ua HOVR Phantom 2.

Sebut sahaja tantang kasut larian daripada jenama Under Armour pastinya ramai penggemar aktiviti ini akan terus membayangkan teknologi midsole diperkenalkan mereka pada tahun 2018 iaitu HOVR. Kini mereka menampilkan satu lagi kasut larian premium dikenalj sebagaai Under Armour HOVR Phantom 2.

Ia merupakan iterasi yang dipertingkatkan daripada model Phantom yang cukup terkenal sebagai antara kasut larian terbaik di pasaran. Pada tahun ini, jenama dari Amerika Syarikat ini cuba memberikan saingan kepada jenama pesaing dengan pengenalan Phantom 2.

MASKULIN sendiri sempat mencuba untuk menggunakan kasut larian Phantom 2 ini selama beberapa minggu. Umum mengetahui bahawa acara larian kompetitif melibatkan penyertaan yang ramai tidak dapat dijalankan dek kerana penularan COVID-19.

Namun hikmahnya inilah masa yang terbaik untuk penulis sendiri melakukan larian solo secara rutin dengan menggunakan UA HOVR Phantom 2. Jadi apakah prestasi yang boleh dirumuskan daripada kasut larian terkini daripada Under Armour ini?

REKA BENTUK

Dari segi reka bentuk, UA HOVR Phantom 2 membawa elemen yang cukup popular dalam rekaan kasut larian masa kini. Dengan rekaan nampak lebih neutral, UA HOVR Phantom 2 menggunakan reka bentuk relevan dengan fungsi larian. Dan bukan itu sahaja ia juga mempunyai rekaan yang boleh digayakan dengan penggunaan kasual harian.

Seperti mana yang kita sedia maklum, teknologi HOVR tidak perlu lagi diperkenalkan. UA HOVR Phantom 2 menggunakan midsole yang bukan sahaja lembut malah memberikan lantunan keselesaan kepada pelari.

Under Armour HOVR Phantom 2 Berikan Keselesaan & Pautan Bluetooth

Pada bahagian upper, ia diperkuatkan dengan reka bentuk seperti ‘cage’. Ini bagi mencengkam kaki dengan baik semasa melakukan larian bagi keselesaan maksima. Talinya pula mempunyai kemasan cukup rapi bagi memberikan ikatan yang baik.

IKLAN

Di bukaan kasut ia dilengkapi dengan sockliner yang mampu ‘mencengkam’ bahagian kaki terutama di buku lali. Sensasinya seolah kasut terpaut rapat bersama kaki.

Manakala di bahagian belakangnya pula dilengkapi padding pada bahagian dalam. Di luar pula dilengkapi heel guard untuk perlindungan daripada kecederaan.

Under Armour HOVR Phantom 2 Berikan Keselesaan & Pautan Bluetooth

Upper kasut ini yang bersifat mudah regang atau stretchable diperbuat daripada material knit dari hujung kaki ke hujung buku lali. Bagi penulis, inilah di antara material yang paling selesa untuk digunakan dalam kasut larian.

UA HOVR Phantom 2 tidak mempunyai ‘tongue’ kerana ia direka sebagai kasut bersifat ‘one-piece’. Pesanan penulis buat anda yang ingin menggunakan kasut ini dengan selesa, pakailah sotking yang sedikit tebal untuk keselesaan baik.

IKLAN

KEANJALAN MIDSOLE UNDER ARMOUR

Teknologi HOVR sememangnya tidak perlu MASKULIN perkenalkan lagi. Tahap pulangan tenaga yang ditawarkan oleh midsole menggunakan teknologi ini diiktiraf sebagai antara yang terbaik di pasaran.

HOVR midsole untuk model terbaru ini dalam dalam bentuk cage dengan material foam dari bahagian hadapan hingga ke tengah. Manakala bahagian belakangnya ia terdedah dan terbuka.

Under Armour HOVR Phantom 2 Berikan Keselesaan & Pautan Bluetooth

Melakukan larian di atas jalan raya memberikan cengkaman yang agak baik. Tapaknya yang menggunakan getah one-piece memberikan cengkaman yang baik selain ia tidaklah terlalu keras apabila setiap langkah larian dilakukan.

PAUTAN BLUETOOTH

Menariknya, UA HOVR Phantom 2 menawarkan pautan Bluetooh untuk pelari mendapatkan data larian dengan lebih tepat. Di bawah logo ‘Under Armour’ di bahagian belakang terdapat trasmitter Bluetooth. Apabila ia ditekan, kasut UA HOVR Phantom 2 boleh dipadankan bersama telefon pintar dengan menggunakan aplikasi MapMyRun.

IKLAN

Aplikasi MapMyRun boleh dimuat turun di Apple Store dan juga Google Play. Jadi sama ada anda pengguna iPhone atau Android, kasut ini boleh dipadankan bersama telefon pintar anda.

Under Armour HOVR Phantom 2 Berikan Keselesaan & Pautan Bluetooth

Penulis tertarik dengan aplikasi Bluetooth ini. Berbeza dengan beberapa aplikasi larian lain, MapMyRun turut bertindak sebagai jurulatih peribadi virtual. Seleps berjaya dipadankan bersama telefon pintar, hanya tekan ‘Start Workout’ dan UA HOVR Phantom 2 akan melakukan catatan setiap data larian.

Antara data yang boleh anda akses menggunakan MapMyRun ialah pace larian, kalori yang dibakar, ritma larian dan juga jarak. Bagi sesi post-workout pula beberapa data penting seperti average contact time, average elevation dan foot strike angle dapat kita perolehi.

Lebih menarik lagi ia turut hadir dengan program suara yang memberikan arahan sepanjang melakukan larian.

SECARA KESELURUHAN

Adakah UA HOVR Phantom 2 merupakan kasut larian terbaik di pasaran? Ya, mungkian ia boleh dikategorikan sebagai di antara yang terbaik. Sebagai kasut larian premium yang menyasarkan keselesaan serta prestasi larian, UA HOVR Phantom 2 memberikan kepuasan yang cukup baik. Bonus paling menarik adalah pengenalan pautan Bluetooth menerusi aplikasi MapMyRun.

Rating Keseluruhan MASKULIN: 8.5/10

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI