Lelaki dan jam tangan memang tak boleh dipisahkan. Selain senang nak tengok masa, jam tangan pun anda boleh buat aksesori. Bak orang kata, pakej dua dalam satu! Paling penting, pemakaian jam tangan boleh tukar gaya hidup anda ke arah yang lebih berkualiti.

Lelaki yang tak suka pakai jam tangan tapi suka tengok masa pada telefon bimbit, dah kena tukar mindset dari sekarang. Nak tahu kenapa? Ini 5 sebabnya.

Untungnya Pakai Jam Tangan Kerana Anda Dikatakan Lelaki Yang Menepati Masa

1. LEBIH WARAS & BERTANGGUNGJAWAB

Ada kajian dibuat terhadap dua kumpulan; yang pakai jam tangan dan tak pakai jam tangan selama sebulan. Hasilnya, kumpulan yang pakai jam tangan lebih on time daripada kumpulan yang tak jam tangan. Dari kajian ini jelas terbukti, orang yang pakai jam tangan lebih waras dan bertanggungjawab.

IKLAN

 2. OTAK LEBIH AKTIF & PEKA

Bila dah makin moden, orang lagi naik lemak dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada terutamanya telefon pintar. Kalau boleh semua benda nak set di reminder telefon sampai penuh kalendar. Tanpa anda sedar, tengok masa pada jam tangan sebenarnya membantu otak lebih aktif untuk berfikir tentang jadual harian anda. Malah, ia juga menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan anda sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.

3. BOLEH JADI TOPIK BUALAN

Jangan terkejut bila ada orang menilai anda hanya dari jam tangan. Yelah, pakai jam tangan kan lagi nampak korang gentleman. Jujur cakap, bukan gaya fesyen saja yang orang akan nilai tapi jam tangan pun boleh jadi topik perbualan anda dengan orang lain. Manalah tahu ada yang minat dengan jam tangan anda. Tak pun lelaki yang kaki jam, pantang tengok jam tangan rare mesti dia ushar. Dari jam tangan, berkembanglah kenalan anda nanti.

IKLAN

Untungnya Pakai Jam Tangan Kerana Anda Dikatakan Lelaki Yang Menepati Masa

4. MUDAHKAN HIDUP

Benda ni sure semua orang pernah rasa. Nak tengok jam tapi masa tu anda tengah bersesak-sesak dalam kenderaan awam. Mana nak seluk poket, nak keluarkan telefon, nak pegang beg lagi. Dahlah terhimpit-himpit, stres! Jadi kalau ada jam tangan kan lebih mudah. Angkat je tangan tu, kan ke senang. Kalau telefon bimbit, mungkin ambil masa 2-5 saat anda nak keluarkan telefon bimbit tu. Itupun nasib kalau tak terjatuh.

IKLAN

5. INILAH STAIL LELAKI!

Walau apa jua rekaan jam tangan yang anda pilih, sebenarnya ia membantu lebih dari apa yang anda sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar dalam hidup anda. Paling penting, dengan memakai jam tangan menjadikan anda lebih berdisiplin dan bertanggungjawab setiap masa.

Untungnya Pakai Jam Tangan Kerana Anda Dikatakan Lelaki Yang Menepati Masa

Jadi, apa lagi alasan korang untuk tidak memakai jam tangan?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI