Tidak dinafikan kalau dapat makwe simple dan tak banyak kerenah memang menjadi tarikan ramai lelaki.

Jadi bagi lelaki single dan sedang mencari makwe, perkongsian Amir Syahir berkenaan makwe simple ini boleh anda jadikan panduan.

Makwe simple yang diterangkan dalam perkongsian di laman Facebooknya ini membawa makna yang cukup meluas. Jadi buat lelaki single, anda wajib baca ni.

BACA: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Kalau Nak Kahwin Dengan Cikgu

Makwe Simple

Kebanyakan makwe simple yang pernah gua jumpa, bijak tentang pengurusan kewangan dan suka berdikari.

Kau yang single ni carilah makwe yang simple je. Makwe simple ni senang nak jaga. Tak minta benda bukan-bukan.

Makwe simple sangat low profile. Antara lain;

IKLAN

1. Dah ada simpanan sendiri. Bukan harapkan bakal suami 100%. Pandai menyimpan lah senang kata. Tak membazir pada benda yang bukan-bukan.

2. Lebih pentingkan aurat daripada fesyen. Takpelah dianggap kuno ke, tak up to date ke, asyik-asyik tudung bawal ke, selalu pakai baju labuh ke, pakai baju sama dengan zaman nenek kau ke, asalkan aurat terjaga.

3. Make up pun simple. Kadang kala malas nak make up. Acah-acah natural beauty gitu. Paling tak pun, gincu, bedak, foundation.

4. Tak beli minyak wangi yang mahal sampai RM300 lebih sebotol. Harga make up pun murah-murah. Jimat sikit duit kau nak bela nanti.

IKLAN

5. Imun dengan perkataan SALE / Jualan Murah. Beli apabila benar-benar perlu saja.

6. Tak minta pakwe / tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan tak minta hadiah. Tak suka minta itu ini. Kalau kau tengah pokai, dia pula yang akan belanja dan tolong kau.

7. Tak manja sangat. Tak anggap pakwe / tunang kau tu kepunyaan dia sorang je. Ini kerja nak berkepit je. Pakwe / tunang kau nak buat kerja pun rimas.

IKLAN

Apa guna bersiap sejam tapi pakai tudung pun tak lepas dada. Pakai tudung Neelopah tapi belit ikat belakang tayang dada ke orang ramai.

Apa guna berhias sejam tapi cukur kening lukis balik. Cantik memang cantik tapi haram tu.

BACA: Jangan Sedih Jika Jodoh Lambat Sebab Kahwin Di Usia 30-an Pun Banyak Untungnya!

Makwe simple ni selalu takkan susahkan kau. Lebih-lebih lagi bila dia tahu pasangan dia ramai adik beradik dia kena tanggung. Dia lagi lah akan bersama-sama kumpul duit untuk kahwin.

Emosi dia lebih stabil dan tak mudah sentap. Takde la nak sikit-sikit merajuk. Kau tu pakwe / tunang bluetick mesej WhatsApp pun nak meroyan bagai. Dah merajuk, makan banyak. Lepas tu jadi gemok. Dah gemok, bising. Kah!

[ASY]

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI