Untunglah kalau anda ada pasangan anak sulung. Menurut kajian, anak sulung memiliki karakter tertentu dan banyak persamaannya dengan anak tunggal. Anak sulung dikatakan lebih cepat belajar berbanding adik-beradik yang lain, malah cenderung untuk memiliki skor yang tinggi dalam akademik.
Jadi jom kita tengok 5 kelebihan anak sulung lelaki dianggap terbaik.
1. Pemimpin yang tegas
Anak pertama adalah anak yang terdidik sebagai seorang pemimpin. Sedar atau tidak dalam kehidupannya, anak pertama adalah contoh untuk adik-beradiknya. Jiwa kepimpinan anak pertama muncul kerana dia terbiasa dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya. Biasanya kepimpinan anak sulung jelas kelihatan dalam dirinya. Dia juga berpotensi besar untuk menjadi pemimpin yang hebat, apatah jika bila menjadi suami akan dilihat tegas dalam membuat keputusan. Namun ketegasannya masih ada kelembutan dan rasional.
2. Perilaku lebih sopan
Sangat jarang anak sulung bersifat nakal. Biasanya anak sulung adalah anak yang mempunyai perilaku lebih sopan dan perhatian jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Anak sulung lebih banyak berinteraksi dengan orang tua sebelum mengambil tindakan. Baginya, setiap apa yang akan dibuat nanti akan dicontohi oleh adik-beradiknya. Anak sulung juga selalu menjadi orang yang akan dipersalahkan atas kenakalan adik-beradiknya. Maka sebagai seorang suami, mereka akan lebih memahami pasangan dan anak-anak apabila berkeluarga nanti.
3. Miliki sifat prihatin
Sifat prihatian yang tinggi menjadikan anak sulung lebih mudah untuk memahami perasaan orang lain. Anak sulung akan mudah mengerti. Romantik itu tidak pasti, tapi ada masanya anak sulung boleh menjadi lelaki romantik dan dalam masa yang sama menjadi lelaki yang paling malas.
4. Bertanggungjawab tapi mudah stres
Anak sulung menjadi orang yang bertanggungjawab dan pelindung, bahkan sifat tanggungjawabnya itu bukanlah hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk adik-beradiknya. Disebabkan anak sulung miliki sifat tanggungjawab lebih berbanding anak yang lain, kadang-kadang tanggungjawab yang dimiliki anak sulung menjadikan dia ingin melakukan setiap tugasnya dengan sempurna sehingga dirinya tertekan.
5. Kreatif tapi ego
Anak sulung terbiasa dengan pelbagai permasalahan yang dia hadapi sejak kecil. Jika diperhatikan, anak sulung akan kelihatan lebih menonjol berbanding adik-beradik yang lain. Malah dalam lingkungan sosial secara umumnya, anak sulung juga dianggap miliki kreativiti yang tinggi untuk memperlihatkan dirinya menyerlah dan tahu untuk menyerlahkan orang lain. Walaupun kreatif, lelaki anak sulung juga dikatakan sangat ego kerana sifat dominan dalam dirinya menjadikan dia sahaja yang betul. Jadi anak sulung kena berhati-hati apabila menyuarakan pendapat kepada mereka, agar orang lain tidak tersinggung.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI