Bayangkan anda tengah berseronok bercuti di luar negara mengunjungi lokasi cantik yang telah diidamkan selama ini. Tiba-tiba rasa seronok itu hancur berkecai selepas mendapati satu-satunya dokumen perakuan diri paling penting hilang!

Itu merupakan antara mimpi ngeri buat semua orang yang berada di luar negara. Pasti anda resah dan tak senang duduk memikirkan kesukaran yang bakal dihadapi untuk bergerak bebas serta keluar masuk daripada negara asing.

Tak ada siapa yang mahu berdepan dengan situasi seperti itu, bukan?

Tapi anda sebenarnya tak perlu terlalu risau. Tahukah anda bahawa terdapat perakuan sementara yang boleh anda mohon jika berlakunya kehilangan pasport?

Perakuan Kecemasan atau Emergency Certificate merupakan perakuan diri yang boleh anda mohon sebagai pengganti pasport buat sementara waktu.

Seorang pengguna Twitter, @unrealbern pernah berkongsi bagaimana untuk memohon Perakuan Cemas ketika dirinya berdepan kejadian kehilangan pasport semasa melancong ke Berlin, Jerman.

IKLAN

Menerusi bebenang tersebut beliau berkongsi tentang apakah itu Perakuan Cemas dan bagaimana untuk memohonnya.

BACA: Tip Packing List Pakaian Yang Wajib Anda Bawa

Usah Gusar Jika Pasport Hilang Di Luar Negara, Ini Cara Mohon Perakuan Kecemasan  Usah Gusar Jika Pasport Hilang Di Luar Negara, Ini Cara Mohon Perakuan Kecemasan  Usah Gusar Jika Pasport Hilang Di Luar Negara, Ini Cara Mohon Perakuan Kecemasan 

IKLAN

Perkara pertama selepas pasport hilang ialah jangan panik. Hubungi pihak kedutaan dan buat laporan polis secepat mungkin. Fungsi Perakuan Cemas ini lebih kurang sama seperti pasport cuma ia bertindak sebagai perakuan sementara bagi membolehkan anda pulang ke Malaysia sahaja. Dan semasa memohon anda wajib menyatakan kesemua negara yang dilalui sepanjang perjalanan.

Pihak kedutaan Malaysia akan membantu anda untuk membuat laporan polis. Oleh itu jangan risau jika anda berada di negara yang menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris.

Usah Gusar Jika Pasport Hilang Di Luar Negara, Ini Cara Mohon Perakuan Kecemasan 
Foto: Twitter @unrealbern

Anda boleh dapatkan nombor telefon kedutaan Malaysia di mana-mana negara menerusi laman sesawang Kementerian Luar Negeri iaitu di www.kln.gov.my.

IKLAN

Mungkin anda tertanya-tanya berapa lamakah sah tempoh laku Perakuan Cemas ini? Buat pengetahuan anda ia hanya boleh digunakan untuk SEKALI perjalanan sahaja dan untuk negara tertentu bagi tempoh tidak lebih 12 bulan.

Dokumen yang perlu anda isi ialah borang IM.42-Pin 97, laporan polis, dokumen bukti warganegara Malaysia berserta dua keping foto berukuran pasport. Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk memproses permohonan anda.

Usah Gusar Jika Pasport Hilang Di Luar Negara, Ini Cara Mohon Perakuan Kecemasan 
Syarat-syarat permohonan yang perlu anda lakukan untuk memohon Perakuan Cemas.

Terima kasih kepada saudara @unrealbern yang berkongsi info cukup berguna ini.

Jadi sebelum ke luar negara sila ambil nombor telefon kedutaan Malaysia di negara anda ingin kunjungi sebagai langkah berjaga-jaga.

Kredit: @unrealbern

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI