
Tatkala dunia sedang berdepan dengan krisis wabak terbesar dalam dekad ini nilai-nilai kemanusian teruji dengan begitu hebat sekali.
Di sebalik tragedi muncul nilai-nilai murni ingin membantu satu sama lain tidak kiralah dari peringkat atau golongan mana sekalipun. Selain badan-badan amal turut serta ialah syarikat korporat serta jenama-jenama gergasi dunia dalam pelbagai industri tampil ingin membantu komuniti.
Paling menarik apabila jenama sukan dan fesyen turut serta menggunakan kepakaran mereka menghasilkan topeng muka yang ingin diberikan kepada masyarakat. Terbaru Under Armour mengikuti jejak langkah beberapa jenama gergasi dalam usaha mereka membangunkan serta menghasilkan topeng muka.
GUNAKAN PENGALAMAN
Selama 24 tahun Under Armour menggunakan segala pengalaman dan kepakaran mereka dalam industri teknologi sukan dengan pelbagai inovasi bagi membantu prestasi atlet.
Maka dengan kepakaran itulah Under Armour mengambil keputusan untuk membantu pasukan perubatan dengan membangunkan topeng muka rekaan mereka.
Dengan misi ingin membantu University of Maryland Medical System (UMMS) yang sramai 28,000 orang, Under Armour telah mula memghasilkan topeng muka, pelindung muka dan fanny pack rekaan khas serta gaun hospital.
Mereka turut membekalkan topeng muka kepada LifeBridge, sebuah organisasi penjagaan kesihatan di Baltimore. Selain itu, Under Armour turut membincangkan untuk membekalkan keperluan kepada John Hopkins Medicine, Medstar dan institusi perubatan yang lain.
MENERUSKAN MISI MEMBANTU
Misi Under Armour ialah menghasilkan topeng muka yang mamu memberi perlindungan terbaik dan dihasilkan dengan cepat dalam kuantiti yang banyak. Mereka juga sedang menghasilkan rekaan topeng muka jenis one-piece di mana ia tidak memerlukan jahitan.
FESYE
Dengan lipatan seperti origami ia menggunakan bahan yang berkualiti dan mempunyai ciri-ciri moist-resistant. Penghasilan topeng muka kini dilakukan di Lighthouse, gedung inovasi Under Armour yang terletak di Baltimore.
Under Armour menjangkakan mereka bakal membekalkan sebanyak lebih 500 ribu fabrik topeng muka dan 50 ribu fanny pack pelbagai guna. Selain itu mereka turut menjalankan kajian terperinci untuk menghasilkan topeng muka menggunakan pencetak 3-D untuk topeng muka jenis N95 DAN N80.
Kenali 14 Ciri-ciri Wanita Yang Lelaki Tak Patut Lepaskan, Mereka Ini Sangat Istimewa!

Setiap lelaki mendambakan kebahagiaan daripada seorang wanita. Begitu juga dengan wanita, lelaki adalah pelengkap hidup mereka.
Walaupun berbeza perangai, pemikiran dan tingkah laku, percayalah perbezaan itulah yang akan melengkapkan perjalanan sebuah cinta.
Jika anda mahukan semua benda pada pasangan adalah sama seperti diri anda, baik kahwin dengan pantulan imej anda di cermin sahaja.
Nak mencari yang betul-betul ‘tepat’ dengan idaman hati, sudah tentu sukar namun apabila Allah hadirkan si dia dalam hidup kita, itulah perancangan yang terbaik dari-Nya.
Apa yang perlu kita buat? Hargai mereka dan jangan sakiti hati mereka. Jika tidak suka, berterus terang dari awal. Tak adalah sudah terlajak mencintai, hati mula berubah.
Jadi bagaimana hendak kenal pasangan yang secocok atau si dia yang memang tidak boleh dilepaskan lagi? Ini perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Azizul Azli Ahmad.
Berikut adalah jenis-jenis perangai wanita yang bijak dan hidup dalam keadaan sedar diri. Menjaga mereka dengan baik merupakan tuah buat anda.
JANGAN LEPASKAN GADIS INI
Jangan lepaskan gadis yang gayanya sederhana menawan jiwa ini.
1. Tak kisah kita naik moto atau ada kereta tempatan saja. Dia tak malu dengan apa yang kita ada.
2. Minat menyimpan dan faham apa itu pembaziran. “Ish bukan mahal ker minum kat stakbak tu?” soal dia bila kita cakap nak belanja di situ.
3. Jika dia nak mengelak cara halus, dia akan tanya, “Dah ada sijil halal ker sini?”
4. Impian kawinnya sederhana, kenduri kawin bukan macam dalam rancangan Nona atau Mahligai Impian. “Malulah bang, saya tak pandai bergaya macam Fazura.”
5. Lebih suka cerita nak beli rumah dari beg tangan LV dan gucci yang kawan pejabatnya beli. Baginya, beg tak penting, isi dalam beg lagi penting!
6. Kadang kala belanja kita sebab dia tahu kita tengah perit himpun belanja hantarannya.
7. Makanan yang dia minta semua yang sederhana, bukan yang mahal hipster tetapi cuma rasa macam tayar kereta. Jika makan, pilihan lauknya sederhana bukan tenggiri 16 rasa.
8. Tiap kali hari jadi tak pernah mintak hadiah mahal, “U wish pun i dah bahagia rasanya.” Sambil dia lari sembungi bawah meja, malu katanya.
9. Bila tahu gaji kita kecil dia beri sokongan, sambung belajar, berniaga online dan doa agar kita berjaya.
10. Impian cutinya dalam negeri sahaja, paling jauh nak buat umrah dulu baru nak jalan kemana mana.
11. Mereka tak kisah kita ada rumah kos rendah dulu, baru ada rumah mewah. Dia tahu rumah itu keperluan.
12. Masuk waktu solat dia ingatkan kita, dah sembahyang atau nak masuk neraka cepat!
13. Dia tak kisah nak lahirkan anak di hospital kerajaan, janji anak kita bersama!
14. Bila tanya nak hadiah apa? dia jawab, “Nak u jer dalam hidup I.” Cair beb… ?
Tolong bawak mak abah jumpa mak dia cepat cepat. Gadis begini laris dipasaran sekarang. Lelaki setan jer yang tinggalkan gadis sehebat ini.
Azizul Azli Ahmad
Abah Qilah
Apa cerita anda? Atau sedang mencari? Jika sudah ada target, ayuh mulakan misi tawan hati pasangan!
Trend Padanan Warna Baju Raya Terbaik Lelaki Untuk Tahun 2019

Kita sudah pun hampir masuk separuh bulan berpuasa. Bagi ramai orang inilah masa yang tak perlu dilepaskan untuk membeli baju raya apatah lagi dengan hari cuti yang jatuh pada hari ini dan Rabu nanti.
Pasti gedung membeli belah di seluruh negara mula dibanjiri ramai yang ingin mencari baju raya.
Bagaimana dengan tema warna anda tahun ini? Adakah sedondon mengikut keluarga atau bebas mengikut selera sendiri.
Berbeza dengan wanita, kita sebagai golongan lelaki kadangkala mempunyai seleksi pakaian yang agak terhad dan tak banyak seperti mereka.
Disebabkan itulah padanan warna memainkan peranan sangat penting untuk menonjolkan personaliti dan gaya elegan seorang lelaki.
Dan padanan warna yang MASKULIN nyatakan di bawah ini boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk mencari baju raya nanti. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!
BACA: 7 Trik Gaya Untuk Lelaki Bersaiz Kecil Nampak Lebih Tinggi
BIRU NAVY & PUTIH
Padanan warna biru gelap atau navy dengan putih merupakan antara padanan yang terbaik untuk lelaki. Kontra warna pakaian navy dan putih membuatkan si pemakainya tampil lebih menyerlah. Ia juga mempunyai sentuhan warna klasik dan warna seperti uniform kelasi pada zaman dahulu.
HITAM & KELABU
Hitam dan putih sudah jadi perkara yang sudah terlalu biasa. Kini, padanan warna hitam dan kelabu menhadi pilihan ramai pengemar smart kasual. Anda juga boleh tampil dengan gaya streetwear yang kemas dengan warna hitam dan kelabu. Variasi kedua-dua warna ini dilihat cukup ringkas namun memberi dimensi yang elegan dan menampakkan sisi maskulin. Untuk baju raya pula, padanan ini memberikan imej lebih maskulin dan sofistikated. Simple but steady!
BACA: 6 Panduan Menggayakan Kemeja Yang Lelaki Harus Tahu
HIJAU & KHAKI
Warna hijau atau olive sering kali dikaitkan dengan tema ketenteraan. Dan sememangnya tema warna ini menonjolkan sisi maskulin dan elegan jika dipadankan dengan warna sesuai. Untuk ‘melembutkan’ warna hijau yang tampak keras, padankan warna khaki untuk memberikan sedikit tona kasual. Buat anda yang inginkan kelainan dan nampak lain daripada yang lain.
COKLAT & KRIM
Dua padanan ini memang sesuai untuk anda yang mencari gaya kasual atau untuk ke majlis rasmi. Mungkin anda sudah bosan dengan padanan warna berwarna hitam dan boleh mencuba padanan dua warna ini. Coklat membawa tema gelap manakala krim pula lebih ringan. Dengan tema kontra ini ia lebih elegan digayakan lelaki eksekutif.
COKLAT & BURGUNDY
Selain krim, warna coklat juga sesuai dipadankan dengan warna burgundy. Dengan tema lebih gelap dan nampak lebih serius, padanan dua warna ini memberikan satu gaya sensual.
KELABU & PINK
Suatu ketika dahulu warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang dijauhi oleh lelaki. Tapi zaman sudah berubah dan semakin ramai lelaki berani menggayakan pakaian warna ini. Jika dipadankan dengan warna yang lebih sesuai seperti kelabu, ia akan mengurangkan sisi feminin warna pink. Mungkin anda boleh mencubanya dengan jaket dan t-shirt!
Gabungan Warna Yang Perlu Anda Elak!
- Merah & hijau
- Merah & orean
- Hijau & oren
- Coklat & hitam
- Ungu & kuning
Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Apabila anda sakit, mesti anda tahu bahawa pengambilan makanan sihat merupakan salah satu faktor penting yang boleh mengawal keterukan simptom.
Jika anda selesema, minum air secukupnya, jika anda kerap berasa loya, ambil makanan yang berteraskan halia dan elakkan daripada mengambil makanan bergula atau makanan segera.
Bunyi macam senang, kan? Namun, perkara yang tidak semua individu tahu adalah sebahagian daripada makanan sihat yang telah anda senaraikan untuk ambil semasa sakit boleh menyebabkan simptom menjadi bertambah teruk.
Jika anda berminat, baca artikel ini untuk mengetahui tentang 8 makanan sihat yang TIDAK BOLEH diambil sewaktu anda sedang sakit.
#1: Sayur bayam
Setiap individu digalakkan untuk mengambil 5 hidangan makanan berserat setiap hari. Tidak kiralah, sayur-sayuran atau buah-buahan, serat boleh melindungi diri anda daripada pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya kanser usus yang kian meningkat saban tahun.
Walau bagaimanapun, sesetengah sayur yang seringkali dianggap sebagai makanan sihat seperti bayam boleh menyebabkan simptom alergi yang anda alami menjadi semakin teruk.
Simptom alergi berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang dikenali sebagai histamin dirembeskan oleh sel mast bagi memulakan proses keradangan. Perkara ini berlaku terutamanya apabila badan mengesan kehadiran bahan luar yang dianggap sebagai alergen (bahan yang boleh menyebabkan alergi).
Walaupun sayur bayam tidak mengandungi jumlah histamin yang tinggi, tapi ia boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast. Perkara ini boleh menyebabkan simptom alergi anda menjadi bertambah teruk.
#2: Kekacang
Seperti sayur-sayuran, kekacang mengandungi zink dan vitamin E. Kedua-dua nutrisi mikro ini penting bagi meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.
Secara logiknya, mungkin anda sangka makanan ini bagus untuk diambil sewaktu sakit. Namun begitu, memandangkan kekacang kaya dengan lemak, badan terpaksa bekerja keras untuk menghadamnya.
Perkara ini boleh menyebabkan simptom sakit perut dan menjadikan anda lesu. Badan anda akan kehilangan banyak tenaga yang sepatutnya digunakan untuk melawan jangkitan.
Oleh sebab itulah, anda perlu elak daripada mengambil makanan ini meskipun ia dianggap sebagai makanan sihat.
Kekacang juga boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast.
#3: Brokoli
Ramai suka makan brokoli, kan? Jika anda salah seorang daripadanya, anda kena tahu bahawa sayur ini sukar untuk dihadam ketika anda sedang sakit.
Sama seperti kekacang, sayur brokoli juga kaya dengan vitamin dan serat. Namun, menurut Pakar Kesihatan usus, Mahmoud Ghannoum, sayur ini sukar untuk diproses terutamanya ketika anda sedang sakit berikutan kandungan seratnya yang tinggi.
Pastikan anda memilih makanan yang mengandungi serat yang rendah sewaktu anda sakit supaya ia senang untuk dihadam. Fokus utama seharusnya diberikan kepada proses melawan jangkitan.
#4: Keju yang dibiarkan lama
Keju memang sedap terutamanya jika digandingkan dengan makanan yang lain. Namun, jika keju itu disimpan dalam masa yang lama dari tarikh pembuatannya, elakkan daripada mengambilnya.
Bergantung kepada jumlah keju yang diambil, ia boleh dianggap sebagai makanan sihat. Tapi, keju yang telah dibiarkan dalam tempoh masa yang lama mengandungi histamin yang sangat tinggi.
Keju mahal seperti Gouda, Swiss dan Parmesan juga tidak terlepas daripada perkara ini. Lebih senang jika anda tidak mengambil apa-apa makanan berkeju sewaktu anda sedang sakit.
Pengambilan keju ketika anda sedang sakit boleh menyebabkan simptom tersebut menjadi bertambah teruk.
#5: Makanan berjeruk
Mungkin anda suka akan makanan berjeruk seperti kimchi, namun, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menghadam tiramin, asid amino yang terkandung dalam makanan berjeruk.
Perkara ini boleh menyebabkan simptom sakit kepala terutamanya jika anda mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang besar.
Rantaian reaksi yang berlaku selepas pengambilan makanan berjeruk boleh menyebabkan kepala anda berdenyut kesan daripada pengembangan dan pengecilan saiz salur darah dalam kepala anda.
#6: Bersitrus
Ketika anda mengalami sakit tekak, makanan bersitrus seperti buah oren boleh menyebabkan iritasi pada tekak.
Sama ada perlu mengambil makanan bersitrus atau tidak telah menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan ahli akademik.
Vitamin C dan kalium yang terkandung dalam makanan bersitrus mampu menjadi kunci kepada sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.
Namun, melihat kepada kesan sampingan yang boleh berlaku disebabkan oleh makanan bersitrus, lebih elok jika anda mendapatkan sumber vitamin dan kalium dari makanan sihat yang lain.
#7: Sayur mentah
Jika anda mengalami simptom sakit tekak, pengambilan sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan iritasi pada tekak kesan daripada permukaan sayur yang keras, kasar dan tidak rata.
Renee Wellenstein, seorang doktor perubatan menyarankan supaya makanan sihat seumpama itu diambil setelah simptom sakit tekak reda.
Ia bagi memberikan keselesaan kepada pesakit.
#8: Makanan tenusu
Jika anda mengalami simptom cirit-birit, enzim laktase (pencerna laktosa) berkurangan kesan daripada keradangan yang berlaku pada usus.
Oleh sebab bahan tenusu mempunyai kandungan laktosa yang sangat tinggi, enzim laktase penting bagi mencerna makanan tersebut.
Menurut Profesor Perubatan Gastrousus, Rabia De Latour, kekurangan enzim laktase boleh menyebabkan simptom cirit-birit, kekembungan dan sakit pada bahagian abdomen menjadi bertambah teruk.
Oleh itu, jika anda sedang sakit, lebih elok untuk anda mengurangkan pengambilan makanan tenusu.
Sumber: hellodoktor.com – Oleh Mohammad Nazri Zulkafli