon norepinephrine secara tidak langsung akan membantu mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
BACA: Kalau Nak Isteri Cantik & Kekal Ramping, Suami Kena Pastikan Isteri Cukup Tidur!