Hand photo created by frimufilms - www.freepik.com

Siapa pernah berdepan dengan perkara ini pasti tahu bahawa ia merupakan satu masalah besar yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Dompet merupakan item yang sangat penting terutamanya untuk lelaki. Di sinilah tersimpan pelbagai jenis kad berkaitan pengenalan diri dan juga perbankan.

Jadi tidak hairanlah ramai yang akan terus menggelabah dan cuak apabila mendapati dompet mereka hilang. Lebih malang jika jenis tidak perasa dompet itu sudah hilang dalam jangka masa yang agak lama.

Terdapat bebera[a tindakan pantas boleh anda lakukan. Pertama sekali untuk lindungi mklumat perbankan dan kedua maklumat peribadi.

1. CUBA CARI DI LOKASI BERPOTENSI

Tak salah untuk anda pusing semula laluan anda dan lihat jika masih ada dompet anda. Namun kebiasaannya jika ia terjatuh di tempat orang ramai, peratusan untuk anda menemuinya semula adalah sifar melainkan ada individu yang baik hati dan meninggalkannya di balai pengawal yang berdekatan.

IKLAN

2. HUBUNGI BANK SEGERA!

Tindakan ini amat penting kerana zaman sekarang pembelian di supermarket pun boleh dilakukan dengan menggunakan sistem wave. \

Risau jika dalam kad debit anda masih ada wang dan orang yang menemuinya menggunakan sesuka hati, anda akan rugi besar. Dengan menghubungi pihak bank, mereka akan menyekat penggunaan kad tersebut dan duit dalam akaun anda masih selamat.

Usah Gelabah Jika Jilang Dompet, Ini Beberapa Tindakan Pantas Mampu Selamatkan Anda
Foto: Getty

3. BUAT LAPORAN POLIS

Terus ke balai polis berhampiran anda dan laporkan tentang kehilangan wallet anda. Bukan apa, takut jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menemui wallet anda dan menggunakan kad pengenalan anda untuk tujuan yang tidak elok.

IKLAN

Nanti anda juga yang akan menjadi susah. Terus laporkan kehilangan barangan tersebut untuk tujuan keselamatan sekali gus membolehkan anda membuat permohonan kad pengenalan baharu.

Usah Gelabah Jika Jilang Dompet, Ini Beberapa Tindakan Pantas Mampu Selamatkan Anda
People photo created by drobotdean – www.freepik.com

4. RANCANG UNTUK BUAT SEMULA KAD GANTI

Setelah memiliki laporan polis, bawa surat tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan yang baharu. Jika untuk lesen, pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan untuk kad ATM, pergi ke cawangan bank yang berdekatan. Yang penting, lampirkan surat laporan polis itu.

IKLAN

5. LEBIH BERINGAT DI MASA AKAN DATANG

Beringatlah selepas terkena. Jika wallet anda tercicir dari poket misalnya sewaktu membawa motosikal, ubahlah cara simpanannya dengan masukkan dalam ruang di bawah tempat duduk atau di dalam beg galas. Sama juga jika hilang sewaktu anda berjogging, selepas ini cuma perlu bawa sedikit wang dan kad pengenalan sahaja.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!

https://www.youtube.com/watch?v=BZkO-6pQsiA&t=2s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI