Untuk Lebih Produktif, Jepun Amalkan 4 Hari Bekerja Dalam Seminggu!

Share

Jepun sangat terkenal dengan displin dan komited berkerjanya hingga ramai yang mempunyai gangguan mental seperti kemurungan hanya disebabkan kerja.

Satu Eskperimen yang dikenali sebagai Work-Life Challenge Summer 2019 di mana pada Ogos 2019 yang lalu sebuah syarikat di Jepun iaitu Microsoft Jepun memberi cuti kepada 2,300 pekerja pada hari Jumaat setiap minggu tanpa dipotong gaji bagi tujuan menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan lebih cepat dan berkesan.

Dengan cara ini, pekerja-pekerja di Microsoft Jepun boleh berehat dengan baik dan belajar dengan lebih banyak. Malah pekerja Microsoft Jepun mampu memikirkan cara untuk mencapai target yang sama dengan waktu kerja yang telah berkurang sebanyak 20%.

Tujuan projek musim panas ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti pekerja semasa mereka bekerja. Hasilnya, waktu kerja 4 hari dalam seminggu sememangnya mampu meningkatkan produktiviti pekerja sehingga 40%.

Sebanyak 92% pekerja turut mengakui bahawa mereka lebih gembira dengan waktu kerja baharu ini. Pejabat yang kosong pada setiap hari Jumaat juga telah menurunkan kos penggunaan elektrik sebanyak 23% dan penggunaan kertas sebanyak 59%.

**media[154845]**

Secara keseluruhannya, tahap stres pekerja telah menurun sebanyak 7% dan menunjukkan bahawa cara ini berkesan dalam menyeimbangkan kehidupan dan pekerjaan seseorang individu.

Malah di New Zealand juga pernah menjalankan eksperimen yang sama. Ini disebabkan oleh waktu kerja panjang dan juga tugas kerja yang mampu membuatkan anda berasa letih, stres dan terbelenggu. Stres yang berlarutan akan memberikan kesan buruk terhadap keadaan fizikal dan psikologi sehingga anda tidak mampu untuk bekerja secara optimum.

Waktu kerja 4 hari seminggu mampu meningkatkan produktiviti kerana perubahan ini membantu mengurangkan tahap stres pekerja. Pekerja juga boleh beristirahat dan melakukan aktiviti yang digemari memandangkan mereka memiliki waktu hujung minggu yang lebih panjang.

Apabila kembali ke tempat kerja, tubuh anda kembali diisi dengan tenaga sehingga anda mampu bekerja dengan lebih produktif. Berbanding menikmati cuti panjang setiap tahun, cuti hujung minggu selama tiga hari dinilai mampu memberikan manfaat yang lebih besar kepada pekerja dan juga syarikat.

Waktu kerja yang panjang boleh meningkatkan tahap stres seseorang individu dan sememangnya akan turut memberi kesan terhadap produktiviti. Dengan mengamalkan hari bekerja yang lebih pendek, syarikat secara tidak langsung telah menggalakkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan pekerja mereka.

Sumber: Hello Doktor (Muhammad Wa’iz)

IKLAN