Setiap orang dewasa pasti akan memasuki fasa kehidupan yang menuntut mereka untuk bekerja demi kelangsungan hidup dan masa depan yang lebih terjamin.

Tidak kira jenis pekerjaan, asalkan halal dan mampu menyara diri serta keluarga, ia tetap satu bentuk rezeki yang wajar disyukuri.

Namun, tidak semua orang dapat menikmati usia emas dengan berehat.

Ramai yang terpaksa terus bekerja walaupun sudah berusia demi memastikan insan tersayang hidup selesa dan terjaga.

Pemandu Bas Warga Emas Raih Perhatian Ramai

@mohammadmasfud Pakcik bas ni tetap ceria walaupun bekerja dari pagi hingga malam.. #streetphotography #portrait #photoshoot #photography #photo #happy #moment #ayah #cinta #love #kasihsayang #kenangan #bas #foryou #foryoupage #canon #canonmalaysia ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Baru-baru ini, seorang pakcik pemandu bas yang ditemui di sekitar ibu kota mencuri perhatian ramai di media sosial.

Kisahnya tular selepas seorang jurugambar bernama Mohammad Masfud berkongsi satu video yang memaparkan interaksinya bersama pakcik tersebut.

Dalam video berkenaan, Masfud pada awalnya hanya berniat untuk merakam gambar rawak, lalu menghampiri pakcik itu yang sedang berehat di dalam bas.

Ads

“Saya Kerja Dari 7 Pagi Sampai 10 Malam”

Dengan nada mesra, Masfud memulakan perbualan dengan bertanyakan khabar dan destinasi bas yang dipandu.

Pakcik itu menjawab bahawa dia memandu ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan bekerja dari jam 7 pagi hingga 10 malam satu jadual yang sangat panjang, apatah lagi untuk seseorang seusianya.

Walaupun jadualnya padat, pakcik tersebut tetap melayan Masfud dengan senyuman dan sikap ramah.

Malah, beliau turut berkongsi bahawa dia tinggal di kawasan Datuk Keramat.

Umur Bukan Halangan Pakcik Ini Bekerja Dari 7 Pagi Hingga 10 Malam Tanpa Mengeluh

Gambar Untuk Anak-Anak

Masfud yang tertarik dengan keramahan pakcik itu kemudian meminta izin untuk merakam gambarnya.

Ads

“Gambar senyum, mana tahu anak-anak nampak ke?” ujar Masfud sambil pakcik itu tersenyum manis ke arah kamera.

Apabila ditanya sama ada anak-anak ada di sekitar kawasan itu, beliau menjawab ringkas, “Ada.”

Rakaman itu jelas menunjukkan wajah pakcik yang ikhlas, ceria dan tenang walaupun mungkin penat bergelut dengan tugas seharian.

“Pakcik Tetap Ceria Walaupun Penat”

Masfud turut meninggalkan pesan menyentuh hati sebelum berpisah agar pakcik itu menjaga diri dan diberikan kesihatan yang baik.

Ads

Video itu bukan saja merakam momen mesra dua individu asing, tetapi juga mencerminkan kekuatan semangat warga emas yang masih gigih mencari rezeki.

BACA LAGI : ‘Dia Bukan Syurga’ Ubah Cara Niezam Zaidi Bawa Watak & Mesej Tentang Emosi Lelaki Yang Jarang Diangkat

Umur Bukan Halangan Pakcik Ini Bekerja Dari 7 Pagi Hingga 10 Malam Tanpa Mengeluh

Anak Pakcik Tampil Di Ruangan Komen

Lebih menyentuh perasaan, seorang individu dipercayai anak kepada pakcik tersebut turut meninggalkan komen berterima kasih kepada Masfud kerana berkongsi video ayahnya.

Ramai juga netizen meluahkan rasa sebak melihat situasi pakcik itu, bahkan terkenang ayah masing-masing yang juga pernah bekerja keras demi keluarga.

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads