Pada tanggal 8 Mac, golongan wanita di seluruh dunia diraikan dengan pelbagai cara menerusi Hari Wanita Sedunia yang mula diperkenalkan pada tahun 1910.
Menjelang 8 Mac 1911, Hari Wanita Sedunia turut disambut dibeberapa negara awal seperti Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland secara besar-besaran.
Ketika ini, trend semasa adalah orang masih lagi bercakap tentang filem terbaharu, Captain Marvel yang mengangkat wanita sebagai tunjang utama selain pejuang keamanan.
Sehubungan itu, syarikat pawagam di Malaysia, TGV telah mengambil inisiatif untuk ‘belanja’ kaum wanita menononton filem Captain Marvel secara percuma.
Tujuannya, bagi meraikan wanita di Malaysia sekali gus menerapkan rasa menjadi orang yang hebat (adiwira) untuk diri sendiri.
Menerusi laman TGV, tiket filem Captain Marvel yang tayangan pada pukul 8 malam itu boleh ditebus seawal 10 pagi hari di semua cawangan TGV.
Namun demikian, kaum adam terpaksa ‘kasi can’ kepada ‘side-kick’ Captain Marvel ini kerana syarat-syarat bagi menonton filem tersebut secara percuma adalah seperti:
Jadi kepada anda yang punyai rakan baik, sahabat, kekasih dan juga isteri, apa kata beritahu perkara ini kepada mereka dan ajak tonton wayang bersama-sama.
Lagi pun kalau tak tengok filem ini, ramai yang berkata jadi tak best kalau nak layan Avengers : Endgame yang akan ditayangkan juga tidak lama lagi!