Sejujurnya bila bercakap tentang krim sunscreen ramai lelaki akan terus terbayang bahawa produk ini hanya akan digunakan ketika melancong ke pantai peranginan. Sedangkan ia sebenarnya boleh digunakan setiap hari untuk melindungi kulit terutama di bahagian wajah. Usah rasa malu bila rakan-rakan memerli anda menggunakan sunscreen seperti wanita. Walhal ia baik untuk kulit anda.
Ramai orang berasa hairan bila kulit wajah mereka masih bermasalah sedangkan ia dicuci setiap hari. Tahukah anda bahawa cuaca tropika seperti Malaysia memang menuntut untuk kita menggunakan lebih dari sekadar pencuci muka.
Antara produk yang paling penting itu tidak lain tidak bukan adalah sunscreen. Tapi ramai di antara kita hanya menggunakan produk hebat ini ketika melancong ke pulau peranginan sahaja. Walhal di pasaran terdapat sunscreen yang dihasilkan khusus untuk lelaki bagi penggunaan harian.
Jadi mengapa kita perlu menggunakan sunscreen setiap hari? Jom MASKULIN kongsikan sebab-sebab yang pasti buat anda ingin terus menggunakan produk ini.
Ads
BANTU MENGHALANG KANSER KULIT
Pencemaran alam terutamanya udara menyebabkan kondisi lebih bertoksik. Malah pancaran matahari terik juga boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan risiko kanser kulit.
SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT
Salah satu tanggapan salah ialah individu berkulit gelap tidak perlu menggunakan sunscreen. Ia sebenarnya salah kerana setiap orang perlu melindungi kulit tanpa mengira warna kulit.
Sunscreen mampu membantu melembabkan kulit. Malah sesetengah sunscreen mengandungi bahan seperti shea butter, minyak avokado atau glicerin sayuran. Pastikan anda periksa dahulu kandungan yang digunakan kerana jika terdapat alkohol ia hanya lebih membuatkan kulit menjadi kering.
Ads
LINDUNGI DIRI DARI CAHAYA UV
Umum mengetahui bahawa jika terdedah lama di bawah pancaran cahaya UV boleh mendatangkan banyak kemudaratan. Penggunaa sunscreen membantu menghalang cahay UV dariterus terkena pada permukaan kulit.
KONDISI OZON SEMAKIN TERUK
Lapisan ozon bumi menjadi semakin nipis dan lebih banyak cahaya UV terdedah di permukaan bumi. Jadi selamatkanlah diri dari ancaman ini dengan menggunakan sunscreen. Jadi usah risau atau malu untuk gunakan sunscreen di masa akan datang.
Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain mudah digunakan mesin pencukur atau shaving machine ia juga boleh mempercepatkan proses mencukur dan ia juga senang dibawa ke mana sahaja.
Namun sebelum membeli mesin pencukur terdapat beberapa faktor penting perlu anda pertimbangkan. Usah risau kerana MASKULIN bersedia membantu anda untuk memilih mesin pencukur yang sesuai.
ROTARY ATAU FOIL
Terdapat dua jenis mesin pencukur yang berbeza di pasaran. Kedua-duanya mempunyai sistem memotong yang sedikit berbeza.
Pertama, mesin pencukur rotary. Ia kebiasaannya dilengkapi tiga atau empat kepada penculur yang boleh digunakan dengan bebas di pelbagai permukaan wajah seperti di sekeliling hidung, dagu dan bahagian rahang. Mesin jenis ini sesuai untuk jambang yang panjang atau buat anda yang tidak mahu mencukur dengan pantas.
Manakala mesin pencukur foil pula sangat sesuai buat anda yang mempunyai misai, janggut atau jambang yang pendek dan memerlukan penjagaan harian. Ia juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Jika mempunyai kulit yang tidak terlalu sensitif anda boleh menggunakan mesin pencukur tanpa menggunakan krim. Namun untuk hasil yang lebih memuaskan dan pengalaman bersukur yang lebih selesa anda dinasihatkan menggunakan sedikit krim.
Membeli mesin pencukur yang berjenama, mahal dan berkualiti tidak ada gunanya juga jika tidak pandai mencucinya dengan baik selepas digunakan.
Kebanyakan mesin pencukur di pasaran akan turut menyertakan kit cucian selepas guna. Pastikan setiap kali selepas digunakan anda mencucinya dari sebarang kotoran atau rambut yang melekat.
Seperti kebanyakan peranti yang lain jika mahukan yang terbaik pastinya anda harus melabur sedikit. Sebuah mesin pencukur yang berkualiti boleh didapati dalam harga RM300 hingga RM1200 di pasaran. Percayalah pelaburan ini pasti memberikan satu kepuasaan untuka anda guna dalam tempoh masa yang lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang banyak produk drugstore dari ‘head to toe’ yang terbaik setanding produk mahal. Bila sudah banyak, naik buntu pula nak memilih produk drugstore yang mana satu sesuai dan wajib dibeli.
Anda tidak perlu bimbang perkongsian pengalaman Herry Rozular menggunakan 16 produk penjagaan diri ini boleh anda jadikan panduan. Paling penting hanya beli di drugstore dan harganya berpatutan.
Semoga dengan adanya penerangan ini akan memudahkan anda untuk memilih.
Semua product dekat bawah ni boleh cari dekat Guardian, Watson, Caring. Harga of course la lain-lain sebab kadang-kadang if diorang ada sale so agak berbeza. Bawah ni alternatif untuk korang ya if buntu dah nak pakai apa. Saya share berdasarkan apa yang saya pernah cuba and berdasarkan kawan-kawan saya dah pakai & dorang cerita best.
Sila baca caption gambar ye untuk details semua product bawah ni. Insya Allah next post banyak lagi product best-best saya review ya ?
Mata panda? Lebam macam kena tumbuk je kan? Okay nah cari product ni. Tak mahal bawah RM25 if tak silap. Lupa. Tapi if ada masalah eyebag tu boleh la pakai yang ni. Serius memang best. Sejuk je mata.
Blackhead/whitehead. Sape je kan suka tengok hidung tu ada blackhead. Nampak kotor sangat. Nah cuba pore pack ni. Guardian pun ada pore pack ni. Cara pakai dia, WAJIB BASAHKAN HIDUNG DULU. Pastu tempek je benda alah ni. Biarkan sampai pelekat tu dah mengeras then cabut je. Insya Allah mencanak-canak blackhead keluar melekat kat pore pack tu.
Harga of course la lain-lain. Dulu saya pakai Biore tu. Tapi sekarang pakai Guardian punya sebabnya Guardian time tu sale, RM6 je utk 10 sekeping if tak silap. Biore punya dalam RM13 camtu. Selamat mencubaaa!
Ni pulak hand lotion. Kalau rasa kuku tak cantik tu, boleh pakai la yang ni. Ni siap boleh kuatkan kuku lagi. Kalau keliling kuku-kuku tu macam skin tak sihat sangat then haa ni la makan dia. Harga bawah RM10.
Haa this one untuk orang yang oily skin. Apa ni? Ni sunblock. Percayalah sunblock ni memang terbaik, pakai memang tak berminyak pun. Memang elok untuk orang yang oily skin. So lepas ni jangan salah beli dah ya. Beli yang ni. Sebab Biore ni ada banyak jenis. So this one untuk oily skin. Harga tak sure tapi dalam bawah RM40 je. Yang best nya boleh pakai kat badan & muka. Jimatsss!
This one pulak sunblock jugak, and yang ni untuk normal skin. Pun sama, boleh pakai kat badan & muka. So jangan malas-malas sapu ye kalau nak keluar tu ? pun sama harga bawah RM40 je.
Haa yang ni serum. Serum untuk mencerah dari NANO White. If akak ada jeragat ke, parut ke boleh la cuba yang ni. If tak silap harga dia bawah RM70. Boleh survey ya nanti.
Yang ni PALING BEST!! Lotion untuk skin kering. Memang dalam masa 4 hari skin akan lembap gila-gila wehh. Tak tipuuu. Bau dia takda la wangi, macam ubat-ubat sikit tapi takda la busuk pun. Tp serius if skin kering pakai la. Dulu tangan saya kering, pakai benda ni alhamdulillah smpai sekarang okay dah. Harga bawah RM20.
Haa ni untuk akak-akak make up tu kalau nak solat, beli benda ni buat lap make up tu. Simpan dalam beg. Kenapa saya suka brand Simple ni? Sebab dia punya no perfume, chemical. So good for skin!
Haaa ni untuk yang ada jerawat. Apa ni? Saya panggil “ubat jerawat” hahaha. Nak tido malam, cuci muka bersih-bersih then sapu je nipis-nipis benda ni kat cik jerawat. Insya Allah mujarab. Brand Cosmoderm ni. Harga bawah RM25. Cubalah yang ada jerawat tu. Biasa kalau sapu dalam 2, 3 hari dah kecut dah.
Ni pulokk hair vitamin. Saya pakai yang kanan tu ha. Best. Tu harga kat situ. Memang rambut lembut sangat-sangat lepas pakai.
L’Oreal Elseve Extraordinary Oil. Yang ni best jugak, bau dia pehhh wangi gila okay. Yang ni pulak saya pakai kalau nak tido malam. Contohnya la kan, esok tu kalau plan nak shampoo, malam ni saya pakai then tido. So macam dia merawat masa tido la haa.
Yang ni pulak clay mask. Yang cari clay mask tu boleh cuba yang ni. Ada tiga jenis. Illuminating, hydration and anti pores. Contohnya kalau skin oily, then ambik yang anti pores tu. Kalau dry ambik hydration. Kalau nak glow-glow ambik illuminating tu. Tu harga diskaun tau. Yang tak pernah cuba ber-clay mask ni patut cuba. Then nanti berterima kasih la kat saya sebab dia memang best ?
Selain Cetaphil, yang oily & acne skin tu boleh cuba pakai yang ni. Ni pun okay untuk skin berjerawat & berminyak. If Cetaphil habis or takda, ambik yang ni. Harga tak pastii
Ni pulak kalau dry skin, boleh pakai hydrating lotion ni. Kalau oily jangan pakai. Tak sesuai. Makin berminyak nanti skin tu. Yang ni memang elok untuk orang yang dry skin tu.
Khas untuk akak-akak, abang-abang oily skin. Beli la benda ni. Tak tipu memang hilang terus minyak kat muka. Dia jenis macam kertas tapi lagi lembut dari kertas. Ambik then dab dab slow-slow kat muka, lepas tu silalah terpesona tengok minyak muka masing-masing tu ? Harga bawah RM15.
Selain scrub St Ives, scrub ni pun not bad okay. If selalu habis St Ives tu, boleh la cuba yang ni. Siap ada vitamin E lagi. Vitamin E tu elok untuk halang skin dari berkedut. Harga tak sure. Bawah RM25 rasanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju Melayu dan samping memang tidak boleh dipisahkan dengan orang lelaki. Lambakan pelbagai rekaan baju Melayu di pasaran membuatkan kita rambang mata untuk memilih dan membeli untuk disarungkan di hari raya.
Sebagai pemakai baju Melayu dan samping, anda seharuslah mengetahui terlebih dahulu sejarah dan makna di sebalik rekaan baju Melayu dan samping itu sendiri. Orang kata, barulah smart bergaya!
Kini rekaan baju Melayu mula menampak inovasi mengikut arus permodenan fesyen. Namun yang menyedihkan sentimen asli pada setiap helaian baju Melayu itu hilang kerana ditambah dengan pelbagai rekaan yang tidak perlu.
Bagi merungkai makna di sebalik baju Melayu dan samping, ikuti perkongsian video daripada Ahmad Nordin Abu Bakar.
Dikatakan baju Melayu mula direka pada 700 tahun lalu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1423-1444). Baginda sangat menitikberatkan falsafah dalam setiap perkara termasuklah dalam aturan berpakaian.
Sultan Muhammad Shah mahukan pakaian khas untuk golongan diraja dan pembesar-pembesar agar ia menjadi pakaian istimewa ketika menghadap sultan dan permaisuri.
Baju Melayu kemudiannya dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian Arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh dari Turki.
Baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat. Sehingga kini baju Melayu menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia.
Lima butang ini melambangkan rukun Islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.
Ia melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh melihat rekaan ini dalam baju Melayu Teluk Belanga.
Tiga poket iaitu pada bahagian kiri dada dan dua di bahagian bawah baju pula mewakili Islam, Iman dan Ihsan bermaksud kesempurnaan.
Pemakaian samping melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah.
Baju Melayu tidak akan lengkap jika tidak digandingkan dengan samping daripada kain pelekat atau kain songket yang dililit kemas di bahagian pinggang.
Pemakaian samping juga ada aturannya.
1. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin
2. Samping yang dipakai di atas lutut pula untuk lelaki bujang.
Walaupun dibanjiri dengan pelbagai rekaan baharu yang telah banyak diubah suai mengikut arus pemodenan, hakikatnya masih ramai lagi lelaki yang berpegang teguh dengan rekaan baju Melayu tradisional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pembukaan Bonia Pavilion KL Concept Store dengan penuh gaya dan craftsmanship, diserikan kehadiran Joong Archen sebagai Brand Muse dalam acara eksklusif yang mencerminkan evolusi luxury lifestyle serantau.