Masih berada di tempat kerja biar pun sudah masuk malam Syawal yang pertama? Tak usah sedih kawan, ramai juga yang senasib dengan anda.

Jangan anggap bekerja pada hari raya sebagai satu beban sebaliknya, anggaplah ia satu pengorbanan yang orang lain pun tak sanggup lakukan.

Selain itu, sedarkah anda bahawa bekerja pada hari raya ini sebenarnya mendapat pelbagai faedah lain sebagai pengubat hati anda?

IKLAN

1. Bayaran gaji triple

Kalau kerja pada hari cuti, gaji anda akan dibayar double. Tetapi kalau kerja pada hari raya, majikan harus bayar triple tau. Naiklah sikit angka dalam gaji anda untuk bulan ini.

2. Dapat banyak pahala

Anda yang bekerja pada musim hari raya ternyata dapat banyak pahala. Manakan tidak, hanya anda dan rakan-rakan sekerja sahaja teguh menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan.

IKLAN

Penulis ingin ambil contoh seperti pekerja di R&R. Kalaulah mereka tiada dan semua food court ditutup, ke mana lagi yang boleh pengguna lebuh raya tuju? Terpaksa berpuasa lagilah nampaknya.

3. Dapat duit raya daripada bos

Majoriti yang bekerja pada hari raya akan menerima sagu hati atau pun duit raya daripada bos. Iyalah, bos anda juga manusia. Mesti dia memahami kesengsaraan jiwa anda. Lainlah bos anda hati sudah hitam. Nak pergi kencing pada hari raya pun siap kena marah. Tukarlah cari kerja lain ye.

IKLAN

4. Balik kampung jalan lengang

Orang lain bersesak-sesak nak balik kampung. Siap update dekat media sosial sana-sini ada kesesakan. Tetapi apabila tiba part anda, jalan clear dan anda boleh balik ke kampung secara santai kerana orang lain sudah masuk kerja semula.

5. Cuti lebih panjang

Berbeza dengan mereka yang ambil cuti raya awal, mereka pun terikat untuk masuk kerja dengan lebih awal. Tetapi anda yang bekerja pada hari raya biasanya ada kelonggaran untuk cuti lama sedikit.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI