Musim luruh dan sejuk tahun ini bakal diserikan dengan kolaborasi yang ditunggu-tunggu antara UNIQLO x JW ANDERSON Fall/Winter 2025, yang kembali dengan gaya British moden dan sentuhan fungsional.
Dilancarkan bermula 17 Oktober 2025, koleksi kali ini mempersembahkan gaya klasik British dalam bentuk yang lebih segar dan praktikal, mencerminkan keseimbangan antara rekaan elegan dan fungsi harian.
Dikenali dengan gaya berani serta interpretasi moden terhadap pakaian tradisional, Jonathan Anderson sekali lagi berjaya menyuntik jiwa baru ke dalam konsep LifeWear UNIQLO.
Menggabungkan nilai ketukangan British dengan keselesaan Jepun, koleksi ini mengetengahkan rekaan padang (fieldwear) yang diolah semula menjadi pilihan versatil untuk cuaca sejuk.
Inspirasi Di Sebalik UNIQLO x JW ANDERSON Fall/Winter 2025
“Koleksi kali ini membawa kemas kini kepada gaya musim sejuk British dengan kesederhanaan dan unsur permainan universal.
Bersama rekaan utiliti seperti utility jacket dan poncho, kami juga memperkenalkan warna-warna hangat untuk koleksi jeans dan oxford shirt kami,” kata Jonathan Anderson, Pengasas dan Pengarah Kreatif JW ANDERSON.
Gaya Lapangan Bertemu Klasik Moden
Koleksi UNIQLO x JW ANDERSON Fall/Winter 2025 menampilkan pelbagai potongan diinspirasikan daripada pakaian luar British tradisional seperti jaket memburu dan pakaian kerja (workwear).
Antara sorotan utama termasuk PUFFTECH Utility Jacket, Corduroy Work Pants, serta Combination Quilted Jacket yang menggabungkan gaya padang dengan fungsi perlindungan cuaca.
Ads
Untuk wanita, poncho bertekstur lembut yang boleh dijadikan selimut atau jaket ringan menonjolkan konsep serbaguna.
Jaket pendek PUFFTECH Short Jacket pula tampil dengan rekaan cropped moden menggunakan bahan ringan dan hangat.
Antara item paling menarik ialah Lambswool Crew Neck Sweater bermotif bicolour herringbone, rekaan tanpa jantina yang sesuai untuk semua gaya.
Tidak ketinggalan, HEATTECH Socks kembali dengan reka bentuk dan warna ceria — lima gaya dengan sepuluh pilihan warna, menjadikannya pelengkap sempurna untuk cuaca dingin.
Harga dan Ketersediaan
Koleksi UNIQLO x JW ANDERSON Fall/Winter 2025 merangkumi 9 item lelaki, 8 item wanita, dan 3 aksesori seperti beg, stoking dan topi. Harga ditawarkan pada julat mampu milik iaitu di antara RM24.90 hingga RM399.90 bergantung kepada kategori.
Ads
Koleksi penuh boleh didapati di lima cawangan utama UNIQLO di Malaysia seperti di East Coast Mall, Fahrenheit88, Tun Razak Exchange, Mid Valley Megamall, dan Sunway Putra Mall, serta menerusi laman rasmi uniqlo.com/my.
Beberapa item terpilih turut tersedia di semua cawangan UNIQLO seluruh negara bermula 17 Oktober.
Kolaborasi Ikonik Antara Dua Dunia
Sejak pelancaran sulung mereka pada tahun 2017, kerjasama antara UNIQLO dan JW ANDERSON terus menjadi antara kolaborasi fesyen paling dinanti setiap musim.
Ia bukan sekadar pertembungan dua jenama, tetapi gabungan falsafah dua budaya, warisan reka bentuk British dan kesempurnaan fungsi Jepun.
Ads
Jonathan Anderson, yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Designer of the Year oleh British Fashion Council serta CFDA International Designer of the Year, terus membuktikan keupayaannya menjadikan gaya klasik relevan dengan generasi baharu.
Koleksi UNIQLO x JW ANDERSON Fall/Winter 2025 bukan sekadar fesyen musim sejuk, tetapi manifestasi gabungan antara tradisi dan inovasi.
Dengan gaya yang ringkas, berstruktur dan selesa, membolehkan pemakai bergerak bebas dalam apa jua suasana.
Inilah gaya British moden yang direka untuk semua, sesuai dengan semangat LifeWear UNIQLO: pakaian yang hidup bersama manusia, bukan sekadar untuk dipakai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama jam G-SHOCK rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama di kalangan peminatnya di Malaysia. Pengaruh jenama ini semenangnya sangat cukup besar di negara kita.
Tampil dengan harga mampu milik hinggalah ke peringkat premium, G-SHOCK sentiasa melakukan inovasi terkini dalam memasarkan produk mereka.
Selain melakukan kolaborasi dengan jenama-jenama popular yang lain, merekajuga tidak jemu mengaplikasikan perubahan demi kelainan dari semasa ke semasa.
Terbaru menerusi model G-SHOCK DWE-5600CC, Casio memperkenalkan siri di mana jam tersebut tampil dengan interchangeable bands dan bezels. Atau dalam erti kata lain ubah suai padan mengikut selera pengguna atau pemakainya.
KEBEBASAN DAN KREATIVITI
Jam tahan gegaran DWE-5600CC ini merupakan model terkini daripada siri 5600, mewarisi reka bentuk berpetal. Ia tampial dengan tiga tali atau bands berbeza dan dua bezels untuk memberikan kebebasan dan menguji kreativiti pengguna melakukan suai padan.
Jika pada model biasa bezel jam diskru, bagi edisi ini pula ia menggunakan rekaan baru dengan empat enyaglut kecil yang diperbuat daripada karbon fiber. Ini merupakan model pertama daripada siri 5600 yang menggunakan Carbon Core Guard.
Bagi peminat G-SHOCK, ini merupakan antara model yang pastinya menjadi buruan anda. Ia kini sudah mula berasa di pasaran tempatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya ada waktu-waktu yang sesuai untuk anda membeli kasut. Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.
Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :
1. Hujung minggu atau cuti umum
Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.
2. Musim perayaan
Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.
3. Beli kasut pada waktu petang atau malam
Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.
4. Beli semasa cukup duit
Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekarang ini heboh sana-sini terutamanya di lama media sosial tentang filem terbaru daripada DC & Warner Bros. iaitu ‘Joker’. Karakter antagonis yang merupakan musuh utama adiwira Batman kini muncul dalam filem stand-alone tersendiri.
Minggu lalu sahaja filem ‘Joker’ yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix telah memecahkan box-office tayangan bulan Oktober di Amerika Syarikat dengan jumlah kutipan melebih USD90 juta.
Ternyata lakonan yang dibawakan oleh Joaquin telah memberikan impak cukup hebat seperti mana yang telah dilakukan oleh mendiang Heath Ledger menerusi ‘The Dark Knight’ dahulu.
Populariti filem ini juga menyaksikan pelbagai barangan terkait karakter ini diperkenalkan. Antara yang paling menarik perhatian ialah jam tangan Joker buatan Swiss.
Dikeluarkan oleh RJ Watches, jam tangan mewah ini turut mengandungi sebanyak 57 permata, 3 strap boleh ubah dan ukiran Joker di bahaguan belakang. Jam tangan istimewa ini dikenali dengan nama ARRAW The Joker.
Ini bukanlah kali pertama pengeluar jam dari Swiss ini bekerjasama dengan Warner Bros. Sebelum ini juga mereka pernah mengeluarkan banyak koleksi edisi terhada jam tangan bertemakan Batman.
Jam tangan Joker edisi terhad ini dipasarkan pada harga USD17,900 (RM75135) dan bakal dipasarkan pada penghujugn bulan ini di Watches of Switzerland Soho, New York.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.